Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 Ogos 2014

Resepi Ringkas : Bubur Lambuk

Antara pelbagai resepi bubur , bubur lambuk adalah
feveret ibu.
Dan biasanya kak Longlah bahan rujuk ibu bila
perlukan resepi kerana kak long merupakan pakar
masak dalam family kami.
Emmmm..sekarang Kak Long sudah tiada dan tiadalah
sumber rujukan utama ibu.....

Semangkuk bubur lambuk yang menjadi santapan ibu bersarapan pagi ini........

Ni Resepi Bubur Lambuk versi ibu:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
*ketiga bahan dikisar

1 cawan beras yang siap dibasuh.
2 sudu besar serbuk lada hitam
sup bunjut
1 cawan santan pekat
rempah menumis ( kuit kayu manis dan seangkatan dengannya)
daging (ibu malas nak rebus daging so ibu guna bebola daging...boleh ke macam tu????)

sayur-sayuran ibu main belasah je mana yang ada dalam petiais.
Kebetulan yang ada cuma bayam dan kentang.
Itulah yang menjadi mangsa ibu.
garam dan perasa secukupnya.

Cara-cara:
Tumis bahan yang dikisardan masukkan sekali rempah menumis.
Masukkan beras berserta air secukupnya dan biarkan mendidih.
Masukkan daging/bebola daging, serbuk lada hitam dan perasa serta garam.
Akhir sekali masukkan santan dan biarkan mendidih seketika.

Bila dah masak terpulanglah nak tabur bawang goreng ke, daun sup/bawang ke.
Yang penting sesuai dengan tekak.

22 Ogos 2014

Resepi Ringkas : Laksa Kelantan

Hari ini genap 9 hari pemergian Kak Long dan Abg Long.
Al-Fatihah.
Dan salam takziah kepada semua ahli keluarga MH17.
Juga terima kasih di atas ucapan TAHNIAH buat Angah.

Laksa/laksam Kelantan memang makanan kegemaran ibu dan Kak Long.
Kak Long merupakan pakar masak dalam family ibu.
Kak Longlah tempak rujukan ibu bila nak masak sesuatu resepi....
emmmmm...rindu Kak Long sangat-sangat.

Minggu lepas ibu rancang nak adakan 'open house'.
Rancangan ibu terpaksa dibatalkan disaat-saat akhir
walaupun pada sebelah malamnya ibu dah prepare hampir 70%.
Ikan dah rebus..
Ketupat segera dah siap direbus..
Satey siap ditempah (otw ibu call untuk batalkan tempahan).
Stok laksa dah siap ibu beli sehari sebelumnya.
Hari yang sama dengan tragedi meragut nyawa kak long dan Abg Long.
Kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya......

Sementara stok laksa banyak dalam peti ais, so ibu masakkan kuahnya.
Bukan main berselera anak-anak makan sampai licin kuahnya.
Ibu pun dah lama mengidam nak makan laksa Kelantan nie.

Ok, ibu share resepi simple kuah laksa/laksam.

Resepi 
A. Kuah Laksa/Laksam:
 1 kg ikan selayang yang direbus.
4-5 ulas bawang merah
 2 sudu serbuk lada hitam
asam keping
garam dan gula secukup rasa.
Santan pekat (1 biji kelapa)
*ada juga orang masukkan bawang putih,serai dan halia tapi
terkadang bahan-bahan tersebut hilangkan rasa asli kuah.

Kisar isi ikan yang telah direbus bersama bawang merah.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak hingga mendidih.

B. Sambal garam
cili merah/cili kering ditumbuk bersama garam.
Bakar sedikit belacan dan potong kecil2.

C. Ulam-ulaman:
kacang panjang
kobis
tougeh
daum kesum
*ulam-ulaman ni terpulang nak masukkan apa.

Siap untuk dimakan.


18 Ogos 2014

Tolak Tawaran ke Australia, Malaysia Tetap di Hati

Terima Kasih semua atas ucapan takziah
di atas pemergian Kak Long dan Abg Long.
Hingga ke saat ini kami masih bersedih di atas pemergian
arwah...
Kehidupan perlu diteruskan.
Cuma doa yang mampu kami kirimkan buat arwah berdua....
Tenanglah kalian di sana....

Hari ni ibu nak buat n3 tentang Angah.
Nak ubat kesedihan dan kelukaan hati.
Ibu pasti kak longlah orang yang paling gembira dan bahagia
di atas kejayaan anak-anak ibu.
Kak Long dan Abg Longlah orang yang pertama
akan memberi ucapan tahniah buat anak-anak ibu.
Terkilannya ibu tak sempat nak maklumkan penempatan
Angah kepada arwah berdua...
Ya Allah.......

Minggu lepas debaran bekas pelajar-pelajar Asasi, Matrikulasi dan STPM
berakhir bila penempatan ke universiti telah diketahui.

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada
yang tidak berjaya jangan bersedih kerana ada hikmah disebalik yang Allah aturkan.
Tak semestinya tidak berjaya jejak kaki ke menara gading segala-galanya berkecai......

Angah salah seorang pelajar Asasi Penerapan,
cuma bezanya debaran Angah tidak sehebat rakan-rakan lain kerana
Angah berada dalam kumpulan yang selamat.
Angah antara pelajar yang
secara automatik diserapkan terus ke UiTM kerana
selama 1 tahun Angah dibawah tajaan  MARA.

Ibulah paling gembira kerana Angah pun ditempatkan agak dekat
dengan ibu.
Rasanya dari Muar ke Seremban tak sampai 2 jam.

Ibu tahu ramai family terkilan kerana Angah menolak
tawaran ke Australia.
Kak Long juga pernah meluahkan rasa terkilannya itu.
Tapi ada hikmah disebaliknya.
Kalau Angah terima tawaran itu pastinya saat ini Angah dan terbang ke sana.
Angah dah tidak sempat menatap wajah uminya (Kak Long) buat kali terakhir.

Hati ibu mana tak sedih bila melihat anak dengan berat hati
melepaskan peluang keemasan itu.
Peluang yang tidak semua orang dapat.
InsyaAllah, akan ada rezeki Angah dimasa akan datang untuk
menyambung belajar ke oversea.


Angah berada dibawah program sarjana muda
"Penerapan Pelajar Asasi/Trek Pantas UiTM.
So Angah tidak terlibat dengan UPU.
Terus diserap masuk secara automatik ke UiTM berdasarkan result akhir asasi.....

Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan doa ibu agar anak-anak ibu tidak
dipisahkan jauh daripada ibu.
Pelajar2 Asasi Law kebanyakan diserap ke sini kerana
di UiTM ini banyak kursusnya dalam bidang perundangan.

Ibu doakan moga anak-anak ibu terus cemerlang...InsyaAllah..

p/s: 
Saat ini terlalu RINDUkan Kak Long.
Al-Fatihah....

About me