Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Julai 2014

Beby dan KPM

Kisah yang dah agak basi.
Terperap dalam draf tapi baru berkesempatan nak publish.

Kesekian kalinya ibu terpaksa merelakan pemergian puteri ke 3 a.k.a Farah Najdah
yang lebih manja digelar Beby.
Tiga tahun berturut-turut ibu terpaksa memendam rasa sedih.
3 tahun berturut-turut Along, Angah dan sekarang Beby melangkah pergi.
Demi masa depan anak-anak ibu perlu lebih tabah dan redha.

Setelah keputusan SPM keluar,
dan menunggu saat-saat genting membuat pilihan untuk masa depan.
Beby menerima tawaran ke Matrikulasi ,
IPTA (dip Kejuruteraan awam),
UniKL(foundation engineering)
 dan KPM (Kolej Profesional Mara).
Kecewa tidak dapat ke UPSI untuk bidang TESL dan diganti dengan tawaran
Kejuruteraan Awam, akhirnya Beby memilih untuk
ke KPM dalam bidang Diploma In English Comunication.
Semuanya dibawah tajaan MARA.
Ini pun isi permohonan on9 disaat akhir sebelum tarikh tutup.

Ibu dan Ayah akur dengan pilihan anak-anak.
Dia ingin membuktikan dia mampu berjaya dalam bidang yang diminati.
Dan cita-citanya ingin melanjutkan pelajaran hingga ke obesi....InsyaAllah.

Ibu sebenarnya ingin sangat Beby ke matrik macam Along kerana
masa untuk sambung degree lebih pendek dan masih banyak pilihan boleh dibuat
 tapi dia tetap berkeras dan tidak minat ke sana....Ibu akur....

Kami bertolak ke Kuantan pada 30.6.2014 (Selasa)-puasa ke 2.
Itupun setelah ibu habis waktu bekerja lebih kurang pukul 2 petang.
Kami mengidap di homestay di Indera Mahkota, Pahang.
Petangnya ke bazar ramadan yang terletak di Kuantan.
Makanan boleh tahan sedap dan harganya pun berpatutan.

Keesokan harinya ibu dan ayah mengambil cuti sehari.
Along dan Naurah terpaksa ditinggalkan sebab MPV tak
dapat menampung muatan.
Terperanjat ibu lihat barangan yang Beby angkut.
Macam orang nak pindah rumah...Adeh...sabar jelah.


Tersenyum riang bila impian hampir menjadi kenyataan.

Saat pilu bila ibu perlu melepaskan seorang lagi anak untuk melangkah keluar.

Beby dan Angah sama-sama bergelar "orang Kuantan" walaupun untuk seketika.

Pendaftaran bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi.
Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya.
Hati ibu lega bila melihat kemudahan berdekatan bilik Beby.

Saat ini airmata ibu pasti bergenang bila waktu berbuka.
Tak sanggup melihat kerusi yang selalu Beby duduk.
Masa goreng ikan pun sedih....sebab Beby suka makan ikan.

Lebih sedih bila cafe tempat Beby belajar kena sita akibat pelajar keracunan
makanan dan terpaksa dikejarkan ke hospital sewaktu minggu orientasi.
Sedihnya hati ibu bila Beby call dia berbuka dan bersahur makan maggie.
Ibu harap Beby mampu tempuhi semua tu kerana ujian dan dugaan
menjadikan kita lebih tabah dan kuat.

Ibu doakan agar Beby suksess di sana.
Yang pasti setiap saat dan ketika anak-anak ibu tetap hadir
dalam doa ibu......

6 Julai 2014

Farouk dan Weekend

Hari ni dah masuk 8 hari berpuasa.
Cepat sungguh masa berlalu.

Alhamdulillah puasa kali ni anak-anak masih berada di sisi kecuali Beby.
Along dan Angah habis cuti sem pada akhir bulan 8 dan 9 nanti.
Sedih memang tak boleh nak diucapkan.
Setiap kali masak, makan, berbuka dan bersahur pasti teringatkan Beby.
Lebih menyedihkan sekarang dia demam dan cafe dikolejnya
pula disita akibat pelajar-pelajar keracunan makanan.......

Oklah, tak nak sedih-sedih.
Hari ni nak cerita pasal bujang terhangat ibu.
Setiap kali balik sekolah agama bising
je mulut farouk merunggut.
Katanya dia nak tolong ibu masak.
Mana nak sempatnya sebab balik sekolah
agama dah lewat petang.
Ibu biasanya mula bersilat kat dapur lepas solat Asar.
Masak pun simple je.

Hari weekend tugas masak ibu serahkan pada Farouk.
Bukan main seronok dia dapat "menyibuk" didapur ibu.
Kusyuk membasuh beras.
Masa ibu curi2 snap dia tak perasan.
Kalau dia tahu maunya dia delete gambar-gambar tu semua...

Anak lelaki pun mesti buat kerja.
Nanti bila besar boleh tolong isteri masak kat dapur.
Macam ibu dulu, Ayahlah jadi "guru" ibu mengajar memasak pelbagai resepi.

p/s:
masih tak kesemptan nak jejalan rumah kekawan....adeh..lemau betul ibu sekarang.

4 Julai 2014

Kisah Minggu Lepas

Hari ni dah masuk puasa ke 6.
Cepat sungguh masa berlalu.
Minggu ni cuma 2 N3 yang mampu ibu karang.
Sadis sungguh.
Sibuk memang sentiasa sibuk ditambah dengan "mood"dah ke laut.

Kisah praRamadhan terperap dalam draf.
Berhabuk dan bersawang.

Cuti 4 hari sebelum dan diawal Ramadhan sempat layan 4Farahs bershopping kat Melaka.
Niat hati nak cari baju raya yang ready-made.
Si ibu dah 2 tahun "bersara" jahit baju raya anak-anak.
Punyalah cerewet 4Farahs ni.
Habis lengguh kaki dan lutut si ibu nie.
Ayah tak ikut serta kerana sibuk dengan meeting Cuepecs tang bonus gomen minggu lepas.
So ibulah jadi mangsa melayan 4Farahs.
Adeh....ikut sapalah tu cerewet sangat tang memilih baju tu??????
Akhirnya balik tanpa baju raya.
Rasanya dah lebih 4-5 buah kedai kain baju tu kami masuk.

Hari dah makin petang.
Tekak dah kering...perut dah lapar minta diisi.
Kami pergi ni 2 hari sebelum puasa.
Layan jelah tekak 5F tu.
Macam biasa fast food jugaklah pilihan mereka.
Baru senyap dan takde komen.
Ibu sekadar alas perut dengan zinger burger je.
Tekak ibu dah tak macam dulu lagi.

Dah bertapa kat rumah ibu ambil kesempatan selongkar khazanah yang tersadai kaku
kat sudut bilik.
Itupun sebab Along sibuk nak berkemas.
Buka beg travel...MasyaAllah...rupanya banyak lagi khazanah kain baju yang ibu beli
semasa melancong luar negara tahun lepas.
6 pasang kain berbaki yang ibu beli di Bandung,
 2 pasang dari Vietnam, 2 pasang masa beli kat Shenzuan dan
2 pasang beli kat Ghuangzho......
Nasib baik masa ke Macau dan Hong Kong tak beli kain baju.....Adeh.

Nampak tak ibu ni menang membeli tapi kalah bab-bab membudget duit.....
Itulah kelemahan ibu sejak dulu sampai sekarang.

Tiba-tiba mood menjahit datang membara.
Tengah syok menjahit stok benang pulak habis.
Syiok betul.
Terus hilang mood yang ibu tunggu berbulan-bulan.
Tergendala lagi cita-cita nak jahit baju.......
Maka tertangguhlah lagi kerja-kerja ibu nie.
Nampak gaya weekend ni kena seru balik
mood menjahit ibu yang telah hilang entah kemana.

About me