Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

14 April 2014

Selamat Ulang Tahun Ayah.

Selamat ulang tahun Ayah.
Kami doakan semoga Ayah sentiasa dibawah lindungan dan kasih sayang Allah,
dimurahkan rezeki, panjang umur dan diberi kesihatan yang baik
Terima kasih kerana menjadi Ayah yang terbaik buat kami.


12 April 2014

Aktiviti Hujung Minggu

Saat ini 5F berkumpul semula di bawah satu bumbung untuk seketika.
Ibulah orang yang paling gembira sebab semua anak-anak depan mata.
Macam biasa kami akan habiskan masa berkualiti bersama-sama...
shopping-shopping dan makan-makan.

Macam biasa "pot" yang anak-anak ibu suka sudah semestinya fastfood.
Redha jelah walaupun sekarang ni tekak ibu dah agak kurang menerima 
makanan-makanan ni.

Lepas makan sudah semestinya shopping-shopping....

Dah agak lama tak makan takoyaki ni.
Walaupun perut dah kenyang tapi ibu tapau untuk makan di rumah....

Ni pulak Naurah dan kawan-kawan.
Biasanya Naurah akan dihantar oleh ibu atau kakak-kakaknya untuk keluar bersama rakan2.
Ibu ni jenis yang agak sporting.
Ada masanya ibu izinkan anak-anak keluar bersama rakan-rakan.
Mereka dah tahu peraturan yang telah ibu tetapkan sejak kecil.
Selagi mereka patuh dengan peraturan ibu,
ibu akan jadi seorang ibu yang sangat berkompromi....
Ayah!!!!!....segala keputusan tentang anak-anak 100% kepercayaan
Ayah serahkan pada ibu.
Maklumlah anak kami 4 orang perempuan..ibu lebih memahami
kehendak mereka.

Seperti biasa hujung minggu juga kami penuhi dengan jemputan.
Biasanya Farouklah peneman ibu dan ayah tapi bila Along balik bercuti
Along amat sporting untuk ikut kami sama.......

Esok Along dah kembali semula ke U setelah
habiskan cuti mid sem selama 1 minggu bersama kami....huhuhuhu.....

10 April 2014

Manakah Kau Menghilang MH370

Sudah beberapa hari ini menyepi disebabkan kesibukan dan masalah melanda....
Rindu rakan-rakan semua......

Kalau tak silap ibu hari ni masuk hari ke 33 misteri kehilangan MH370.
Hanya Allah saja yang maha mengetahui segala yang berlaku.
Sedih memikirkan nasib keluarga yang kehilangan..........

Sebagai guru Pendidikan Seni/Dunia Seni Visual,
ibu mengambil kesempatan untuk berkongsi kesedihan ini.
Becok anak-anak murid bercerita tentang MH370.
Yang pasti mereka juga setia mengikuti perkembangan ini.....

Tanpa warna dan hanya berbekalkan pensel warna ibu bersama-sama anak-anak didik
mencoretkan hasil nukilan ini.
Gambar yang ibu edit dan photostat untuk bekalan pada anak-anak didik.
Kalau suruh mereka lukis sendiri, jawabnya 2 jam pun tak siap.
Dengan gigihnya cikgu yang memang minat melukis dan mewarna ni mengambil alih bagi
memudahkan tugas mereka.....

Doa yang tulus dan ikhlas daripada insan yang bersih ini.
Semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua......
Semoga keluarga MH370 tabah dan sabar lalui ujian yang besar ini....InsyaAllah.

p/s:
Dah 2 hari ibu keluar dari sekolah kerana urusan diluar...emmmm

About me