Bersiaran lagi walaupun keadaan kesihatan masih kurang memuaskan.
Hari ni nak tepek kisah qurban.
Hari Raya pertama Ayah join qurban di taman perumahan kami.
Ayah qurban 1 bahagian untuk diri sendiri
Hari ni nak tepek kisah qurban.
Hari Raya pertama Ayah join qurban di taman perumahan kami.
Ayah qurban 1 bahagian untuk diri sendiri
Ya Allah, rezeki kami melimpah ruah.
Hari pertama saja lebih kurang 11 ekor lembu tumbang.
Mungkin kebanyakan penduduk taman melakukan ibadah qurban maka dagingnya
diagih-agihkan melimpah ruah.
Ibu jadi buntu jugak kerana tak tahu nak simpan kat mana
daging-daging tu semua walaupun dah diagih-agihkan.
Rasanya kalau tak silap ibu adalah dalam 12-15 kg.......
Apapun syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang melimpah ruah dari Allah.
Hari ke 2 giliran ibu pula menunaikan ibadah qurban.
Tapi tahun ini, ibu niatkan untuk Beby kerana
dia akan duduki SPM.
Saban tahun begitulah ibu buat giliran pada anak-anak
seperti mana yang pernah abah dan mama lakukan buat ibu adik beradik....
Alhamdulillah perancangan pihak sekolah untuk adakan
ibadah qurban untuk kali pertama berjalan lancar.
Rancangan asal, penyembelihan ingin dilakukan di sekolah tapi memandangkan
kami beli 2 ekor lembu daripada pusat ternakan berhampiran sekolah maka
segala urusan qurban dilakukan oleh kaki tangan di sana.
Lagipun mereka sangat cekap dan buat kerja sistematik.
Kalau tak silap ibu, dalam masa lebih kurang 2 jam saja 2 ekor lembu selamat dilapah.....
Maka cikgu-cikgu yang melakukan ibadah qurban termasuk ibu saja ke sana manakala yang
lain tunggu di sekolah.
Maka cikgu-cikgu yang melakukan ibadah qurban termasuk ibu saja ke sana manakala yang
lain tunggu di sekolah.
Lembu yang telah disiap disembelih dibawa ke sekolah dengan lori untuk dipotong....
Cikgu2 lelaki melapah daging dengan dibantu oleh AJK PIBG.
Cikgu-cikgu perempuan pula ditugaskan untuk membuat pengagihan daging
untuk diagih2kan.
Syukur Alhamdulillah,
kami mampu agih-agihkan kepada semua rakan-rakan guru, staf,
anak-anak murid yang miskin serta beberapa orang penduduk kampung
yang miskin.
Tulang-tulang lembu dibuat sup untuk
dijamu kepada semua warga sekolah pada keesokkan harinya.
Gembiranya hati melihat anak-anak didik makan dengan berselera...
Anak ibu peminat sup gearbox......
like mom like son...
Sementara cikgu-cikgu sibuk mengerjakan daging,
diadakan juga program melukis poster sempena Hari Raya Aidil-Adha.....
Semoga tahun depan ibu dan ayah diberi rezeki
lagi untuk melakukan ibadah qurban ini.....InsyaAllah....