Banyak kisah suka duka yang berlaku.
Banyak yang ingin ibu ceritakan di sini tapi apakan daya masa tak mengizinkan.
Tanpa di rancang kami balik kampung.
Lepas sekolah kami bersiap
Dalam bersiap-siap Farouk menerima sebijik Cheese Cake daripada
daddy angkatnya a.k.a Sir Lee Cheng Kin yang dikirimkan melalui jiran kami.
Dalam terpingga-pingga kami meneruskan perjalanan.
Singgah makan dan solat kat RnR Muaazam Shah Pahang.
Sambil tu potong cheese cake sebab si tuan punya badan dah tak sabar.
Cheese cake yang sedap sangat-sangat pemberian "daddy" angkat 5F berbangsa Cina
yang merupakan rakan rapat ayah.
TQSM Sir kerana tidak pernah lupa hari bersejarah kami sekeluarga
walaupun terkadang ibu pun sering terlupa......
Jasa Sir tetap dalam ingatan kami sekeluarga.
Birthday boy yang dah tak sabar nak potong kek.
Ucapan daripada Sir Lee Cheng Kin a.k.a daddy angkat 5F di FB:
Farouk semakin 'mature' n bertambah 'leng chai' (handsome).
Happy Belated Birthday Leng Chai.
Masing-masing tak sabar nak makan kek...
Balik kampung sekali lagi ibu belikan kek pilihan Farouk.
Farouk pilih sebijik kek Angry-Bird.
Gara-gara ibu dan Along leka di kedai emas...
akhirnyaaaaaa.....
huhuhuhu
V
V
V
V
V
Kek Angry bird bertukar menjadi Angry-Farouk.
Terperanjat si tuan badan bila mata angry bird dah mengelongsor ke bawah.
Ising cair dan dah tak ada rupa kek idaman.
Berjurai-jurai airmata Farouk...sedih...sebak...sayu.....huhuhu.....
Terkedu ibu dan Along......
Terpaksa la ibu cungkil biji mata angry bird tu dan tampal semula kat atas.
Nak gelak tak sampai hati sebab air mata farouk makin laju berjurai.....
Dalam kesedihan 2 orang kanak-kanak rebina menyejukkan hati si abangnya.
Makanlah mereka bertiga kek yang hancuzzz tu dengan berselera
dan kami memandang kerana rasanya tak sanggup nak makan kek itu.....
Doa buat Farouk:
Ya Allah,
Jadikan lah Muhammad Farouk seorang anak yang soleh,
anak yang bijak,
anak yang terang hatinya,
anak yang penyayang,
anak yang mampu membahagiakan insan-insan disekelilingnya,
Ya Allah,
semoga Farouk menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat....
Amin...amin...amin.....