Percaya tak dengan tajuk di atas.....????? Silalah percaya...
Kisah benar yang terjadi pada ibu.
Airmata ibu boleh tumpah gara-gara 5 botol solivite.
Semalam ibu singgah ke EconSave yang terletak tak sampai 0.5 km dari rumah ibu.
Macam biasa bila terpandang minuman kegemaran anak-anak, ibu akan capai dan beli.
Dan seperti biasa Farouk akan booking perisa kegemaran dia.
Terpacul dari mulutnya : Ibu, air solivite ada lebih 2...satu untuk Along dan 1 untuk Angah.
Tiba-tiba ibu sentap.
Sayu dan sebak.
Airmata tiba-tiba mengalir.
Sedih sangat-sangat.
Kerinduan membuak-buak pada Along dan Angah.
Anak orang lain pun belajar jauh dan sedari kecil dah tinggal di asrama.
Releks je ibu tengok.....Ibu pulak over....huhuhu...
Ibu pun releks juga dimata kasar orang lain tapi jauh di sudut hati
terpendam rasa rindu yang amat sangat..
Mungkin Ibu tak sekuat mereka agaknya.
Ibu amat rasa kehilangan..
4Farah amat rapat dengan ibu.
Hubungan kami bukan setakat ibu dan anak tapi
kami adalah rakan baik, teman bershopping, tempat berkongsi rahsia, berkongsi kisah suka duka..
Yang pasti kami tak pernah berpisah lama.
17 tahun Along dan Angah membesar di depan mata ibu.
17 tahun Along dan Angah membesar di depan mata ibu.
Merekalah yang sentiasa disisi ibu bila ayah outstation...macam-macam aktiviti yang kami lakukan bersama-sama,..
Ketiadaan Along dan Angah membuat ibu amat-amat terasa kehilangan.
Ketiadaan Along dan Angah membuat ibu amat-amat terasa kehilangan.
Rupanya bukan ibu saja yang menangung kerinduan ini.
Ayah pun sama cuma ayah lebih kuat berbanding ibu.
Ayah : Abang ada meeting di KL selama 2 hari.
Balik dari KL abang nak singgah kat tempat along.
Ada apa-apa nak dikirimkan?????
Aduyai....rupanya kami sama-sama merindui anak-anak......
p/s:
Kenapa ye ibu tak boleh masuk ke blog "attyfir"
Kenapa ye ibu tak boleh masuk ke blog "attyfir"