Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Ogos 2013

Selamat Hari Raya.

Selamat Hari Raya ibu dan family ucapan buat semua rakan-rakan blog
yang tidak pernah jemu bertandan ke sini.
Mohon ampun dan maaf jika ada perkataan yang menguris hati dan perasaan tanpa
ibu sedar.
Semoga di Hari Raya kali ini memberi kebahagiaan buat kita semua.

7 Ogos 2013

Ramadhan ke 24-Aktiviti Sekolah Sebelum Cuti

Sepanjang Ramadhan pelbagai aktiviti dijalankan di sekolah.

Pertandingan mewarna poster "Salam Ramadhan".
Farouk pun join jugak tetapi bab-bab mewarna farouk memang fail.
Awal-awal memang terbaik tapi lelama bila dia dah bosan mulalah entah apa-apa.


Ni masa program Hafazan.
Selamber jekan bujang ibu tidur.
Entah mimpi ke mana-mana.
Alahai...Farouk!!!!!

Mood raya datang diakhir-akhir minggu persekolahan.
Jadinya masa DSV ibu melencong sikit dari topik asal.
Sesekali ubah selera cikgu dan anak-anak murid.
Suka sangat budak-budak tu sebab bila siap dapat duit raya.....

Hari terakhir persekolahan ada Majlis Khatam Al-Quran.

Bersalaman dengan anak-anak didik.....

                           
Hari terakhir juga ibu dikunjungi dengan sampul surat berisi penanda buku dan sampul
duit raya dari seorang rakan blogger yang sangat pemurah JS.
TQSM dear, ramai yang jeles tengok sampul raya yang gojes tu.
Sampul-sampul tu ibu dah gunakan untuk mengisi duit raya anak-anak murid.

6 Ogos 2013

Ramadhan ke 27-Checkup dan Shopping lagi.

Pagi-pagi Isnin ibu, ayah dan farouk bertolak  ke Melaka.
Hari ni ayah sekali lagi berjumpa doc pakar tapi malangnya
Doc pula bercuti 1 minggu.
Nak kata raya, doc tu berbangsa cina.
Takpelah, dah takde jodoh nak jumpa doc hari ni.
Adalah hikmah disebalik tu.
Ayah terpaksa membuat appoiment selepas raya nanti.

Dan macam biasa kalau angkut ibu, 
ayah akan singgah kat mana-mana untuk bershopping.
Penat balik dari KL pun belum hilang.
Tapi terlanjur ayah ajak, ibu ikut jelah.
Dalam hati berbunga riang.

 Keadaan jalan  di Melaka ok je.
Mungkin masih awal lagi.
Masa ni baru pukul 9.00 pagi.
Banyak lagi kedai yang belum dibuka.

Ayah singgah ke "Keluargaku".
Sebuah pusat membeli belah terutama baju raya.
Kali pertama ibu sampai kat sini.
Sebelum ni ada juga terdengar tempat ni menjual banyak baju raya.

Hanya farouk seorang je yang ikut kali ini.
4Farah kepenatan dan berehat di rumah.

Hasil rembatan ayah untuk si bujang pulak kali ni.
Kesiankan farouk, saat-saat akhir baru beli persiapan untuknya.
3 pasang baju Melayu,
3 helai seluar jeans,
2 helai samping songkek,
2 helai t-shirt swiss polo dan guess 
( *dua helai t-shirt berlengan panjang ayah dah beli semasa awal puasa).
dan tidak lupa songkok.......

p/s:
InsyaAllah, selesai sahur kami akan bertolak balik kampung.
Doakan kesejahteraan kami.....

About me