Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 Julai 2013

Ramadhan 2- Dalam Gembira Terselit Duka.

Semalam semakan upu telah keluar.
Hati ibu bergedup kencang, gelisah dan tak tentu arah......
Kerisauan seorang ibu mengalahkan yang empunya diri.

12 tengahari Along call ibu.
Nada sayu dihujung talian.
Dada ibu makin berdegup kencang.
Macam-macam bermain difikiran.
Along khabarkan berita gembira buat ibu.
Cuma dia sedih dan terkilan sebab tidak mendapat tempat
di universiti dan course idaman hatinya.
Ibu memujuk dan memberi kata semangat buat along.

Sebenarnya semasa form 4 Along ditawarkan ICT subjek tambahan
dalam aliran sains tulen tetapi ayah meminta along mengambil
subjek tambahan perakaunan.
Along akur.
Selepas SPM Along ditawarkan dalam
bidang yang sama di UiTM tetapi atas pandangan
keluarga along memilih ke matrik.
Lagipun  ibu rasa matrik yang terbaik sebagai persediaan untuk
menyambung degree memandangkan waktu belajar
yang singkat berbanding diploma.
Kali ini along ditawarkan bidang yang sama.
Memang "jodoh" along dengan course ni agaknya.

Syukur Alhamdulillah, Along akhirnya berjaya ke IPTA
untuk menyambung pelajaran diperingkat degree diusia 19 tahun..
Kegembiraan berganda pada ibu dan ayah pada tahun 2013
bila 2 orang anak berjaya ke universiti.
Bulan 6 angah meninggalkan ibu untuk ke IPTA dan tidak berapa lama lagi Along pula
melangkah meninggalkan ibu setelah beberapa bulan tamat belajar di Matrikulasi Melaka
dengan cemerlang..

Ayahlah orang paling gembira kerana Along ditempatkan
di universiti yang agak dekat.
Lebih kurang 1 jam perjalanan ke sana.


Dalam gembira terselit kesedihan dan kesayuan di hati.
Bahagia melihat satu persatu anak mengatur langkah ke universiti...
sedih bila memikirkan diri
ini bakal  ditinggalkan untuk kesekian kalinya.

Namun ibu bersyukur kerana Allah permudahkan perjalanan anak-anak ibu.
Ibu bahagia dan bersyukur dikurniakan permata seperti mereka.
Terima Kasih Allah kerana sentiasa makbulkan setiap doa-doa ibu.
TAHNIAH dan TERIMA KASIH anak-anak ibu kerana sentiasa
membahagiakan dan membanggakan hati ibu dan ayah
dengan hadiah kecemerlangan kalian......

Semoga Along dan Angah menjadi penguat semangat adik-adik untuk terus cemerlang.
Juga terima kasih kepada rakan-rakan blog yang tidak pernah putus-putus
berdoa untuk kami sekeluarga.
Hanya Allah yang mampu membalas segala-galanya.

11 Julai 2013

Ramadhan 1-Pengubat RIndu

Tahun ini giliran Angah pula berada diperantauan.
Melalui kehidupan sebagai seorang mahasiswi.
Dan kali pertama Angah berpuasa tanpa family.

Hati ibu mana yang tidak sedih.
Hati ibu mana yang tak sayu.
Setiap kali memasak makanan kegemaran anak hati pasti sedih.
Tahun lepas Along tidak dapat bersama,
tahun ini giliran Angah pula dan mungkin tahun depan ibu
akan merindui 3 orang FARAH serentak........

Inilah cara kami melepaskan rindu.....
Sayu hati bila angah tunjukkan ibu makanan segera yang
dibeli untuk persediaan bersahur.......

Ibu dan Along berskype dengan Angah......

Dan diwaktu terluang, ibu dan anak akan ber"skype".
Terubat rindu dapat menatap wajah anak.
Dan si anak akan becok bercerita tentang aktiviti harian.
Siap tunjuk barang-barang yang dibeli semasa outing.
Bekalan untuk bersahur menjelang puasa.
Sayu dan sebak hanya Allah yang tahu.

Ya Allah, dalam hati ibu tak putus-putus berdoa.
Agar si anak terus cemerlang dan menjaga akhlak serta maruah keluarga.
Mereka tetap baby girls pada ibu.
Alhamdulillah, sehingga sekarang ibu tetap jadi best friend mereka.
Berkongsi apa saja masalah dan kegembiraan.
Sesungguhnya ibu dan ayah bangga kerana memiliki anak-anak seperti kalian semua.....
Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak ibu dengan rahmat dan kasih sayangNya...

9 Julai 2013

Menjelang Ramadhan.

Selamat tinggal Syaaban dan Selamat datang Ramadhan.
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana kali ini ibu masih diberi kesempatan untuk
menyambut Ramadhan.
Selamat menyambut Ramadhan buat semua yang membaca blog ibu.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Hari ini program sekolah tetap berjalan seperti biasa walaupun
dah penghujung Syaaban dan fajar Ramadhan hampir menjelma.

Pagi tadi dijalankan program kecergasan.
Program tetap dijalankan walaupun mendung berarak.
Berhenti seketika bila gerimis datang.

 Acara sukaneka diteruskan bila gerimis berhenti....
Kanak-kanak ribena bergembira di padang.
Hijau...merah...biru....kuning memenuhi padang...

Farouk bukan main enjoy lagi....

Sepagi kami berpeluh di padang.
Kanak-kanak keriangan, cikgu-cikgu kepenatan.
Saat beginilah anak-anak berlari bebas, bersorak riang,
ruang untuk mereka melepaskan ketegangan di bilik darjah.

Sepagi berpeluh di padang, rakan-rakan guru menerima jemputan
daripada Pra Sekolah.
Ada jamuan sempena ulang tahun kelahiran kanak-kanak comel (Jan-Jun).
Anak-anak kecil riang ria.

Cikgu-cikgu pun riang ria kerana di jamu dengan hidangan 
nasi hujan panas + satey + cendol dan
pelbagai juadah yang sedap.
Ibu pun dah lupa nak snap gambar akibat kelaparan + kepenatan di padang.
Setelah selesai menjamu selera, 

Petang ni pekena takoyaki dan burger bakar.
Alahai macam manalah lemak-lemak tak membiak kalau macam nie.

SELAMAT BERPUASA.

About me