Salam sayang semua.
2 hari ibu menyepi sebab di rumah line internet ada masalah.
Hari ni baru ok...Alhamdulillah.
Semalam selepas solat Jumaat kami bertolak ke Melaka
untuk menjemput buah hati ibu....
Kali ini merupakan cuti terakhir Along sebab lepas dia akan tamat
pengajian di Matrikulasi dan bercuti panjang.....
Macam biasa hobi kami ialah shopping.
Setiap kali ke Melaka pasti kami akan singgah bershopping....
Kali ini Along tunggu kami di Tesco Melaka.
Singgah sini sekejap untuk beli sushi sambil cuci-cuci mata....
Sambil tu nak beli dress untuk along sebab dia ada majlis@program di kolej.
Penat pusing cari dress tema garden tapi tak ada yang sesuai....
Cerewet betul anak dara ibu....
Wajah yang ibu rindui.
Dah 1 bulan lebih kami tak jumpa.
Rindu sangat-sangat kat Along.
Sambil tu nak beli dress untuk along sebab dia ada majlis@program di kolej.
Penat pusing cari dress tema garden tapi tak ada yang sesuai....
Cerewet betul anak dara ibu....
Wajah yang ibu rindui.
Dah 1 bulan lebih kami tak jumpa.
Rindu sangat-sangat kat Along.
Along ajak ayah ke Dataran Pahlawan pula..
Singgah solat Asar sebelum operasi shopping di Dataran Pahlawan.
Singgah solat Asar sebelum operasi shopping di Dataran Pahlawan.
Pot kegemaran anak-anak ibu.
Kat sini ibu beli t-shirt untuk Naurah dan along beli 2 helai blouse.....
Ya Allah penatnya nak melayan kecerewetan Along memilih dress.
Entah berapa banyak kedai kami masuk tapi tak ada yang berkenan.
Sabar jelah melayan citarasa anak-anak sekarang.
Akhirnya ada la sehelai gaun labuh warna peach yang dapat menambat hatinya.
Bila tengok harga berpeluh ibu.
si ibu pun dah rambang mata.
Terpandang handbag yang maching pulak dengan jubah ibu pakai tu....hehehe...
Namun iman kena kuat melawan perasaan sebab bulan 6 ni ibu ada visi dan misi yang lebih besar....
2 beradik ni pun tak nak kalah.
Misi nak beli dress tapi benda lain pula dibeli......
Masing-masing terbeli handbag.
Dah anak dara katakan.
Aduyai kalau ibu dulu nak beli handbag yang harga Rm20-RM30 pun kena fikir 10X tapi
anak-anak sekarang setakat handbag harga RM200-RM300 tu macam biasa-biasa je...
Boleh cakap "murah aje"......huhuhu.....
Handbag angah dan along.
Ibu belikan mama sepasang kasut valentino collections.
Dah lama tak beli hadiah untuk mama.
So untuk ibu kena KIV dulu la......
p/s:
Dapat perkabaran gembira dari along...
Nanti ibu cerita pada n3 akan datang.....