Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 Februari 2013

Makcik Supir Baru....

Pon.....pon.....pon.....
Tumpang lalu.......tumpang lalu......

Nak cerita pasal makcik supir.
Bertambah lagi ahli persatuan makcik supir kat rumah ibu....
Kelmarin Angah dan Beby serentak duduki ujian memandu.
Angah test  lesen kereta dan Beby lesen motosikal.
Alhamdulillah kedua-duanya lulus dengan jayanya.
Jaya ke...??? Apa-apa jelah yang penting lulus....

Bertambah senang la kerja ibu kerana sekarang Along dan Angah dah boleh pandu kereta.
Bertambahlah driver untuk kami pergi shopping kalau ayah outstation.
Lepas ni  ibu dah boleh jadi Puan Besar...la.la.la.la.....memang dah besar pun....huhuhu....

Pagi-pagi ibu dah tak perlu tergesa-gesa ke sekolah kerana
Beby dah mampu bonceng Naurah ke sekolah naik motosikal.
Syhhhh!!!!!! sebelum ni pun Beby dah pun bonceng Naurah ke sekolah walaupun
memegang lesen L..Ampun ye pak polis.....huhuhu...

Selamat datang ahli baru......

p/s:
Esok ibu ada meeting di Muar...Ayah meeting di Terengganu....

21 Februari 2013

Mencanting Batik Bersama Kanak2 Ribena

Projek hari ini, mencanting batik.
Projek la sangat....
Mencanting dah jadi menconteng.......huhuhu..

Hari ni ibu ada kelas DSV ( Dunia Seni Visual) tahun 2.
Topik hari ini membuat corak guntingan.
Hancus...hancus dan hancus kertas-kertas warna dikerjakan budak-budak comel tu.
Sehancur hati cikgunya........

Lain cikgunya suruh buat, lain yang dibuatnya.
Sabar jelah....
Nasib baik  hari ini kesabaran cikgu ditahap ok.....

Selesai sesi anak-anak murid ibu merosakkan kertas warna,
buat sepah-sepah,
berebut gunting,
berebut kertas,
berebut gam,..
golek sana, baring-baring....(maklumlah bilik seni lapang..)
dan macam-macam kerenah.....
Biarlah..masa DSV je mereka bebas dan dapat release tension....
Macam tension la sangat...
Cikgu lagi tension tau.....

Tibalah sesi  cikgunya memujuk hati yang stress.
Bersila bersama anak-anak kecil itu di Bilik Seni yang lapang.
Ibu keluarkan alatan mencanting batik.
Masing-masing becok bertanya itu..ini.
Berebut-rebut nak duduk sebelah cikgu..
Bertolak-tolak nak tolong cikgu ambil itu ini....
Aduyai....sabar jelah dengan kerenah anak-anak nie......


Dan hasilnya yang jadi comot sebab cikgu tak dapat beri tumpuan sepenuhnya..
Maklumlah buat kerja bersama-sama kanak-kanak ribena.
Lagipun lama dah ibu tak mencanting batik...........
Jangan gelak ye tengok hasil yang comot tu......

Ni yang ibu siapkan di rumah bersama anak-anak...
Rindu pulak kat kembar ibu, Kak Salmi...
Kami punya minat yang sama.
Mesti leka kalau kami melukis bersama....

20 Februari 2013

Tumpang Sesudu ye Ayah.

Sejak kebelakangan ini ibu lihat Ayah begitu menjaga pemakanan.
Maklumlah umur makin meningkat dan Ayah perlu terus bertenaga untuk meneruskan
khidmatnya pada masyarakat...Wow macam MB la pulak......

Sebenarnya ibu pun jaga makan juga  tapi dalam istilah jaga perut agar tidak lapar....huhuhu...
Makan ikut selera macam ibu dynasor tu......
Moga baju-baju itu tidak mengetat.....

Selain makan produk pemakanan lain,
sejak 2 bulan lepas Ayah jadi pelanggan tetap pada rumpai laut nie....
Seminggu sekali Ayah rendam rumpai laut tu hingga pagi (6-8 jam kot).....
rebus sampai jadi cair..
sejukkan sampai jadi jelly....
simpan dalam peti ais dan
ibu dengan riang ria cedok sesudu dan campur dengan segelas air sunquik.
Asalnya ibu minum sekadar mencuba sebab tergoda tengok ayah minum.
(Kes dengki....)
2-3 minggu ibu amalkan, ada sesuatu yang dapat ibu rasa.
Bisa-bisa sendi sudah tiada....Alhamdulillah.
Cuma ibu kawal pengambilannya agar jangan berlebihan.

Pernah suatu ketika dulu Ayah kutuk-kutuk ibu bila ibu makan
sejenis makanan unik dari Kelantan "Kerabu Sarae" (rumpai laut).
Sesedap rasa je dia kata ibu makan rumput kering..Cittt!!!!!
Geram tau..Ayah ingat isteri dia ni dari keturunan anak lembu ke apa....Hahaha.....

Pernah dengar?
Pernah tengok?
Pernah makan?

gambar ni ibu kidnap dr en google.
Macam nilah benda alahnya "kerabu sarae'.
Sarae ni adalah berasal daripada rumpai laut jugak tapi ianya lebih halus.
Comelkan...tapi sekali pandang betul jugak kata Ayah tu....hehehe...

Ha sekarang giliran Ayah pulak minum jelly rumpai yang
dulu Ayah kata "rumput kering" tu.........
So kesimpulannya Ayah pun spesis yang sama la dengan ibu???Hahaha...
Lain kali jangan nak kutuk2 orang ye......

About me