![](http://dl9.glitter-graphics.net/pub/989/989369nkhwxrd6yq.gif)
Salam semua.
Maaf ye sebab ibu belum berkesempatan nak bw.
Nak buat n3 pun memakan masa.
Ibu kurang sihat dan dengan kerja melambak perlu disiapkan.
Walaupun hari ini ibu dapat mc namun ibu tetap gagahkan jua kaki melangkah
ke sekolah.....
Ibu nak sambung kisah hari ke 2 di Vietnam.
Hari ke 2 di Ho Chi Minh, kami dibawa ke CuChi Tunnel.
Maaf ye sebab ibu belum berkesempatan nak bw.
Nak buat n3 pun memakan masa.
Ibu kurang sihat dan dengan kerja melambak perlu disiapkan.
Walaupun hari ini ibu dapat mc namun ibu tetap gagahkan jua kaki melangkah
ke sekolah.....
Ibu nak sambung kisah hari ke 2 di Vietnam.
Hari ke 2 di Ho Chi Minh, kami dibawa ke CuChi Tunnel.
Kesan peninggalan komunis di Vietnam.
Jarak perjalanan 70km mengambil masa lebih dari 1 jam 30 minit.
Fuh!!!! penat + letih berganda-ganda kerana terpaksa melalui kawasan pendalaman dan ladang getah.
Bertambah penat bila ibu nie bukan seorang peminat sejarah,
walaupun abah ibu seorang pakar sejarah.
Alang-alang dah ke Vietnam, rugi kalau kita tak jejak ke tempat yang famos amos nie.
Lagipun termasuk ke dalam pakcage travel kami......redha jelah.....
Kalaulah ibu bawa abah ke sini mesti abah seronok......
Kalaulah ibu bawa abah ke sini mesti abah seronok......
Dipintu masuk
Lagi seorang anak dara yang juga tidak minat sejarah.
Nak senyum pun tak de mood...
Sebelum berjalan melalui terowong....
Terowong pejalan kaki menuju ke tempat bersejarah....
Pemandangan pertama yang kami jumpa.....
30 minit menonton movie berkaitan dengan tempat tersebut...
2 beranak yang dah mula bosannnnnnnnn............
Baby Balqis yang sporting....gud girl....
Lubang tempat persembunyian.....
Kalau badan besar jangan cuba-cuba masuk ke dalam lubang nie ye...
Tak pasal-asal tersangkut nanti....
Perangkap samar....Bahaya sebab kat dalam tu ada besi tajam terpacak....
Beria-ia si Ellan memberi penerangan tapi ibu tak begitu beri tumpuan...
Faham-faham jelah....
Kalau anak murid buat macam tu confirm dah kena piat telinga....
Posing entah apa-apa.
Ramai sangat pelancongan dari seluruh dunia datang sini.
Nak posing pun kena ikut giliran so kami main belasah jelah....hehehe....
Layan jelah gambar-gambar kat bawah nie.
Ibu nak tulis pun risau nanti tersalah penerangan.
Al-maklumlah si Ellan sibuk dok beri penerangan, ibu sibuk lepak sambil borak-borak......
Bak kata orang aktiviti bebas.......
Demontrasi membuat paper rice. Lebih kurang macam kulit popia dan merupakan makanan tradisi
orang-orang Vietnam.
Sebelum keluar kami di jamu dengan ubi rebus + kacang digaul dengan gula + air teh bunga....
Bukan main beria-ia si Iman tu makan....berlakon je tu....hihihi.....
Beberapa jam di sana begitu menyiksakan jiwa raga ibu.
Lega teramat bila melihat terowong untuk kami keluar dari sini....
Fuh!!!!!Lega........
Fuh!!!!!Lega........
Bye..bye..Cuchi Tunnel..
Rasanya inilah kali pertama dan terakhir ibu ke sini........