
Minggu lepas ibu agak sibuk.
Banyak mesyurat dan aktiviti yang perlu ibu hadiri di luar sekolah.
Hari Isnin ibu terpaksa hadir ke mesyuarat GPM di PKG.
Hari Rabu dan Khamis pula ibu perlu hadir ke SKS 6 untuk
Program Khidmat Bantu PSS.
Seawal 8.30 pagi ibu tiba ke SKS 6.
Ibu hadir bersama Pegawai Teknologi Pendidikan, JuruTeknik ICT dan
beberapa orang Guru Perpustakaan Media (GPM).
Kami berkampung di sana selama 2 hari untuk memberi khidmat bantu apa yang patut.
Kami memberi bantuan dari segi idea dan tenaga kepada rakan sejawat
yang memerlukan khidmat kami yang tak seberapa.
Bak kata orang, berkongsi serba sedikit yang kita ada untuk membantu rakan.
Beginilah keadaan PSS di sekolah ini.
Kami perlu bantu dari segi keceriaan, idea, dan sumbangan tenaga ......
Aksesori yang bakal diberi sentuhan....
Susun atur dan pentas di bina secara gotong royong.....
Semoga hasil sentuhan kami memberi semangat untuk GPM SKS6
untuk terus memberikan hasil terbaik pada masa akan datang.....
InsyaAllah.
Semoga hasil sentuhan kami memberi semangat untuk GPM SKS6
untuk terus memberikan hasil terbaik pada masa akan datang.....
InsyaAllah.