Syukur Alhamdulillah kesihatan ibu dah bertambah baik
dan hari ini ibu dah kembali bertugas dengan keadaan ceria....
Terima kasih di atas doa-doa rakan-rakan maya ibu.
Juga terima kasih kerana mendoakan kejayaan anak-anak ibu.
Syukur kerana ibu dikurniakan rakan-rakan yang hebat.
Allah sentiasa mendengar doa rakan-rakan ibu yang tulus dan ikhlas.....
Sudah agak lama ibu terpanggil untuk membuat n3
berkaitan tajuk di atas tetapi asyik tertangguh2.
Maklumlah ibu ni bukan pandai menulis.
Risau nanti n3 ibu akan menguris perasaan orang lain.....
Kebelakangan ini semasa ibu BW ibu ada membaca artikal di blog rakan-rakan.
Luahan hati rakan-rakan yang ikhlas dan tulus.
Perasaan sedih kerana ada segelintir blogger yang
tidak puas hati dengan wujudnya blog yang
bercerita tentang kisah keluarga.
Ada orang-orang yang tertentu tidak suka dengan blog
yang berkisar kisah anak-anak dan keluarga.
Bagi ibu setiap orang punya visi dan misi tersendiri dalam mewujudkan blog.
Ada org bina blog utk tujuan bisnes,
bercerita tentang dunia hiburan,
bercerita tentang politik,
isu-isu semasa,
berita sukan dan macam-macam.
Semua itu mampu membuka minda kita dan memberi kita peluang untuk
kita memilih mengikut citarasa masing-masing......
Dan ada juga orang mementingkan trafik untuk menjana pendapatan sampingan.
Ibu hormati semua itu dan setiap orang berhak menulis mengikut cita rasa mereka sendiri.
Dan ibu pula wujudkan blog ni bukan untuk mencari pengunjung yang beribu lemon.
Ibu tak pernah kisah tentang trafik.
Itu tidak kisah tentang dana iklan.
Sepanjang 4 tahun ibu membina blog, ibu tidak pernah
ambil kisah tentang BE atau trafik blog ibu.
Dan ibu sendiri sudah lupa password iklan-iklan ibu....
Dasyatkan!!!!....he.he.he......
Yang penting ibu ingin jadikan blog ibu sebuah khazanah yang berharga
untuk generasi ibu pada masa akan datang.
Sebuah dairy rujukan anak2 dan mungkin cucu-cucu ibu.
Semua kisah yang dipaparkan adalah kisah benar.
Catatan harian kami sekeluarga.
Ada kisah suka, duka, percutian, kejayaan, kesedihan dan macam-macam lagi.
Kalau boleh ibu tidak ingin tertinggal walau sedetik pun kisah-kisah
yang berlaku dalam kehidupan seharian kami.....
Dan anak-anak juga sering membaca semula kisah-kisah mereka
terutama kisah 4 tahun yang lalu.
4 tahun dulu wujudnya blog ini.
Betapa ruginya ibu kerana banyak tertinggal moment2
suka duka kami.....
Mereka seolah-olah tidak percaya apa yang
pernah berlaku dalam hidup mereka.
Perubahan wajah, perangai dan sikap......
Terkadang mereka ketawa bersama bila membaca
n3 semasa mereka masih dibangku sekolah rendah.
Bayangkan bila mereka sudah dewasa,
bertapa berharganya setiap catatan dan gambar-gambar kenangan
yang ibu abadikan disini.......
Niat asal ibu blog ini sekadar rujukan kami semata-masa.
Tetapi tanpa ibu jangka, dari sini ibu temui ramai rakan-rakan
yang begitu baik dan setia......
Ibu hargai setiap yang sudi berkunjung malah mereka
adalah rakan-rakan yang jujur.
Merekalah yang sering mendoakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.
Berkongsi kegembiraan dan kesedihan.
Dan bagi yang tidak suka ibu tidak pernah mengalu-alukan
kehadiran mereka.
Di sini bukan tempat mencari gosip-gosip panas,
mencari isu-isu terkini,
mungkin mereka boleh cari di blog-blog lain.....
Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang.
Ibu hormati setiap paparan yang ibu baca di blog-blog lain.
Jika ibu suka, ibu akan tinggalkan komen tetapi jika ianya
tidak sesuai dengan jiwa ibu, ibu lebih suka berdiam diri tanpa meninggalkan sebarang jejak.
Sebagai manusia kita hendaklah saling hormat menghormati
hak masing-masing.
Kita tidak boleh cepat melenting dan menjatuhkan orang lain.
Kita tidak perlu cemburu melihat orang lain yang lebih baik dari kita.
Patutnya kita jadikan kisah2 itu sebagai pembakar semangat.
Kita perlu didik diri kita berfikiran positif.
Mungkin rakan-rakan kita memiliki kekayaan yang melimpah ruah.
Mungkin mereka ingin berkongsi kegembiraan.
Berkongsi percutiaan yang indah di luar negara yang tak pernah kita rasai.
Mampu membeli sesuatu yang berjenama yang tidak kita miliki..
Mendapat hadiah yang amat berharga dari insan tersayang.
Mereka abadikan sebagai kenangan yang terindah....
Ibu rasa itu tidak salah kerana mereka mampu dan alami saat indah itu....
Dan ibu percaya, orang yang tidak berpuas hati itu
adalah orang-orang yang mungkin merasa diri mereka lebih baik dari
orang-orang sekelilingnya.
Dari itu kita juga dapat pengajaran agar lebih berhati-hati semasa menulis
kerana mungkin blog kita akan dikunjungi oleh berbagai-bagai
penghuni di alam maya ini.........
Sama-samalah kita ingat mengingat antara satu sama lain.
Dan ibu tetap dengan pendirian ibu.
VISI dan MISI ibu untuk teruskan mereliasasikan blog ibu sebagai
SEBUAH BLOG YANG MEMAPARKAN KISAH KAMI SEKELUARGA.....
InsyaAllah......
Terima kasih kepada yang sudi membaca kisah-kisah kami.
Dan sekiranya ada segelintir yang tidak menyenangi
blog berunsur keluarga, mereka ada banyak pilihan lain.
Tiada siapa memaksa mereka untuk singgah dan berkongsi cerita yang terpinggir.......
p/s:
Fuh!!! panjang pulak n3 ibu kali nie...
Patutlah habis lenguh jari jemari ibu nie.....ngee.....
Malam ni Along akan meninggalkan ibu untuk kesekian kalinya.
Hu.hu.hu........