
Minggu lepas adalah minggu peperiksaan @ ujian 1.
4F duduki serentak (1F dah habis SK).....
4 Farah tak ada masalah.
Ibu tak pernah kisah sejak mereka di Tahun 1 lagi dan
hasil result mereka pun amat membanggakan dan cemerlang.
Tetapi si Farouk ni ibu kena ambil kisah.
Dia lain dari 4 Farah.
Banyak sangat vitamin M. Malas + Main
Cuai, leka, berangan...punya pakej yang lengkap.
*sila abaikan meja yang penuh dengan timbunan macam-macam khazanah.
Alhamdulillah sekarang Along volunteer untuk mengajar si adik.
Tapi perhatikan gambar ini.
Belajar sambil lewa.
Korek hidung, korek telinga, korek kuku dan macam-macam aktiviti sampingan.
Bila Along marah dia menangis.
Berjurai-jurai air mata.
Mengalahkan anak perempuan.
Hishhhhh!, ibu tengok pun rasa geram.
Kalau dengan ibu memang dah kena cepuk-ceput, tak pun kena cubit.....
Tak kuasa nak layan kemanjaan dia tu...
p/s:
Jap lagi nak keluar dengan rakan-rakan.
Aktiviti bebas...ngee........