Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Januari 2012

Bila "DIA" Mungkir Janji.

Sedih + kecewa + terkilan + tersentap.
Hati mana tak sentap bila beria-ria janji.
Tiba-tiba tak jadi....

Semalam sedang ibu syok dok siapkan 
program panitia dalam format baru tiba-tiba terima sms.
Terkedu dan tergamam + tersentap seketika.
Rasa nak jerit je kuat-kuat..
Sms berbunyi:
"Pemantauan ke PSS anda pada 11.1.2012(Rabu) diBATALKAN
dan pemantauan akan dibuat pada 9.1.2012 (Isnin).
Harap maklum.

Mau ibu tak meroyan.
Ayat pertama tu buat ibu sengeh sampai ke telinga  dan tiba-tiba
senyuman manis ibu (manis la sgt..) bertukar kelat....
Rupanya pemantauan diawalkan dari tarikh asal.
Bukan ibu tak bersedia.
Semua program dan fail dah siap tetapi masalah
sekarang ni Buku Program dan Fail2 ibu telah dipinjam
oleh rakan guru PSS (GPM).

Konon2nya ibu ni seorang fasilitator GPM Zon/Daerah.
So rakan-rakan GPM dari sekolah lain akan datang cari ibu dan 
pinjam apa yang patut sebagai sumber rujukan
sebelum pemantauan bermula.

Tup-tup Pemantau nak datang pagi Isnin.
Mana ibu nak cari kawan-kawan GPM ni.
Rumah depa bukannya dekat.
Lagipun mereka pun janji nak pulangkan hari Isnin/Selasa nanti.
Dah la pagi Isnin tu ibu terpaksa handle Majlis
"Watikah Perlantikan Pengawas dan Pustakawaan".
Banyak benda nak dibuat.
Tak haru macam ni.....

Yang ibu terkilan bila email dan surat menyurat telah dihantar pada ibu
pada tarikh 11.1.2012 tetapi dipinda sesuka hati disaat akhir.
Bukankah itu menyusahkan banyak pihak.

Dan ibu juga terkilan dengan rombakan format baru Program.
Bayangkan semua rakan-rakan guru dah siapkan semua
program sebelum cuti tiba-tiba terima arahan
format ditukar kepada yang baru.
Terpaksalah kami bertukus lumus menyiapkan dalam jangka masa
3-4 hari saja.

Cuti hujung minggu terpaksa mengadap komputer.
Kalau ibu tak kisah sangat sebab anak2 dah besar dan
Ayah memahami tugasan ibu.
Rumah dah tunggang langgang macam tongkang pecah....
Tetapi yang sedih bila ibu
dengar keluhan rakan-rakan yang punya anak-anak kecil.
Dan ada sebahagian suami yang tidak memahami tugas seorang guru
yang bekerja tak tentu masa......

Dengan sekolah ibu yang kekurangan 4 orang guru sejak sebelum cuti.
Bayangkan bila perkara2 yang sepatutnya tidak berlaku
dipandang remeh dari pihak berwajib dan orang-orang atasan..
Tapi dari kita macam-macam diminta segera....
Adilkah????????
Siapa yang tak stress......

7 Januari 2012

Thanks Dinas.

Cek tak sangka cek terpilih untuk terima souviner dari rakan blogger cek...
Cewah ber"cek2" pulak ibu nie.
Sebabnya cek terima souvenir ni dari orang Penang.
DINAS.......

Ni dia sampul surat yang ibu terima sekembalinya
dari hari pertama persekolahan......

Taraaaaaa.....ibu dapat FM dari Dinas.
Rasa macam nak melompat-lompat je tapi 
nanti apa pulak kata anak-anak kalau tengok si ibu macam tu....
Thanks my dear sis..ibu suka sangat.

 Ha tengok kalau tak percaya yang ibu ni kategori peminat fanantik FM.
Ni bahagian tepi peti ais tau.....
Koleksi tu dah lengkap dari seluruh dunia dan pelusuk tanah air.


Ni koleksi yang ibu tampal bahagian depan peti ais.
Yang depan ni ibu tampal yang tahan lasak je sebab
kat rumah ni ramai yang tangannya ganaz2.
Bila buka peti ais bukan boleh perlahan-lahan  atau control ayu.
Main hentam je.
Untuk selamatkankan keadaan, ibu terpaksa tepek kat bahagian tepi..

Maka diumumkan bertambahlah koleksi FM kat peti ais ibu tu.
Kalau dah penuh bolehlah minta peti ais satu lagi dari ayah untuk tampal FM.
Bolehkan Ayah??????

Ada sapa-sapa lagi nak bagi itu Fm tak????...he.he.he....

Minum Petang + Sarapan Pagi.

Petang semalam syok melayan  kerja-kerja sekolah yang perlu disiapkan
"SEGERA  + URGENT !!!!!".
Syok la sangat.
Layan kerja 30 minit mengadap Fb 3jam.
Adilkah itu?????

Tiba-tiba teringin nak makan lempeng cicah sambal godok 
(sambal versi Jawa yang ibu belajar dari MIL terchenta)...
Ibu ni kalau nakkan sesuatu tak tahu sabar.
Terus tinggalkan lappy yang masih 'on' dengan kerja yangmelambak, 
dengan meninggalkan aktiviti sambilan ber"chatting"
dengan rakan lama.

Terus ke dapur cari stok bahan yang diperlukan.
Menyiapkan apa yang patut.
Kalau nak tahu ibu ni buat kerja secara "express".
Tak delah ikut peraturan dan control ayu macam orang lain.
Main hentam aje.......

 Akhirnya kempunan ibu dah terlaksana 50%  bila 
tiba-tiba kemalasan melanda untuk masak lempeng.
Ada roti so ibu bakar je roti tu guna toster sampai jadi renung....hu.hu.hu.....
Rentung pn oklah asalkan roti tu rangup + cicah sambal godok tu..
(Kalau nak resepi klik sini )

Dan pagi ini ibu dah merealisasikan impian untuk makan lempeng cicah sambal godok..
Yelah tu..
Melayan selera untuk menambahkan lemak-lemak dibadan.....
Maklumlah kerja sekarang melambak-lambak.
Asal stress je makan dalam erti kata melantak........

About me