Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 Ogos 2011

Koleksi Kesayangan Ibu-Puasa ke 12

Hari ini baru terheggeh-heggeh nak buka sebuah kotak yang besar.
Kotak tu itu letakkan kat ruang rehat kat luar sana
sejak dibawa balik hari tu.
Tiba-tiba tidak ada mood untuk melihat isi kandungan di dalamnya.
Padahal selama ini bukan main lagi mengidam untuk mendapatkan benda alah ni.

Sebelum puasa ibu dapat set hidang untuk Hari Raya ini.
Sejak dua menjak ni minat sangat dengan set pinggan mangkuk vantage.
Ibu suka dengan warna dan bunga rosnya yang sweet sangat.

Sebenarnya yang ibu punya masih dalam kotak.
Sejak dapat hari itu belum buka dan check lagi.
Malas pula nak buka kotaknya kerana besar dan berat sangat....
Tinggallah tersadai  di tepi dinding.
Rasanya selepas beraya di kampung baru buka kotak tu kot...
Itu pun kalau rajin masak-masak untuk raikan kawan-kawan.
InsyaAllah......

Set pinggan mangkuk dan minuman ini dah 2-3 tahun lepas ibu beli.

Dan untuk bekas kuih muih ini, ibu beli tahun lepas.
Entahlah, sekarang ini kalau tengok pinggan mangkuk vantage hati terus jatuh cinta.
Ibu kumpul setakat termampu aje.
Itu pun untuk kegunaan yang perlu sahaja....

Menghitung Hari-Puasa ke 12

Ibu menghitung hari bukan kerana tidak sabar untuk menyambut hari raya.
Tetapi menghitung hari untuk menatap wajah-wajah kesayangan ibu.
Wajah yang sentiasa ibu rindui di kampung.

Dan ibu sangat bersyukur kerana sepanjang usia
perkahwinan ibu, kami akan menyambut hari raya di kampung ibu.
Bukan dari desakan ibu.
Tetapi di atas kehendak ayah sendiri.
Ibu amat bersyukur sangat-sangat.
Walaupun ada suara-suara yang tidak senang dengan
keadaan ini.
Ayah amat memahami dan bagi Ayah di Johor
kami menyambut hari raya selama 1 bulan.
Bila-bila masa kami boleh meraikannya....
Jadi tiada masalah giliran timbul bila setiap kali.hari raya akan menjelma.

Dan ibu bersyukur kerana mempunyai seorang 
ibu mertua (MIL) yang memahami kehendak anak lelakinya.
Malah  MIL akan akan menyediakan
kerepek pisang, rempeyek, karas, dan kuih deram
untuk dikirim khusus kepada besannya di sana..

Terima Kasih Ayah!!!!!Terima kKasih Mak!!!!

11 Ogos 2011

Menu + Resepi Kuih Chara dan Singgang-Puasa ke 9 dan 10

Alhamdulillah hari ini masuk 11 hari kita berpuasa.
Ibu kadang-kadang buntu memikirkan resepi untuk dimasak untuk berbuka.
Masak simple tidak kisah asalkan anak2 dan ayah suka makan.

Puasa ke 9
 Along volunteer nak masak roti jala.
Syukurlah ada orang nak tolong buatkan
kerana nak buat roti jala ni memakan masa juga.
Sambil itu ibu masak kari ayam, sayur bendi dan tauhu telur.

Puasa ke 10
Tiba-tiba teringin nak makan kuih chara berlauk.
Dan sekali lagi Along volunteer nak bantu ibu buatkan kuih chara.
Intinya ibu yang masakkan.
Disamping itu ibu masak singgang daging + goreng udang + ikan kering.

Resepi kuih Chara Versi ibu:
1/2 kg Tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/ susu cair/ santan
1 biji telur
garam secukup rasa.
1 sudu gula
serbuk kunyit untuk warna.

Cara-caranya:
Bancuhkan kesemua bahan dan kisar.
Biarkan adunan itu cair seperti memasak lempeng.
*Adunan kuih chara lebih kurang sama untuk membuat roti jala.

Inti :
Isi ayam (bahagian dada)-cincang
1 biji kentang-cincang
2 sudu rempah kari daging
1 biji bawang besar-cincang
2 las bawang  putih-ketuk
minyak untuk menumis
garam + gula secukup rasa.

Tumiskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih.
Tumis hingga garing.
Kemudian masukkan rempah kari.
Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan kentang.
Masukkan perasa di atas..

Cara memasak kuih chara:
1. Guna acuan kuih chara.
2. Guna api yang perlahan
3. masukkan sedikit minyak ke dalam setiap acuan.
4. Curahakn adunan dan kemudian letakkan  inti diatas adunan.
5. Tutup dengan penutup.
6. Setelah masak ulang proses yang sama.

Singgang Daging
Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
3 hirisan lengkuas-kisar
1 inci halia-kisar
4 ulas bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
2 sudu ketumbar-kisar halus
asam keping atau asam jawa.
garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Cara-cara:
Masukkkan semua bahan ke dalam periuk.
Jangan lupa masukkan air....
Masak sampai empuk.
Siap untuk dihidangkan.
Kalau hendak pedas, ketuk cili padi dan masukkan
ke dalam singgang...

*Petang ni tak tahu nak masak apa lagi.......

About me