
Pagi-pagi BW kat blog Areef terpandang resepi Sambal Tempoyak.
Tiba-tiba meleleh air liur macam orang mengidam.
Tanpa berlengah ibu copy resepi itu.
Ibu ubah sikit resepi Areef berdasarkan stok bahan yang ada di rumah....hi.
Semangat berkobar-kobar nak masak sambal ini kerana kebetulan kat rumah ada
tempoyak yang ibu buat 3 hari lepas.
Masih panas-panas dalam kuali...
Memang sedap dan membuka selera...
Kalau makan ni confirm boleh tambah berat badan......
Resepi Sambal tempoyak
Bahan-bahannya :
Cili padi dan cili merah -ditumbuk
Bawang merah dan bawang besar -ditumbuk
Serai -tumbuk
Daun kunyit (xde di rumah so ibu abaikan..)
Ikan bilis/udang kering
( ibu ganti dengan ikan kering yang ibu beli siap dipotong halus).
Tempoyak
Garam dan gula
Minyak untuk menumis
Cara-caranya :
Tumis bahan yang ditumbuk.
Kemudian, ikan bilis/udang kering/ikan kering
Akhir sekali masukkan tempoyak dan tambah sedikit gula dan garam.
Hari ini ayah beli ikan tongkol.
Anak-anak ibu tidak begitu suka sedangkan ikan ni bagus untuk minda..
Klik sini.
Buntu nak masak apa.
Tiba-tiba teringat ibu makan ikan bakar ikan tongkol masa
kat Sabah.
Sedap sangat.
Lagipun kat Sabah, ikannya segar-segar dan besar-besar....
Lawannya air asam nie..
Tetapi ibu tambah kicap pekat manis....
Terjumpa gambar masa ibu makan ikan tongkol bakar
di Pasar Pilipina, Sabah.
Abaikan gambar model tu dan sila fokus pada ikan bakar yang tergolek dalam pinggan.
Masa ini ibu ikut ayah berseminar kat Sabah.
Pergi pun tidak dirancang.
Ayah Pengerusi Seminar merangkap Bos ambil kesempatan berfoya-foya dengan ibu...
Dasyatkan....!!!!!...he.he.he....