Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 April 2019

TRIP KOREA-NAMSAN PARK

Day 2- Namsan Park 25.3.2019 ( lsnin )

Angan ku musnah.
Hajat dihati nak naik cable car dipergunungan tidak tercapai akibat cuaca buruk.
Menurut Ayu, angin kencang sedang bertiup.
Betullah cakap Ayu, setibanya di sana angin bertiup sangat kencang.

Mampu berada di luar bas sekejap je sebab tak tahan sejuk dan angin begitu kuat...
emmmm takde rezeki di situ.
Kami juga mendapat khabar ada beberapa buah cable car 
tersangkut di atas sana akibat angin kuat.

Baiklah kalau macam tu.
Kita bergambar jelah kat sini.
Pemandangan kat sini sangat cantik.
Masih ada sisa salji di puncak gunung.
Kalaulah dapat naik cable car mesti view nya sangat indah...emmmmm

Meronda-ronda disekitarnya je sambil bergambar.....

Kat belakang tu pintu gerbang.
Iqa dan Sarah

Sarah dan Timah

Tidak dapat lama-lama kat sini sebab kami dah kesejukkan....


Nak senyum pun dah tak mampu sebab terlalu sejuk.

Ni sebelah dalam pintu gerbang.

Sekejap je kat sini sebab masing- masing dah tak tahan kesejukkan.
Angin pun bertiup semakin kencang.
Lagipun masa ni hari dah menjelang senja.....

Ok jom kita ke destinasi lain pula.

Klik Sini :
Part 1-Ku Datang
Part 2-Pulau Nami

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL.....

9 April 2019

TRIP KOREA-NATIONAL FOLK MUSEUM OF KOREA

Day 4- National Folk Museum @ Gyeongbok Palace 27.3.2019 (Rabu )

Ni cerita hari ke 4.
Harap-harap ada lah yang masih terus membaca.
Ke ada yang dah termuntah baca n3 ibu ni...ha3x.
apapun selagi mood tengah baik nak buat n3 ni ibu teruskan.
Risau semuanya lenyap dalam memori.

Kami dibawa ke Gyeongbok Palace ni.
Ada 2 kategori.
In door dan out door.

Tak sempat nak bergambar di pintu masuk...huhuhu...

Kita posing dulu sebelum memulakan sesi seterusnya.....
Kimchiiiiiiiiiiii......

ye..ye je ibu tu kan..nampak macam serius je dengar Cikgu Lim memberi penerangan...

Atas arahan jurukamera, Hatimah..maka kami berlakonlah ala-ala retis...
Ha3x.

National Folk Museum-In Door

Kami dibawa masuk dulu ke National Folk Museum ni...
Musiumnya sangat luas.
Kami redah jelah ikut si Ayu tu.
Jalannya "Kuasa Kuda"...stail orang Korea berjalan.
Terkedek-kedek la kami mengejarnya...Adeh...Ayu..Ayu...please la fahami hakak-hakak ni yang sekadar ada "Kuasa Itik Gembo-gembo"....huhuhu...

Sedikit sebanyak dapat la jugak tengok dan dapat info.
Snap gambar mana yang sempat je angkara si Ayu yang jalannya tak seberapa nak ayu tu.

Ok...posing dulu dengan Sahara, Iqa dan Timah...

Ni kat bahagian dalamnya

dan ini.....kat dalam ni banyak mempamirkan kehidupan orang-orang Korea pada ketika dulu.

entah periuk belanga..tempayan bagai  ada kat situ....


Sekejap je kat dalam so kami berkumpul di sini untuk ke kawasan istana.
Si Ayu sedang memberi serba sedikit info pada kami....


Gyeongbok Palace-Out door

Menurut Ayu
Istana Dynasty Joseon   dibina pada 1395.
Menurut cerita yang ibu dengar Istana ni telah musnah dalam 
kebakaran semasa peperangan rejim Imjin (1592-1598)


Menurut Ayu, Istana ni ada 3 bahagian.
Tapi dari tinjauan ibu, ketiga-tiga kawasan tu seni binanya lebih kurang sama je.
Bila tilik gambar ibu sendiri pun keliru mana yang pertama...kedua..dan ketiga...
Walah..kan ibu dh cakap neutron-neutron otak ibu cepat putus...



Lebih kurang sama jekan...kan...kan







Gaya yang dicipta oleh Kakak Zah yang mengundang gelak tawa.
Maunya tak gelak...dah kemain kita senyum..
rupanya Cikgu Amid terakam lagi la aksi kami ni..
Ha3x...tak tahan nak gelak. Patutlah kemain lama dia nak snap pic
 sampai kami rasa macam dah nak tumbang.
cannot brain....

Ni bila jumpa pokok botak sempatlah posing......
Nak lompat bintang tak larat...so posing camni jelah....

Pokok yang mula mengeluarkan putik.


sempat tangkap amoi Jepun.
Cute miut je diaorang..
Macam anak patung je...

Ini pun dari Jepun...Omel sangat.....

Selesai agenda kat sini kami meneruskan perjalanan...
Ok Jom.....

Klik Sini :
Part 1-Ku Datang
Part 2-Pulau Nami

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL.....

8 April 2019

TRIP KOREA-EVERLAND THEME PARK

Day 2-Everland Theme Park 26.3.2019 ( Selasa )

Destinasi seterusnya.
Everland ala-ala Disneyland (Klik SINI dan SINI) dan USS (Klik SINI dan SINI).
Kawasan agak luas cuma kedudukan tidak begitu tersusun berbanding Disney dan USS.
Emmmm....tengok peta pun jadi blurrr so kami redah jelah.
Banyak tempat kami skip.
Masa yang diberi pun agak singkat.
Masa ibu ke Disneyland dan USS dulu, kami habiskan seharian di sana.
Memang puaslah main in-door dan out-door.
Maklumlah tempat macam ni ramai orang.
Setiap station kena beratur panjang.
Lagi satu kena banyak bersabar.
Kadang-kadang memakan masa sampai 1 jam menunggu giliran.
Itu belum lagi menyaksi adengan X18th percuma depan mata....
Mokcik yang malu sendiri.....huhuhu.

Acara wajib...bergambar dulu dengan geng kami....
Lepas tu masing-masing bawa haluan.

Masa ibu ke sini sedang berlangsung festival tulip....
Terubat la rasa terkilan bila melihat bunga-bunga tulip kembang mekar..

Pintu masuk.

Masuk je....pokok unik ni menyambut kami.

Mokcik bunga posing dulu ye....ha3x

Posing dulu sebelum menjelajah lebih jauh.....

Emmmmm..nak masuk sini dah tak sempat...huhuhu...

So bergambar jelah depan stationnya...
Mesti best kalau dapat masuk sebab masa pergi USS dulu 
station transfomers sangat-sangat best.

Kami naik cable car. Bila naik CC banyak tempat yang kami skip...
Kami terus dibawa ke kawasan tengah yang dipenuhi bunga tulippp....

Taraaaa.....Bunga-bunga tulip sedang berkembang mekar.
Kawasan bunga tulip ni betul-betul berada ditengah-tengah Everland.
Ya Allah terpegun seketika. Hilang kata-kata.
Indahnya ciptaan Allah...Bunga tulip pelbagai warna....

Rasa nak je guling-guling atas bunga-bunga tu...
Risau pulak nanti kena tangkap kat abam pulis.
Tak pasal-pasal masuk lokap dan jadi orang Korea...ha3x...

Nampak tak kat belakang ibu.
Si adik manis Iqa teringin nak naik benda alah tu tapi akibat kesuntukkan masa so dia pendamkan jelah niat hatinya.
Kesian pulak tengok sebab matanya asyik melirik je ke situ.....

Dan lagi...memang tak boleh nak move on laaaaa.......

Tak tahu nak posing kat mana.
Cantik sangat sampai jadi blurrr.......huhuhu.....
Kami sebenarnya banyak habis masa kat sini.
Leka dengan keindahan bunga-bunga tulip pelbagai warna.

Kami sempat masuk ke 3 station in-doors je...huhuhu...

Lalu sini tapi kawasan ni ditutup.....emmmmmm

Selepas melalui kawasan atas tu kami terus ke safari.
Adalah pelbagai jenis binatang.
Safari ni jalan menuju untuk ke luar.

Kat dalam Everland ni ada Zoo.
Pelbagai jenis haiwan ada kat sini.
Memang terjaga rapi dan bersih sangat...

Kat dalam Everland ni ada Safari....
Memang bersihlah. 
Bau pun tak de.
Sempat posing kat sini tapi tak nampak pulak si Panda ni.
Masa ibu pergi ke Ghuangzou China ( Klik SINI)
dulu si panda ni biasanya tidur kalau musim sejuk....

Harimau ni diletakkan dalam kandang kaca.
Kalau tak silap ibu ada 3 ekor.
Memang besar la.
Lebih besar dari manusia.

Kami dah rushing dah masa ni....bergambar pun main tangkap muat jerrr....

Dan sini. Ibu sempat masuk 3 buah station in door je...
Alahai rasa macam terkilan pun ada....

Kat area sana banyak restaurant disediakan.
Kami memang tak beranilah singgah....huhuhu....

Rasanya 3-4 jam je kat dalam ni.
Memang tak sempatlah nak rasai semua station.
Kat dalam ni ada disediakan surau.
Kecik comel je tapi oklah.
Peka jugak orang Korea ni bab-bab agama.
Jalan..jalan jugak....tugas kita sebagai hambaNya wajib kena tunaikan.

Ok...nanti kita jelajah lagi ke tempat lain......

Klik Sini :
Part 1-Ku Datang
Part 2-Pulau Nami

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL.....

About me