Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 Julai 2013

TBS?

TBS= Termenung Buat Seketika???????
Hari ini nak cerita tentang kejakunan ibu di TBS.
Mungkin ada yang tak tahu singkatan TBS dan begitu jugak ibu.
Ke ibu sorang yang tak tahu?????????
Nama je tinggal kat Selatan TanahAir.
TBS pun tak tahu.

TSB-Terminal Bas Selatan...Walah, dasyat sungguh orang seperti ibu ni.
Kali pertama jejak kat TBS ni.
Itupun sebab terpaksa dan terdesak.

Kisah berlaku gara-gara ayah tak dapat jemput ibu kat airport sebab
masa tu ayah ada seminar.
Ayah suggest nak jemput ibu dari LCCT dan bawa ke hotel  tempat ayah seminar.
Bila ikut ayah bermakna ibu terpaksa stay 2 malam di Putrajaya......
Aduh.....rasa tak sanggup pulak ibu.

Akhirnya ibu ambil keputusan nak berdikari kali ini.
Nekad jugak nak balik ke Muar.
Kali pertama belajar balik ke Muar dari LCCT dengan "BAS"...
Setiap inci ayah sms cara nak sampai ke TBS...berapa harga tiket...naik kat mana..bla..bla..bla....
Siap buat karangan sehingga ibu yang baca pun pening-pening lalat.
Dahlah ibu ni spesis yang alergik naik flight.
Bila turun flight mesti ibu macam orang tak tentu arah.
 Menunggu di balai berlepas TBS.

 Wow...terpegun ibu lihatkan keadaan di TBS.
Amat-amat selesa...
Kalah airport gayanya....

 Dan penumpang tidak perlu menunggu lama sebab boleh membuat pelbagai pilihan 
syarikat bas yang dicadangkan di deretan kaunter tiket.
Di tiket juga tercatat nombor menuju ke balai menunggu dan pintu berlepas yang perlu ibu tuju..
Tempahan tiket pun secara on9.
Urusan selesai tak sampai 10 minit...
Lebih mudah berurusan berbanding airport.

 Memikirkan nasib diri ditempat orang...walah....TBS=Termenung Buat Seketika.

Sepanjang perjalanan ayah tak putus-putus call dan sms setiap 15 min-30min ssekali.
"Dah sampai mana ni?.....lebih 10X sepanjang perjalanan...
Naik rimas pulak ibu.
Bukan jauh sangat pun.
Perjalanan cuma memakan masa 2 jam lebih saja walaupun
perlu melalui 2 buah negeri.....
Alahai ayah....risau jugak ye kat ibu nie....

p/s:
Pagi ni berkejar pula ke SKS5D sebagai hakim karnival.

3 Julai 2013

Kenang Daku Dalam Doamu..

Semalam satu lagi peristiwa bersejarah tercatat dalam program di sekolah ibu.
Majlis persaraan Guru Besar @bonda yang telah bersama kami lebih kurang 2 tahun lebih.

Sudah pasti rakan-rakan guru sibuk membuat persiapan
walaupun sambutan amat sederhana.

 Pelamin yang amat simple hasil tangan 'wonder-pets'....

Orang yang kami raikan. Hajah Nik Fauziah merupakan bos ibu merangkap "bonda" yang penyayang.
Terlalu banyak nasihat dan tunjuk ajar yang "bonda" berikan pada ibu selama
kami bersama...

Farouk...Sedih katanya......dia pun menitiskan airmata.
Tapi memang Farouk ni punya hati yang lembut......mudah tersentuh..

Persembahan guru dan murid- Tajuk lagu "Salam Terakhir".
Ibu tidak dapat join sebab merangkap jurukamera.

Pelukan erat seorang'bonda' pada anaknda....
Dah nekad tak nak nangis namun tewas juga bila 'bonda' membisikkan sesuatu ke telinga ibu.
Sayu, sedih, tersentuh........
Terima kasih bonda di atas segala-galanya.....
Akan ku kenang bonda dalam setiap doa2.....
Huwaaaaaaa........ibu mengundang suasana sedih.......

 Bergambar bersama 'bonda' disaat terakhir...

Lambaian terakhir dari kamii.....

"Bonda" diarak dengan jeep dan diiringi persatuan skuter BG.
Saat ini hati bertambah sayu.......

 Lambaian terakhir daripada anak-anak didik buat seorang 'bonda'...
Semoga "bonda" sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah.
Selamat Bersara dan selamat menjalani kehidupan baru setelah berkhidmat selama lebih 35 tahun....


1 Julai 2013

Projek Keychain Felt Ibu

Semasa awal cuti sekolah hari tu ibu agak sibuk....
Sibuk menguruskan kemasukan Angah ke IPTA..sibuk nak ke Bandung.
Dalam kesibukan ibu mencuri sedikit waktu untuk meneruskan projek PSS.
Kononnya nak habiskan stok kain felt ni.
Gigih menyiapkan keychain2 nie....


4 pieces = RM10.

Alhamdulillah projek ibu untuk menambah dana PSS mendapat sambutan.
Cuma sekarang masa ibu agak terhad untuk mengadap semua ni.
Lagipun dulu ibu dibantu oleh Angah.
Sejak Angah dah tak ada, mood ibu untuk membuat keychain berkubur....huhuhu....

p/s:
Awal Julai, ada majlis persaraan GB esok hari.
Kesibukan terus melanda........

About me