Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label HARI RAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HARI RAYA. Papar semua catatan

8 Ogos 2014

Riang Ria Raya 2014 -Bercelaru

Tarik nafas...hembus...tarik nafas...dan hembus....
Tak tahu nak bermula dari mana.
Tak tahu nak pilih gambar mana...
Nampak tak permainan ibu yang memang dah makin disaluti lemak M
untuk up-date blog..

Dah masuk hari ke 11 raya masih buntu nak buat n3 raya.
Selongkar-selongkar gambar, rupanya langsung tak ada gambar menu hariraya.
Yang pastinya 3 minah (kaklong, ibu dan adik atie) dah 5 tahun berturut-turun gantung periuk kuali
di malam raya semata-mata nak melaram dan tak nak berpeluh di hari raya.
Dasyatkan mak-mak dara yang nak beraya tak hinggat dunia....
Dan mak-mak dara ni mengalahkan 4Farahs tu.....adeh.

 Ini je yang ibu jumpa dalam banyak-banyak gambar.
Menu hariraya pertama: satey + ketupat +lemang + kuah kacang + mee kari + bubur kacang dan
diiringi menu-menu sampingan lain.

Ni entah pingan sapa yang ibu snap.
Dan ibu yang memang "hantu"satey makan tak hinggat.
Yang uniknya ibu makan satey tanpa kuah kacang dan ketupat.
So ibu boleh capai satey bila-bila masa tanpa perlu bersusah payah cari pinggan....
Itulah ibu......

Hari ke 2 kami tempah nasi dagang.
Nasi dagang + gulai ikan tongkol + gulai ayam + gulai itik + sup makaroni
(resepi adik atie yang sedap).
Berjurai jugak airmata ibu bila dengar komen-komen nasi dagang tu
sangat-sangat marvelous.
Sebabnya ibu bukan penggemar nasi dagang.
So hari kedua ibu pergi terjah rumah pakcik makan nasi minyak....
Ibu ambil sedikit untuk mengalas perut. Itu pun tak habis.
Nama je mek Kelate tapi tak minat nasi dagang.....

Cerita tang bergambar pulak.
Memang huru hara.
Maklumlah kami kejar masa untuk melarikan diri sebelum rumah abah/mama diserbu....
kih.kih.kih....
Main tangkap muat je posing.
Mana yang sempat je kami tarik.
Masing-masing sibuk nak makan la, nak ke toilet la...adeh...sabar jelah.
 Nak letak kategori mak-mak dan ank dara tak sesuai bila tiba-tiba terselit adik yu dihujung.

Gambar ini pun entah apa-apa....main selit-selit je.
Akhirnya mama yang kat belakang tu langsung tak kelihatan...huhuhu....
Dasyat betul kami nie.
Konon berebut nak bergambar bersama Abah dan Mama tapi
kami yang syok sendiri..
Abah pun entah lari kemana.......

Candid...candid......tengok tu, Ayah dan Farouk tak menyempat  makan.
Sabar jelah.

 Bersama 3 Farahs....Naurah entah kemana.

 
Sempat ibu tarik Farouk dan Naurah..Beby dan Along pulak hilang...adeh.


Akhirnya sempat tarik 4Farahs tapi Farouk pulak hilang.....

Masuk jelah mana yang ada...huru hara betul family ibu nie.

 4Farahs bersama makcik kesayangan Cik Ita dan Alya.

 Angah dan Naurah.
Pelikkan tengok Naurah dah nak sama tinggi dengan Angah yang mempunyai ketinggian 164cm.
Jangan terpedaya dengan ketinggian Naurah tu sebab dia pakai wedges....he3x...

_
Beby....memang  paling suka posing....

Candid...candid...inilah kerja ayah.

Macam biasa...edisi peluk, cium, mohon maaf dan bagi duit raya.
Paling sebak bila abah peluk ibu erat-erat dan menangis.
Ya Allah, sedih dan sangat-sangat sayu.
Ibu pun tak pasti kenapa abah begitu sebak dipagi raya.
Walaupun dah berkeluarga dan punya anak remaja ibu tetap "baby girl" dimata mama dan abah.
Kalau boleh ibu ingin terus merasai pelukan dan ciuman mereka setiap hari.......


Along diampit 2 orang jejaka terhangat.
Jangan salah sangka ye...ni pakcik2 kesayangan along yang
beza umur antara 2 dan 4 tahun sahaja......

Oklah, ibu tepek lagi 2 keping gambar kami sekeluarga.


p/s:
Esok bermulalah program marhaban anjuran sekolah ibu.

2 Ogos 2014

Tepek Gambar Raya 2014

Selamat Hari Raya semua rakan-rakan blog ibu.
Mohon maaf jika terlanjur bicara bila meninggalkan komen di blog kalian.

Punyalah ibu ni bersemangat nak balik kampung hingga tak sempat nak beri ucapan.
1 minggu di kampung rasa tidak puas beraya...adeh.
Takpelah ye walaupun hari ni dah masuk raya ke 6 dan ibu sekeluarga pun selamat tiba
semula ke Muar.

Ibu tepek 2 keping je dulu gambar ye.
Manalah tahu masing-masing RINDU kan ibu sekeluarga.
Boleh tatap gambar ni...
He3x....ada ke orang rindukan kami.
Kalau tak rindu buat2 rindu ye...

 Keluarga besar ibu. 4Farahs, Farouk bersama ibu dan ayah.
Macam biasa family ibu TIADA TEMA sedondon kecuali 2 orang bujang terhangat kami....
Perancangan awal ibu dan 4Farahs nak pakai tema baju dari Bandung
tapi kami tukar plan saat-saat akhir.

Family ibu bersama mama dan abah.
Ni saja yang ibu tepek untuk hari ni.
Tengoklah kalau rajin ibu akan buat n3 tentang raya kami di Kelate ( Raya 1-5).


18 Oktober 2013

Hari Raya Haji Yang Suram

Makin hari makin liat untuk ibu nak nak buat n3.
Banyak sebenarnya cerita dan gambar-gambar dalam tab.

Hari ni nak tepek beberapa keping gambar masa Raya Haji di Kelantan.
Memang ibu tak rancang pun nak balik kampung.
Semua ni rancangan last minute.

Hari Khamis ayah perlu berseminar selama 5 hari.
Ibu pulak demam panas + migrin.
Tapi mama di kampung tidak begitu sihat menguatkan lagi
keinginan ibu balik kampung.

Ya Allah bayangkan 12 jam perjalanan.
Along terpaksa memandu sejauh itu dan sesekali dibantu oleh Angah.
Ibu dah tumbang dan tak mampu untuk memandu.

Kami bertolak lebih kurang pukul 12.30 tengahari
setelah ibu habis kerja.
Tiba di kampung lebih kurang pukul 12 tengah malam.


Bandar yang sentiasa ibu rindui.
Entah bilalah ibu mampu tinggal di sini.
Semua itu rahsia Allah.
Apapun ibu telah buat perancangan serta persediaan
 membina sebuah rumah di sini 15 tahun lalu.
Apakan daya....Allah lebih mengetahui.

Tak banyak yang ibu kongsikan sepanjang beberapa hari di kampung
kerana sebaik saja tiba ibu terbaring demam + migrin hingga ke saat akhir
berada di kampung.
Ibu sempat ke klinik untuk mendapatkan rawatan....huhuhu.....

Sebelum bertolak balik semula ke Johor, kami sempat makan
juadah yang adik serta SIL ibu sediakan
berupa kari ayam, lodeh, ketupat, nasi, sup makroni dan beberapa hidangan lain.
Ibu dah beberapa hari tidak berselera nak makan.
So nak snap pic pun ibu tak larat........
Sedikit ujian yang Allah berikan buat ibu.
4Farah sempat bergambar dengan atok ayah dan ayah yu.
Farouk tengah leka bermain dengan sepupunya sejak balik daripada solat raya.

 4 Farah bersama Ayah Su dan Ayah Yu.

Ibu menyelit dengan wajah yang pucat.
Pakai baju raya pun dah tak berseri.....huhuhu...

4Farah dan ibu sempat bergambar bersama atok ayah, ayah yu dan Alya.

Along dan Ayah Yu

Angah dan Ayah Yu

Beby dan Ayah Yu.

Lebih kurang pukul 10 pagi kami terpaksa bertolak
balik ke Muar.
Ibu cuma sempat kucup pipi /tangan mama dan abah.
Sayu rasa hati hanya Allah saja yang tahu.
Kami tak sempat untuk turut serta dalam acara Qurban abah di kampung.
Tapi ibu tidak terkilan sangat kerana ibu dan ayah pun
adakah 2 bahagian Qurban di Johor.
Cuma ibu terkilan sebab kali ini ibu tak mampu untuk berbual
mesra dengan mama, abah dan adik2 kerana demam
yang tak kebah-kebah.....

Semoga Allah masih memberi ruang buat ibu untuk
bersua dengan insan-insan tersayang...InsyaAllah.
Sesungguhnya saat ini ibu teramat merindui mama dan abah.

p/s:
Hingga hari ini demam ibu masih belum kebah.
Terpaksa ke klinik untuk kali ke 2.
Tekanan darah ibu naik mendadak.......
Perlu pengawasan dan pemantauan doc....
Doakan moga ibu cepat sembuh...

4 September 2013

Open House Sepanjang Syawal..

Hingga ke hujung Syawal, jemputan open house tak putus-putus.
Mana yang sempat, ibu terjah untuk penuhi undangan.
Badan dah makin mengembangggggg......
Rasa ngeri je bila ibu lalu tepi penimbang yang terbiar sepi kat rumah.
Maka berehatlah seketika penimbang akibat tuannya seolah-olah fobia....

Rumah ibu memang tak pernah ada istilah open house secara formal
sebab rumah ibu sentiasa "open" sepanjang Syawal.
Maklumlah anak-anak murid ramai.
Walaupun mereka dah melangkah ke sekolah menengah tapi
mereka tak lupa mengunjungi cikgu a.k.a ibu tiri yang garang tapi penyayang nie....cit!!!

Hari Khamis lepas rakan-rakan bercadang nak datang  beraya ke rumah.
Program spontan dan agak extrim yang sering kami lakukan.
Hari tu ibu bekerja seperti biasa.
Maklumlah ibu ni seorang yang terlebih rajin bekerja.....p/s : sila jangan percaya!!!!
So Alonglah mengambil alih tugas memasak dan menyiapkan apa yang patut.
(masa majlis ni along masih ada di rumah......)

Along tolong masakkan spaghetti bersama 2 jenis sos carbonara dan bolognise.
Ibu tempah ayam goreng rangup dan beli sedikit buah-buahan.

Beby pulak tolong masakkan  puding triffle sebagai pencuci mulut.
Beby memang teror bab-bab hidangan pencuci mulut.
Bayangkan esoknya dia ada trial SPM subjek add-math, malamnya gigih masakkan
puding ni walaupun diberi amaran keras oleh ibu.
Alahai, beby ni pelik sikit...katanya nak release tension.
Release tension la konon...bukan dia study punnnn.....huhuhu....

Ni geng sesi pertama.
Ada seekor kumbang antara bunga.
Cikgu ni memang sporting...pangkat adik manja dengan ibu...hehehe...
Alhamdulillah, ramai jugak rakan-rakan yang hadir.
Memang meriah sangat-sangat...
Mereka hadir dalam 2 sesi...

Baby kecik yang comel dipangkuan ibu......
Baik dan diam je Baby ni.
Geram ibu tengokkan...puas gomol-gomol dia.

Sesi ke 2 kaum ibu dengan anak-anak datang beraya.
Sementara kaum ibu sibuk bergosip di luar, anak-anak leka melayan cerita kartun.....
Gud boy...gud girl....
Tengok tu siapa disebelah Farouk...awek cun.....

Sementara itu ada saja group anak-anak murid datang beraya
sepanjang bulan Syawal..
Boleh dikatakan rumah ibu sentiasa menerima kunjungan.
Ada yang sempat ibu snap gambar dan ada yang terlupa.
Anak-anak murid yang dah melangkah ke sekolah menengah
tapi masih setia pada cikgunya nie....
Dialog penting:  Cikgu.....nak duit raya....
Ambo-amboi dah besar panjang pun masih nak mintak duit raya bagai.
Tapi ibu memang tak pernah lupa sediakan budget lebih untuk mereka.
Merekalah insan-insan jujur dan ikhlas........


Selepas kunjungan rakan-rakan ke rumah ibu,
giliran ibu pula berkunjung ke rumah rakan-rakan.
Yang bestnya kami pergi secara kumpulan/konvoi.
Program kami diadakan pada hari sekolah sebab weekend
ada undangan lain pula menanti....

Along merangkap pemandu ibu dan farouk sebagai bodyguard mengantikan ayah.
Kalau open house disebelah petang, memang ayah tak boleh ikut serta
kecuali hari minggu.
Open house di rumah rakan ayah diadakan sebelah malam....
So siang malam la ibu hadir open house.....

Siap sedia untuk menambahkan berat badan..
Makin berlemak sana sini...huhuhu.......

Antara rumah rakan-rakan yang sempat ibu kunjungi.
Sehari dalam 4-5 buah rumah yang ibu hadirrrr.....
Dan disaat ini hancur berkecailah diet  ibu..diet la sangattttttkannnzzz.......

Esok, lusa dan pengakhir Syawal ibu masih lagi menerima
jemputan open house daripada rakan-rakan ibu dan rakan-rakan ayah.......
Cepatlah Syawal berlalu dan selamat datang Zulkaedah.......

p/s:
Jap lagi ada pemantau nak datang.
Semoga dipermudahkan......aminn...

17 Ogos 2013

Riang Ria Raya 2013.

Raya ke 10 ibu baru berkesempatan update blog.
Maklumlah sepanjang 2 minggu di kampung ibu tak berkesempatan nak jengah blog.

Alhamdulillah, ibu sekeluarga selamat tiba semula ke BG,
"Rumahku Syurgaku".
Beraya sakan di kampung ibu di Kelate..
Syukur kerana sepanjang perkahwinan ibu dan ayah kami tidak ada masalah
untuk menyambut raya kerana ayah dah tetapkan kami sambut raya di kampung
ibu dahulu sepanjang cuti dan barulah kami kmbali ke kampung ayah.
Itulah rutin kami sejak 21 tahun yang lalu.
Walaupun tindakan ayah mengundang perasaan "CEMBURU" dikalangan
rakan-rakan dan saudara mara tapi yang pasti ibulah orang yang paling bahagia.
Terima kasih ayah kerana jadi seorang suami yang paling sporting di dunia...he3X...

Hanya setahun sekali kami mampu bergambar bersama ayah.
Muka ayah serius semacam.....
Nak buat macam mana, ayah antara orang yang tidak suka begambar tapi suka merakam
gambar kenangan anak-anak......
Bila raya ayahlah orang paling sporting untuk diajak bergambar bersama kami.....

 Yang pasti kami tak pernah ada "TEMA" warna-warna tertentu
tapi baju ibu dan 4Farah ikut tema manik blink2.
Dah 2 tahun kami pakai baju yang dibeli dari Vietnam.
So tema raya kami ikut negara..suka suki jekan....hehehehe....

 Sesi bersalaman.
Ini pun kejar masa sebab raya pertama dah ada open house rumah
mummy (ibu saudara) di Pasir Mas.
Bermula raya pertama kami  menghadiri open house dan kenduri kawin hingga saat
akhir cuti kami..
Dengan keadaaan jalan yang sesak...aduh, sabar jelah....

 Menu wajib dihari raya.
Semuanya ditempah akibat "kerajinan" ibu adik beradik.
Cuma lodeh je yang dimasak oleh SIL.
 Farouk dan cousin.

 3 Farah bersiap nak beraya.

Di rumah maksu (berjubah hitam) kesayangan ibu.
 Ibu bersama maksu dan 2 orang cousin yang masih belajar di luar negara dan IPTA.
Ibu masih punya ramai cousin yang masih belajar yang sebaya anak-anak ibu.
Mungkin kerana mama kawin diusia yang muda kot.....

Hari raya ke 2. 3Farah bersiap untuk ke majlis perkhawinan cousin ibu.

3 orang sepupu yang hampir sebaya.

Naurah dan Farouk bersama sepupu-sepupu yang hampir sebaya di rumah tok mama/ayah.

Majlis perkawinan cousin ibu yang masih belajar di luar negara.

Open house di rumah adik ibu hari raya ke 7, Dr Zek.

 Kecoh bila kami berkumpul.

Tuan rumah Dr Zek n isteri...Gelaran manja, ayah mie dan cik Ta menjadi
kesayangan anak-anak ibu.

Sebenarnya banyak sangat kisah-kisah menarik nak dikongsi sepanjang
12 hari beraya di kampung tapi masih tak ada mood lagi.
Nantilah kalau ibu rajin nak sambung cerita.....

Banyak cerita2 rakan blog terlepas sebab lama bercuti.
Nanti ibu akan terjah satu persatu....

p/s:
Sekejap lagi nak ke jemputan kawin dan open house.


About me