Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label A-CHINA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A-CHINA. Papar semua catatan

22 Disember 2013

Kami Dah Kembali.

Salam rindu semua.
Alhamdulillah kami selamat kembali 
ke Malaysia setelah 1 minggu
Siri jelajah ke beberapa Daerah Negara China.
Rindu Malaysia, rindu makanan Malaysia dan rindu segala2nya disini...
Airport Antarabangsa Quangzhou.


16 Disember 2013

Macau---Hongkong---Shenzhen---Guanzhou...Doakan Kami

Salam Isnin.
Semasa n3 ini keluar kami mungkin telah sampai ke destinasi.
Kami bercuti seketika bagi merihatkan minda dan mengembalikan keceriaan
bagi menyambut 2014.

Percutian ini sebenarnya dah lama dirancang.
Memenuhi impian anak-anak yang teringin nak ke disneyland.
dan si ibu ambil kesempatan untuk bershopping di Macau, Shenzhen dan Guanzhou.
Tidak mampu terbang ke Disneyland Paris, sekadar mampu untuk ke Disneyland Hong Kong....he3x...

Semoga 2014 menjanjikan yang lebih baik buat kami sekeluarga.
Doakan percutiaan kami dipermudahkan.
Doakan juga agar kami selamat pergi dan balik.
InsyaAllah, kita akan bersua lagi.......
InsyaAllah.....


20 Mac 2012

Ayah @ Beijing, China.

Sekadar tepek 3 keping gambar kenangan Ayah yang ibu dah edit.
Banyak sangat gambar.
Malas ibu nak pilih.
Yang ibu hairannya, ayah banyak bergambar dengan kenderaan......
Pelik tapi itulah kenyataan........
Macam la kat Malayisa ni tak de kereta......
Ha.ha.ha.......
Bukan main lagi bawa dslr n kamera kompak.......
Objek itu juga jadi pilihan.........

Tujuan utama ayah ke sana adalah menghadiri Persidangan Pendidikan  Asia
berkaitan bidang pendidikan di pusat pengajian tinggi , kolej2 dan sekolah2.
Setiap tahun Ayah kena menghadiri 3 persidangan utama berkaitan
pendidikan iaitu Persidangan Asean, Asia dan Dunia......

Tapi banyak  gambar-gambar Ayah ditempat pelancongan....
Sebenarnya ibu jeles sebab tak dapat ikut AYah.
Alahai anak-anak ibu, bila la nak habis sekolah nie....hu.hu.hu.....
Kelakar tengok pic Ayah yang tengah tu..
Terkangkang semacam jerrr.....macam patung....ha.ha.ha....

p/s:.
Dah berura2 kena terbang lagi........hu..hu..hu...menchi!!!!

18 Mac 2012

Souvineer dari Beijing yang erghhh.......

Pagi ni terlewat bangun....
Tengok jam dah 8.00 pagi.....
Alamak!!!!!!!!! Terbabas sudah!!!!!
Macam mana tak terbabas,
baru nak bangun ada je orang tarik-tarik tangan.....ha.ha.ha....

Hari ni nak tayang souvineer dari Beijing.
Sila jangan bosan ye.....ngee...
Kalau Ayah ke oversea memang dia tak lupa beli souvineer untuk kami.
Tapi terkadang souvineer yang ayah beli entah apa-apa......

 Untuk bujang kesayangan ayah dah tentulah dapat kereta mainan.
Macam-macam mainan yang Farouk dapat....
Bukan main seronok Farouk.
Jenis orang yang redha dan tak banyak komen berbanding ibu dan 4F
yang agak cerewet.......he.he.he...

Baju made in Beijing.......

Ada ke patut pergi jauh-jauh beli benda alah ni.
Cermin mata badut....
Bukan 1 tetapi 3.
1 untuk Farouk, 1 untuk kucing Farouk dan 1 lagi ibu suruh bagi Ayah....
Ok tak???????ha.ha.ha.....
Kat sini pun berlambak ayah...Aduyai......
Ayah...ayah.....

 4 helai kain sutera..Untuk 3F (Along, Angah, Beby) dan ibu.
 Tetapi tak menepati cita rasa kami la......hu.hu.hu.......
Ada ke beli kain tu bertemakan negeri China.......
Dasar cerewet ibu dan 4F ni!!!!!!!
Sorry Ayah, jangan marah.
Ayah juga beli bekas tisu dan t-shirt.

 6 buah beg tenun...Untuk 5F dan ibu.
Kelakar je tengok beg-beg tu....
Ha.ha.ha.....tak tahan nak gelak guling-guling.....

Souvineer kecik2...
yang ni ibu suka sebab ada 8 FM untuk koleksi ibu..terubat hati ibu yang kechewa
melihatkan kain sutera tu.....
Juga bekas seramin dan cermin dompet yang comel......
Sekelip mata dirembat oleh 4F..licin tak berbaki.....hu.hu.hu....

Kacang + biji bunga matahari + bijan + kismis + badam dan disaluti krimer
yang ayah beli dari penjual Khagazstan.
Sedap sangat-sangat...Ayah beli 2 peket je...
Tak cukup tau ayah...hu.hu.hu....
Patutnya ayah kena beli 1 lori..Boleh ke macam tu....he..

Cenderahati untuk ibu...Disaluti batu-batu permata delima + zamrud.
Cantikkan......

Ayah kena terbang lagi.......hu.hu.hu......


p/s:
Update terkini. Cousin ibu yang terkena jangkitan kencing tikus
telah kembali ke rahmatullah pada pukul 4.40 petang ni di ICU HRPZ KB.
Semoga arwah Kak Suriah Bt Che Hussin ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Semoga suami, anak2 serta family tabah lalui ujian ini.
Begitu cepat "beliau" meninggalkan kami.....
Al-Fatihah..
Mood=SEDIH!!!!!!

17 Mac 2012

Ayah Dah Kembali

Seawal pagi kedengaran macam ada orang cuba buka pintu depan.
Punyalah ibu takut.
Terus ibu berselubung dengan selimut dan zzzzzzzzzzzzz.....
Celik mata pagi ni rupanya Ayah dah ada disebelah...ngee....
Rupanya ayah yang menceroboh seawal 2.30 pagi tadi...
Hish Ayah ni...menakutkan je.....

Syukur Ayah dah selamat kembali.
Tak sempat lagi nak selongkar beg besar ayah.....

About me