Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 Mac 2018

Sawadikap

Sekembalinya dari percutian di Pulau Perhentian kami ke Narathiwat Thailand.
Kalau tak silap kami pergi pada 31 Ogos 2017.
Sekadar ronda-ronda, beli jajan, buah dan makan-makan.

Masa zaman kecik2 dulu bila cuti sekolah ibu selalu bercuti ke Narathiwat sebab ada family mak long tinggal dan menetap di sana.
Sepupu pun ramai dan lebih kurang sebaya.
Memang seronok sebab dapat lalui budaya, bahasa dan gaya hidup yang berbeza..
Paling best bila tiba 'pesta air'...main tak hinggat nak balik.

Posing jap sebelum ke imagresen.
Masa kami ke sana sangat sesak sebab cuti sekolah.
Lebih 2 jam jugak terperangkap urusan kat imagresen tu.

Tak banyak pun yang kami beli sebab sekarang nilai wang Malaysia semakin merudum..


Singgah solat jamak kat Masjid ni.

Pintu pagar sebuah sekolah.

Selamat tinggal Thailanddd..



About me