Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Julai 2017

Trip Vietnam-Sungai Mekong

Bersua kembali setelah berbulan-bulan blog ibu terabai.
Nak kata sibuk macam biasalah tapi 'kemalasan' melanda untuk menjenguk ke sini merupakan alasan kukuh ibu tidak update dairy ibu.

Cerita percutian bulan 3 yang lalu masih tersimpan dalam draf.
Emmmm.......tak kisahkan kalau ibu publish walaupun dah basi.

Ibu pun dah lupa kisah percutian kat sana.
ibu catatkan mana yang masih ada dalam memori....

Perjalanan ke Sg mekong kami singgah makan tengahari dan solat di Masjid ni.
Makanan boleh tahan sedap.
Ibu kagum sebenarnya sebab di Saigon, Masjid dipergunakan sepenuhnya oleh 
masyarakat Islam di sini.
Nampak sangat hidup....
Angah dan Naurah di pintu masuk masjid

Ibu dan Naurah

kami meneruskan perjalanan ke jeti Sg Mekong.
Posing dulu kt jeti.

Naik bot untuk ke pulau2 berhampiran.

Pulau pertama tempat penternakan lebah.
Kami dihidangkan dengan madu dan kerepek.
Ibu terjebak juga beli 1 set madu RM160.



Selepas tu kami menaiki bot semula untuk ke pulau ke 2.
Tempat pembuatan candy kelapa.
Kat sini ada banyak gerai souvineer.


Beli mana yang patut...

Masa untuk menyusuri Sg Mekong dengan sampan.

masa datang Vietnam dulu ibu tak berkesempatan ke sini.
Telan air liur tengok kan sampan terhuyun hayan tu.
maka bergemalah jeritan ibu...ha.ha.ha.....

Bertabahlah.

Menahan nafas...manalah tahu nanti sampan terbalik......

Dan akhirrnya...dapatlah ibu menarik nafas legaaaaaaa.....

Akhirnya kembali ke pangkal jalan...huhuhu.....

Balik dari Sg mekong kami singgah makan dan solat di masjid ni.
menu kat sini pun memang sedap......

Edisi seterusnya bersopim kat Bazar Ben Thanh dan sebelah malamnya sambung shopping kat pasar malam pulak...

Emmm.....entah bila la nak update lagi ni.
Banyak sangat dah cerita dah kecairan.
Niat hati nak cerita tentang raya pulak......huhuhu.....

1 ulasan:

dhia lyna berkata...Reply To This Comment

wah bestnya kakak...jom singgah blog kite hehe

About me