Pada 12.11.2016 (Sabtu) yang lepas sekali lagi
Naurah terpilih mewakili negeri Johor ke
Program Pandu Puteri.
Kali ini Naurah bersama 4 orang rakan ke
Konsert Perdana 100 Tahun Pandu Puteri Malaysia.
Bertolak dari rumah jam 9.15 pagi dan ibu tinggalkan aje dia kat tol.....
Bas agak lewat katanya.
Tiba di KL dah tengahari.
Inilah wakil-wakilnya.....
Depan tu teacher Lee dan teacher Lim.
Terima kasih banyak-banyak miss sebab selalu bagi peluang untuk Naurah dan menjaga Naurah sebaiknya setiap kali mengikuti program di luar kawasan....
Sebelum ke Angkasapuri mereka singgah dulu di GM.
Lebih kurang 2 jam mereka shopping2 dulu......dan barulah meneruskan perjalanan.
Inilah wakil Negeri Johor dari 10 buah daerah.
Posing dulu di depan Angkasapuri....
Naurah yang paling kanan bersama cikgu dan rakan-rakan...alahai kecik comel je kakak.
Antara tetamu VIP yang hadir ialah
Raja Permaisuri Agong, Datin Rosmah dan beberapa orang lagi kenamaan.
Antara artis yang membuat persembahan :
Datin Alya, Faziah Latif, Tomok, Aizat dan beberapa orang artis.
Bergambar selepas konsert.
Naurah kata memang best masa kat sana.
Konsert tamat dah pukul 11 malam.
Bertolak balik dan sampai rumah dah pukul 3 pagi lebih.
KIsah Lanjut tentang Konsert :
2 ulasan:
100 tahun dah rupanya pandu puteri. tahniah
Seronok ikut school trip camni ramai-ramai, naik bas. Yati dulu tak merasa pandu puteri. Cikgu suruh masuk puteri islam. :D
Apa pun, bagus aktiviti camni.
Catat Ulasan