Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 November 2016

24 Tahun Berlalu

Pejam...celik..pejam celik rupanya sudah 24 tahun usia perkahwinan ibu dan ayah.
Perkahwinan ibu di usia awal 20an ( masih bergelar pelajar ) dan 
ayah dah di akhir 20an yang sudah berkerjaya.

Hubungan kami umpama adik dengan abang hingga kini.
Melayan kerenah ibu yang keanak-anakan, mendidik ibu menjadi lebih matang serta berdikari 
dan merangkap guru yang banyak mengajar ibu dalam dunia masakan.
Walaupun en ayah bukanlah seorang suami yang romantik namun en ayah
 melayan ibu dan anak-anak sebaik mungkin.
Menyediakan segala-galanya keperluan mengikut kemampuan tanpa sempadan.

Seorang suami dan ayah yang sangat sporting...cool dan tidak banyak kerenah.
Memberi kepercayaan pada ibu dan anak-anak tanpa prangsangka.

Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan kami seorang hero yang penyayang, 
menjadi pelindung dan pembimbing yang penuh toleransi.

Terima kasih Allah kerana kurniakan kami kebahagiaan dengan perkahwinan ini....
Semoga ikatan kukuh ini kekal bahagia hingga ke jannah....Insyaallah....Amiin.

5 orang permata hati yang mampu menyejukkan hati ibu dan ayah.
Alhamdulillah.....
TERIMA KASIH ALLAH....

Selingan :
Suprise awal pagi.
Suprise la sangatkan.
Sebenarnya en ayah baru balik seminar di Pulau Langkawi selama 4 hari 3 malam.
So dia tahu ibu peminat kain batik dan coklat daim...he3x...


1 ulasan:

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

selamat ulangtahun perkahwinan kak...

moga kekal bahagia hingga jannah Allah...amin

About me