Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 Mei 2016

Aktiviti Sekolah Ibu Sepanjang Mei

Program Kesihatan :
4.5.2016

Seramai 20 orang murid dibawa ke tempat karnival.
So cikgu-cikgu kena la angkut ke sana.

Mesyuarat Profesional : 
4.5.2016

Karnival Pra Sekolah :
4.5.2016

Karnival kecemerlangan pendidikan prasekolah zon bukit gambir 2016. 
Alhamdulillah skpk johan keseluruhan.
Tilawah - johan & saguhati
Bercerita bm - johan
Bercerita bi - johan

Mewarna - johan dan saguhati

Deklamasi sajak - saguhati

Tahniah kepada peserta..


Program Israj Mikraj-5.5.2016 


UPPM 2: 8-17.5.2016
Tahap 1 dan 2 menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
Macam biasa cikgu-cikgu gigih menanda kertas.
Paling kurang 70 keping kertas perlu ditanda oleh setiap cikgu.
Menanda dalam senyuman...he3x...

Hari Guru : 16.5.2016
Sekolah ibu terpaksa menunda tarikh sambutan hari guru pada 19.5.2016 atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Kebetulan pada tarikh yang sama big bos terpaksa hadir ke program TMJ yang datang ke BG.

Paginya kami dikunjungi wakil Datuk  Hamim Samuri  (Timb. Menteri MITI)
yang menyampaikan sebiji kek sempena Hari Guru.
Kami juga menerima 5 buah hamper dari seorang hamba Allah.
Terima kasih di atas sumbangan......Alhamdulillah.

Kek kiriman dari Datuk...

 Sukantara Peringkat Sekolah : 
17 dan 18.5.2016 
2 pagi berkampung di padang.
Berpanas perkara biasa demi program rutin tahunan.


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah :
19.5.2016
Cerita Hari Guru KLIK SINI
Acara posing sampai tak hinggat.

sukaneka.


Persembahan guru/murid yang buat kami gelak sakan.

Bengkel Frogvle:
22-23.5.2016
Selama 2 hari ibu berbengkel di PKG.
Membina bahan untuk Pengajaran dan Pembelajaran BM.
Walaupun baru 5 bulan mengajar subjek BM setelah lebih 12 tahun tinggalkan subjek itu tapi alhamdulillah Allah permudahkan....
Banyak ilmu yang ibu dapat di sini.
Terima kasih kepada En Esa Sudar PTP PKG Serom di atas perkongsian ilmu yang sangat berguna.

Kejohanan Olahraga dan Balapan
24-25.5.2016
Kostume pasukan bertanding.
Gigih cikgu menyediakannya dalam kesibukan aktiviti lain.

Acara perbarisan yang warna warni

Alhamdulillah Pasukan HIJAU a.k.a SAUJANA meraih JOHAN
dua tahun berturut-turut.....

LADAP : 26.5.2016
Penutup Penggal 1 cikgu-cikgu menghadiri kursus dalaman.
Abaikan atas meja yang penuh dengan kertas tu...he3x..gitulah dunia cikgu.
Buku dan kertas tak dapat dipisahkan.
Alhamdulillah..banyak input dan ilmu baru yang ibu dapat....

 Cuti Penggal 1: 27.5.2016- 11.6.2016
Namun kelas tambahan UPSR tetap berjalan seperti biasa.

*n3 auto publish sebab tuan rumah bercutiiiii......

5 ulasan:

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

Macam macam aktiviti di sekolah :)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Banyaknya program.sibuk beul la kan jadi cikgu.seronok.hehehe

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Banyaknya program.sibuk beul la kan jadi cikgu.seronok.hehehe

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Banyak betul program. Padanlah orang kata cikgu sekarang tak sama macam cikgu dulu-dulu. Banyak betul kerja, dah macam orang kerja pejabat 9-5 kekdahnya, kak!

wahida berkata...Reply To This Comment

penuh xtvt...seronoknya dapat jadi cikgu kan kak...
seronok sbb pahala kita dapat tu berterusan dengan kita sebarkan ilmu...saya respect semua cikgu!

About me