Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 April 2016

Sweet 21th Angah

Selamat Ulang Tahun yang ke 21 tahun buat anak pra-matang ibu
Farah Nadiah a.k.a Angah.
Alhamdulillah Angah membesar dengan sihat dan pintar.
Seorang "bintang airmata" yang amat mudah mengalirkan airmata...he3x

Ibu ucapkan agar Allah permudahkan perjalanan hidup Angah,
Diberi kesihatan yang baik,
Diberi daya ingatan yang kuat,
Dimurahkan rezeki,
Dipanjangkan umur dan berjaya dalam kehidupan yang mendatang.

Ibu juga doakan agar Angah cemerlang dalam peperiksaan sem yang sedang berlangsung.
Ibu tahu Angah mampu lakukannya.
Kek sponser daripada Sir Lee buat birthday girl. 
Kebetulan pulak Angah balik hujung minggu ni. Bukan main gembira dia.
Terima kasih berjuta lemon Sir kerana sering berkongsi rezeki dan kegembiraan dengan kami sekeluarga.
Kami sekeluarga doakan agar Sir murah rezeki, panjang umur dan dipermudahkan segala urusan. 

Terima kasih Allah kerana hadiahkan kami permata hati yang
menjadi penyejuk hati....Alhamdulillah.

3 ulasan:

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

happy birthday angah..semoga berjaya cemerlang dalam peperiksaan angah

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Happy belated birthday angah.semoga jadi anak solehah dan terus cemerlang berjaya dalam hidup

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Happy belated birthday, Angah! Macam dah lain sikit rupa Angah ni. Nampak lebih matang. Mungkin lepas ni boleh buang title bintang air mata ya, kak ^_^

About me