Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 April 2016

Press Conference Presentation


 Sejak kebelakangan ni 3Farahs sangat sibuk dengan study.
Masing-masing dah hampir menamatkan pengajian mereka.
Tinggal lagi setahun lebih......

Kisah kali ni tentang Angah a.k.a Farah Nadiah.
Sejak beberpa minggu kebelakangan ni ibu perati je Angah.
Kesibukan mengalahkan PM.
Balik cuti kat rumah pun mengadap buku..laptop...hafal macam-macam akta...
masa bergosip dengan ibu pun sempat bawa nota kecil....
Badan pun makin susut...
Ibu tahu Angah ni kalau diberi tugasan mesti nak yang terbaik..terbest..ter'sempurna' mungkin.
Perangai sejak kecik sampai la sekarang.
Dia tidak suka buat kerja 'last minute'.....
Kalau boleh mahu yang terbaik....

Minggu ni Angah n team nya ada "press conference".
Angah buat pasal "launch iphone".
Angah bertindak sebagai engineer apple...terangkan pasal features iphone SE.
Ibu pun bukannya faham sebab diluar bidang kerjaya ibu.
Bila Angah w.apps dan ceritakan semua tu ibu melopong la.
Juz wish good luck pada Angah and the geng.
Alhamdulillah semuanya berjalan sangat lancar dan jayanya.
Syabas buat Angah and the geng.

Ibu tahu Angah seorang yang confident bila berhujah.
Itulah kelebihan Angah sejak dbangku sekolah.
Berani..yakin dan berani ke depan public...Mungkin dapat semua tu daripada Ayah.
Ibu sangat berbeza....agak pemalu dan tidak ada keyakinan diri bila berada dihadapan ramai
semasa dibangku sekolah....low profail.
Cuma sejak bergelar guru baru la berani dan yakin sikit.....
Alhamdulillah anak-anak semua ikut bakat daripada Ayah sebagai pemimpin....

Gambar-gambar yang ibu kidnap dari w.apps :
Penuh yakin membuat perbentangan....

 Angah and the geng...

Muka-muka bahagia setelah perancangan berjalan lancar dan jayanya.
Syabas.

Ni ig BFF Angah...Sorry ye ibu kidnap ig Maher punya.

Ibu doakan agar Angah berjaya menamatkan degree dengan cemerlang dan mampu menjawat jawatan yang baik suatu hari nanti....InsyaAllah..Amiin.

3 ulasan:

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah anak2 semua mewarisi kepimpinan ayah.semoga angah dpt menamatkan pengajian dengan jayanya..

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah. Moga berjaya semua anak anak ibu :)

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Tahniah, Angah. Anak-anak akak ni nampak sopan semuanya tapi di sebalik kesopanan wajah masing-masing, memang terserlah keberanian, keyakinan diri dan kebijaksanaan.

Masa mula-mula baca blog ni, cuma tahu mereka bertiga sedang menyambung pelajaran. Tau-tau dah nak habis belajar dah ya!

Lepas dapat kerja baik, bolehlah terima menantu pulak ya, kak ^_^

About me