Alhamdulillah UPPM 1 telah berlalu dan ibu rasa ibu bapa dah
terima result anak-anak.
Sekarang tak ada masalah nak check sebab beberapa tahun ni dah ada sistem on9
SAPS (Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah ) dah beroperasikan.
Kisah minggu lepas.
Syukur Alhamdulillah.....Kakak Naurah terus kekalkan kecemerlangan
setelah melangkah ke Tingkatan 4Sc1.
Walaupun Kakak Naurah terus memilih sekolah harian seperti 3 orang kakaks,
dia buktikan kecemerlang bergantung pada usaha disamping cikgu-cikgu
yang gigih mengajar.
Kakak meraih 8A 1B+ dalam UPPM 1.
Yang Naurah frust dia mampu dapat A+ dalam addmaths tapi dapat
B+ dalam Maths...Ha3x....dah nyaris kena cepuk dengan cikgu sebab
hanya tertinggal 1 markah nak dapat A....
Kebetulan cikgu Maths adalah cikgu yang sama mengajar Addmaths...
Maunya cikgu tak gerammm...ha3x
Alhamdulillah dia dalam rangkin 3/260+ orang keseluruhan pelajar tingkatan 4.
Farouk pun dah mula menunjukkan prestasi yang membanggakan ibu.
Kalau yang pernah ikuti blog ibu pasti dah tahu Farouk tak secemerlang 4Farahs
disebabkan penyakit M yang begitu membiak.
Setelah melangkah ke tingkatan 1 ada sedikit perubahan pada Farouk.
Dia dah "agak" rajin membuat homework..dah "agak" rajin belek2 buku.....
dah "agak"' matang dari tahun lepas.......
Syukur Alhamdulillah dia mampu mendapat nombor 2/30 orang dan rangkin
40+/233 orang....
Ibu tidak meletakkan harapan yang tinggi tapi ibu tetap bangga melihat prestasi Farouk
yang mula menunjukkan tanda-tanda positif.....
Terima kasih cikgu-cikgu di atas jasa cikgu-cikgu sekelian
mendidik anak-anak ibu dengan tulus, ikhlas, sabar dan gigih.
Anak-anak ibu bergantung sepenuhnya pada cikgu2nya tanpa
mengambil tuisyen luar.
Syabas anak-anak ibu kerana terus buktikan kemampuan kalian.
Semoga Naurah dan Farouk juga mampu mengikut jejak langkah 3Farahs
melangkah ke menara gading suatu hari kelak....Insyaallah....
Ramai yang kata mereka kembar sebab muka seiras dan sekarang Farouk
dah lebih tinggi daripada kakak walaupun Farouk 13 tahun dan kakak 16 tahun....
Sejak anak melangkah ke tadika ibu dah terapkan dalam jiwa anak-anak..
cikgu adalah insan yang mulia selepas ibu dan ayah.
Ibu dah terap dalam jiwa ibu...cikgu adalah insan yang perlu
dihormati dan disangungi....
Jangan sesekali mencari salah cikgu.
Apa yang cikgu lakukan pasti untuk melihat kecemerlangan pelajar-pelajarnya
disamping mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna...
yang terkadang kita sebagai ibu bapa tak mampu lakukan bersendirian.
Sejak anak melangkah ke tadika ibu dah terapkan dalam jiwa anak-anak..
cikgu adalah insan yang mulia selepas ibu dan ayah.
Ibu dah terap dalam jiwa ibu...cikgu adalah insan yang perlu
dihormati dan disangungi....
Jangan sesekali mencari salah cikgu.
Apa yang cikgu lakukan pasti untuk melihat kecemerlangan pelajar-pelajarnya
disamping mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna...
yang terkadang kita sebagai ibu bapa tak mampu lakukan bersendirian.
3 ulasan:
Alhamdulillah NzA..
Kejayaan anak2 lah kegembiraan ibubapa..
InshaAllah .. Farouk akan terus cemerlang..
Faruq dah matang tu kak. Tu yang dah berubah tu. =)
Mudah-mudahan pada masa akan datang, akan berubah daripada ranking 40+ ke ranking 10 (atau lebih baik), Insya-Allah
Catat Ulasan