Hampir 2 bulan Along cuti Sem dan tibalah masanya untuk ibu pulangkan
Along semula ke Utem.
Sedih tidak mampu digambarkan maklumlah sepanjang cuti Along sentiasa di sisi ibu.
Sepanjang cuti sempatlah Along di bawa bercuti ke
Sekejap je masa berlalu.
Kami melalui lebuh raya yang baru dibuka awal Februari.
Perjalanan makin cepat , lebih kurang 35 minit kami dah sampai di Utem.
Bayaran tol adalah RM5.40.
Setibanya di sana Along terus daftar untuk masuk asrama.
Masih dapat bilik dan roomate yang sama...
Bilik Along di ground floor.
Selesai mengemas serba sedikit di bilik kami singgah sini sekejap.
Tengok tu Farouk pun dah terikut berselfie.....aduyai.
Yang sadisnya, OTW balik skrin tab farouk pecah..
Kesian ibu tengok bila airmata Farouk berjurai dalam senyap.
Dia sibuk dok mengelap airmata....huhuhu....
Posing kejap.
Singgah isi perut dan shopping-shooping di Mydin..
Selesai urusan disini, terus hantar Along balik semula ke u.
Mulalah Along berdrama airmata..
Itulah Along....Manja mengalahkan adik-adik....
Ibu pun sedih sebenarnya.
Sunyi rumah tanpa Along.
Kalau along ada meriah rumah dengan suara ketawa dan usikannya....huhuhu.....
19 ulasan:
Tak lama lagi, Along pun habis belajar. Kejap jer rasanya nanti kak...
Dh besr ank akak...js coming soon...insyaallah next year camne la kan time tu...hihi
tu le 2 tahun ni mama akan selalu bersama qayyum lepas ni mama akan jadi macam akak balik le...
Alahai kesian Farouk macam mana screen tab boleh pecah ye... dah tak ada gambar selfie tu ye... sabar ye farouk jg nangis nanti ibu belikan yg baru ehe :)
biasalahtu.. sedih2kan... takperler demi masa depan...
ala kesian lak kat Farouk... boleh repair..
Demi masa dpn dia orng..terpaksa lepaskan...
Lama cuti tu yg sedih nak berpisah...sian kat farouk macamaner blh pch screen tab tu...
Kesiannya tab Farouq pecah. Kesian tengoknya... Masih boleh pakai tak tab tu...?
Takpe kan comment fasal Farouq kat entry fasal Along...? Hehehe...
@Aziela
yelh aziela, kejap je masa berlalu....habis belajar nnti ibu pasti ditinggalkn......
@Jemari_Suri
itulah putaran hidup yg pasti dilalui oleh setiap org.
@Joanna Yunus
2lh kan dinda, nk xnk kita akn lalui semua tu....
@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)
tgk2 dh pecah...aduyai kesian tgk dia mengelap airmata sayu.....jwbnya farouk kena kumpul duit sndiri la....
@Cho Zila
putaran hidup yg terpaksa dilalui...
xtaulh boleh repair ke tak....kalau kos tinggi jwbnya buang jelh...huhuhu....
@MulutPayau
gitulah.....terpaksa.
@lizz
ha...tulh,bila cuti lelama mcm nilh...sedih n sayu je hati.
@Muhammad Syahmi
mmg kesian...sedih sgt dia..masih elok ttp bila screen retak, mata jd sakit la...
he3x....xkisah syami....
mmg sedih kan ..aty pun kdg rasaa cmtu.
sian farouk..camne leh pecah ?
Mungkin boleh diganti sahaja skrin tu...?
Saat yg paling menyedihkan apabila berpisah dengan anak2 namun apakan daya terpaksa berkorban demi masa depan mereka.
Catat Ulasan