Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 Februari 2014

Kesibukan Seminggu

Minggu lepas ibu memang agak sibuk.
Banyak aktiviti luar yang perlu ibu hadir.
Hari Ahad ibu keluar sekolah lebih awal menguruskan
Hari ke dua ibu berkampung selama 2 hari di Pagoh.

A. Pencarian TOKOH NILAM Daerah  
di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh
( 17-18.2.2014 )
Tahun ke 3 ibu dilantik sebagai hakim yang arif lagi bijak sana....ye la sangatkan...
2 hari berkampung di Pagoh.
Seawal pagi ibu dah bergerak.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 30 minit saja....hehehe....
Aktiviti yang agak memenatkan namun ibu rasa sangat enjoy dikeliling
rakan-rakan yang sekepala daripada sekolah lain.
Masa inilah kami bertukar pendapat, bergelak ketawa, dan berkongsi segala-galanya.......

 1. Hakim yang entah apa-apa......
2. Saja nak tayang tag....hehehe....
3. Bahan yang diwakili oleh salah seorang wakil sekolah ibu.
Kotak tu hasil kerjatangan rakan ibu Pn Hamizah.

B. Kejohanan Merentas Desa
(19.2.2014)
Belum hilang penat berkampung di Pagoh, balik sekolah kena jaga check point pulak.
"Saya Yang menurut Perintah".
Maka setengah hari ibu jadi "penunggu" di kebun kelapa sawit.....

 Macam biasa, kamera fokus pada Farouk untuk diabadikan dalam dairy.
1. Dah nampak bujang ensom ibu diapit oleh gadis-gadis.....
2. Farouk dapatkan kad check point ke 2 daripada cikgu.
3 dan 4. Siapa sangka si bujang yang nampak lembek ini mampu meraih
tempat ke 14 acara bawah 12....Tahun lepas Farouk dapat tempat ke 12 bawah 10.
Mungkin stemina Farouk kuat kot.
Walaupun Farouk pengidap asthma, ibu tak halang dia bersukan.....
Setakat ni dia tak alami masalah jika bersukan......

C. Kursus Kepimpinan 
di UiTM Segamat
( 20.2.2014)
Hari berikutnya ibu bersama 4 orang rakan guru membawa
seramai 69 orang wakil pemimpin sekolah ke UiTM Segamat.
2 buah bas mengangkut kami ke sana.
Perjalanan hampir 1 jam.....
Alhamdulillah kami disambut dengan begitu mesra oleh pihak
pengurusan sana.
Segala urusan diatur oleh pihak UiTM.........

 1, 2, 3 dan 4. Pastinya terselit gambar Farouk.....
5. Anak-anak kecil yang comel ini adalah Penolong Ketua Kelas Tahun 1,2 dan 3.
Mereka menarik perhatian kakak-kakak dan abang-abang pelajar di sana.
Maunya kakak dan abang tak geram tengok si comel2 ni..
pantang nampak orang lalu lalang pasti mereka akan
melambai-lambai sambil jerit-jerit:
"Hai abang...hai kakak......"....comelkan......

 1.Lecture yang sangat ensom dan kelakar.
Ceramah motivasinya mampu buat anak-anak didik gelak sakan.
Mata ibu pun tak jemu-jemu tengok wajah dan perwatakannya yang menarik.....hahaha....
2. Cikgu yang "berdidikasi"......hehehe......
3. Anak-anak didik tekun mendengar ceramah...

1 minggu ibu terpaksa meninggalkan anak-anak didik.
1 minggu anak-anak ibu terpaksa membawa diri.
Begitulah tugas seorang guru yang pelbagai.
Dan 21-22.2.2014 ibu habiskan cuti-cuti weekend bersama insan-insan 
tersayang pula.
Tunggu n3 seterusnya......

11 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA..penuh terisi masa,takpe..janji enjoy, jaga kesihatan juga ye.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

Wahhh..mmg padat aktiviti kak nza tu..tp lps berpenat2an dpt bercuti dgn yg tersayang..nikmat tuh..hihihi

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Cantik kotak tu...kerja yang tiadak sudah2 kan...berharap kita diberi kesihatan untuk melunaskan tanggung jwb...bestkan dapat bw murid2 berkursus di luar..mana dapat dana ya kak

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

mmg penuh mase akak...semua demi anak sendiri dan anak bangsa...besar pengorbanan akak sebagai seorang guru dan ibu....

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

syiok jugakan macam2 aktiviti.. baruler sentiasa jalan akal fikiran...

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
mmg penuh n penat ummi.....TQSM ummi.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Lily@MamaZaraZareef
mmg penat lily kalau kena kluar...
Alhamdulillah, rasa lapang sikit...

NzA berkata...Reply To This Comment

@ayu Ismail
kawan yg tlg buatkn sebab kesuntukan masa...mmg kerja kita xpernah luak..
Kami cuma sediakan byran bas je n yg lain ditaja oleh pihak UiTM....

NzA berkata...Reply To This Comment

@lieyalatif
itulah realiti tugas seorg guru disebalik bangunan yg kaku tu...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Cho Zila
tapi yg xbestnya trpaksa meninggal tugas utama....kena kejar balik sylibus yg trtinggal..itu yg smput...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Sibuknya Yah.. inilah tugas kitakan.. bukan setakat di dalam bilik darjah saje

About me