Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 Februari 2014

Cuti-cuti Weekend di MSuites Hotel

Kerja kerja jugak, family tetap nombor 1.
Setelah penat seminggu dengan program luar sekolah,
ibu rancang nak santai-santai + rehat di rumah pada hujung minggu.
 Namun ayah pulak booking ibu untuk ikut dia berseminar + dinner + cuti-cuti weekend.
Kalau ikutkan hati ibu penat sangat namun demi orang tersayang ibu
perlu berkorban untuk mereka......

Percutian 2 hari 1 malam sudah cukup untuk ibu rehatkan minda
dari kekusutan dan kepenatan dengan tugasan.....

Di sinilah kami menginap 2 hari 1 malam.
Bilik luas dan selesa.


Kali ni ahli 5F makin berkurangan.
Daripada 5F dah tinggal 2F....
Apa nak buatkan......huhuhu......

Tinggallah mereka berdua melayan TV dan bersantai2 + cuti-cuti + shopping-shopping.....

Masing-masing buat hal sendiri.
Dulu masa 5F berkumpul rasa meriah sikit dengan pelbagai cerita......
Sekarang cuma ada Naurah dan Farouk....

Selesai check in macam biasa ayah bawa kami pergi ke tempat yang
paling diminati.
 
 Hari ini dalam sejarah bila ibu sekadar melihat + belek-belek tanpa membeli apa-apa.
Mungkin ketiadaan Along, Angah dan Beby mematikan semangat ibu untuk bershopping....
Naurah pun masih belum cukup dewasa untuk itu.....

Aktiviti wajib kanak-kanak rebina bila menginap di hotel.
Mereka akan cari info kat lif letaknya swiming pool.
Bergegas balik ke bilik semata-mata nak mandi kat kolam...aduyai....
Hari pertama ibu terpaksa melayan mereka berendam selama 2 jam lebih.
Hari ke 2 ibu terpaksa menunggu selama 3 jam lebih.
Fuh, penat sungguh.......
 Dah tak sabar nak mandi.
Nak tangkap gambar pun dah bo layan.....

Ibu lepak di sini....

2F

Muka dah cuak bila ibu tak habis-habis nak tangkap gambar...hahaha....

 Masa untuk mandiiiiiii......pukul 7 petang baru naik.
Itu pun sebab dah nak tutup...
Agaknya kalau buka 24 jam, sanggup tidur kat swimming pool......

Malamnya ibu dan ayah ada program lain.
Naurah dan Farouk kami tinggalkan dalam bilik......
 Dinner @Tautan kasih bagi meraikan persaraan mantan president CUEPECS.

Makan-makan dan diiringi persembahan nyanyian...
Ayahlah yang jadi juru gambar ibu malam tu.
Maklumlah ibu ni agak pemalu nak snap gambar kalau masuk majlis macam nie.
Agaknya ayah perasan selama ni memang tak pernah ada gambar
ibu pergi dinner bersama ayah.....
Dan ayah sempat minta rakannya, Mantan President Cuepecs
bergambar dengan ibu sebagai kenangan.........walah.....

Ybhg Dato Hj Omar HjOsman, mantan president Cuepecs yang merupakan rakan seperjuangan ayah.
Kecik je orangnya.
Kalau tengok kat TV tak sangka orangnya kecik....hehehe.....
Ayah merangkap jurugambar.
Majlis tamat lewat malam....
Balik bilik 2F dah terbongkang tidur.
Masing-masing kongker 1 katil seorang.
Terpaksalah ibu dan ayah menyelit kat celah 2F.

Paginya ibu turun breakfast dengan Naurah je.
Ayah dan Farouk sedap berpelukan tidurrrrr setelah selesai berjemaah solat subuh...........aduyai....
Ni je yang kami makan sebab masih awal pagi.
Macam-macam ada tapi pagi-pagi selera nak makan belum terbuka....

Lepas breakfast 2F berendam lagi sampai kami check out tengahari.....
Rasa lapang sikit kepala ni bila dapat luangkan masa bersama insan tersayang...



18 ulasan:

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Syoknye farouk berendam...kalau tau akak kat JB..boleh jumpa akak..dekat tempat ktorng..

Aziela berkata...Reply To This Comment

Seronoknya bila weekend macam tu. Saya pula, Insya Allah lagi 2 minggu ikut hubby ke Senai. Nak rehat puas2 masa tu.

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

memang happy dapat melapangkan fikirn duk kat hotelnikan.. lagi2 dapat bersama anak2.. tu tak cukup korum lagikan.. kot idak lagiler best...

attyfir berkata...Reply To This Comment

Kalo duk hotel..budak2 mesti cari kolam mandi..

ummiross berkata...Reply To This Comment

best kan sekali-sekala dapat luangkan masa ikut che abe..anak-anak pun seronok tu NzA, ceria nampak masing2.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Seronoknya dapat merehatkan minda di hujung minggu kan NzA... :)

NzA berkata...Reply To This Comment

@LiLy @ MaMaQiStInA
berendam smpai kecut.
2lh, rumah cousin pn xsmpt pergi lily sbb dok melayan 2F ni berendam....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Aziela
betul tu aziela, masa nilh nak rehat...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Cho Zila
sskali seronok tapi kalau kerap rasa penat....2lh xckup 5F....xgitu seronok.

NzA berkata...Reply To This Comment

@attyfir
mmg itu jelh yg mrk cari.

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
sskali mmg seronok ummi....ibu yg xlarat menunggu....

NzA berkata...Reply To This Comment

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)
2lh, release tension....

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

Pernh stay cni thn 2011..bilik die mmg luas n selesa..staff pon baik2..tp dulu slide kuning besar tu takde lg.. padanlah naurah ngn farouk sakan berendam..hihihi

NzA berkata...Reply To This Comment

To lily
Mmg selesa sbb luas. 2lh, berendam sakan smpai kecut.

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

NzA..anak acik yang dah besar panjang pun..pantang ada kolam nak berendam je..
oo.dah bersara ye Dato..acik biasa la nampak bila2 ada sedara kenduri ..sebab Dato tu bapak sedara pada isteri sedara susu acik

NzA berkata...Reply To This Comment

@Acik Erna
kita pn sebenarnya geram jugak nk berendam tapi segan sbb brcmpr lelaki pompuuan...
Oooo...ye ke? aha acik, dh bersara dia....

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Janji ada swimming pool .. suka la anak2x.. :-)

Salmi berkata...Reply To This Comment

Seronoknya dapat rehat2kan diri bersama keluarga macam ni..

About me