Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 Februari 2014

Baby Boy Ibu

Sebelum tidur pasti ada 2 ekor bebear ni kat tempat ibu lepak-lepak.
Seingat ibu Si Gajah dan Si Kupi ni dah sebaya dengan si tuannya, Farouk.
Si Gajah tu dapat semasa ayah beli pampers untuk Farouk masa kecik2
dan Si Kupi tu ibu pun tak ingat dimana bermula kewujudannya.....


Sampai sekarang Farouk akan cari 2 ekor bebear ni bila nak tidur.
Sweet je ibu tengok bila Farouk tidur dan memeluk 2 ekor makhluk kesayangannya.

Cepat sungguh masa berlalu.
Farouk begitu cepat membesar.
Kalau boleh ibu ingin hentikan putaran waktu dan biarlah Farouk terus menjadi baby boy ibu.
Ibu rindu nak peluk dia, nak dokong dia, nak belai dia macam dulu-dulu....huhhuhu....

Semakin hari hati ini jadi sayu bila melihat anak-anak semakin membesar...boleh ke macam tu????
Antara 5F, farouklah yang paling manja dengan ibu sejak kecil.
Kakak-kakaknya lebih manja dengan ayah sewaktu kecil tapi berbeza dengan Farouk.

Minggu ke3 persekolahan, Farouk menerima watikah perlantikan daripada guru besar...

Dan lihatlah, Farouk yang paling tinggi ( 3 dari kanan) berbanding abang-abang seniornya.
Setiap kali perhimpunan mingguan, ibu lihat baby boy ibu sudah tinggi dan
beratur dibahagian belakang rakan-rakan............

Ni gambar minggu ni.
Farouk menerima lencana NILAM bersama 10 orang rakan
yang membaca buku melepasi 360 buah....

Tak habis-habis bercerita dengan bangganya dia dapat lencana tu..
Siap pergi cari ibu kat PSS selepas habis waktu sekolah.
Macam la ibu tak nampak dia kat perhimpunan tu.
Ibu merangkap juru gambar yang tak bertaliah lagi....adehhhhh....
Bingit telinga ibu tau.....

Tak habis disitu.
Balik rumah kecoh lagi.
Habis diinterviewnya bila along dapat NILAM,
bila Angah dapat NILAM,
bila Kak Nana dapat NILAM,
bila Kakak dapat NILAM.
Aduyai.....Farouk......Angah dan Kakak Naurah tu pernah ke pertandingan
 TOKOH NILAM Daerah tau......

Penerima Lencana NILAM seramai 10 orang..

Ini semasa latihan merentas desa.
Nampak sangat Farouk ni tidak lasak.
Maklumlah, Farouk membesar di taman perumahan.
Tiada rakan-rakan sebaya.
Setiap hari menghabiskan masa menonton tv, melayan tab/lappy dan psp...
Apa nak buatkan. Faktor keselamatan perlu ibu fikirkan....
Tapi menurut Farouk dia orang ke 4 dalam Tahun 5 yang tiba digarisan penamat..
Boleh caya ke??????

Setiap kali cuti sekolah, ibu dan ayah biarkan rambut Farouk panjang.
Nampak wajah keanak-anakan.
Ibu suka tengok wajah Farouk begitu.
Ibu rindu Baby Boy ibu.
Tapi ibu kena terima hakikat yang Farouk dah makin besar.......
Yang membuat ibu tersentap dan gelak guling-guling bila Farouk bertanya:
Ibu, bila Farouk nak tumbuh misai.....wakaka....

26 ulasan:

Nur berkata...Reply To This Comment

Hehe.. sweet je farouk. Cepat ye kak, anak-anak dah besar dah. :)

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Hahahaha.. misai ye farouk.. sabar la.. cepat sgt membesarnya klu tumbuh misai dah.. :-)

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Tu la kak...cam js gak ni rindu nk ank2 time tecik..hehe

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Cepat jer masa berlalukan kak...besar dah farouk..

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

farouk anak bujang kesayangan yeak kak heheeheh..ye laa die la racun die la penawar dlm keluarga kan kak....mcm dayyan....lieya pun nanti akan rase perasaan mcm akak bile dayyan dah besar...rindu zaman baby die....

Aziela berkata...Reply To This Comment

Alaaa...sweetnyaaa dia. Adam pun lebih kurang sebaya Farouk, tapi disebabkan dia anak tunggal, saya tetap la belai dan peluk2 dia macam selalu..hehehehehehe

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA.. Farouk dah makin hensem tuu, anak bujang yang hensem dan tinggi lampai.
Kalau dah ada misai, ramailah peminat cantik-cantik macam Dato' Siti nanti, hehe..

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

si bongsu kak nza dan si sulung izan ni sebaya kan. cepatnyalah masa berlalu. haihhh... kelakarlah farouk ni, tak sabar nak ada misai ye...

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Ayat last tu pun buat auntie gelak tergolek-golek farouk... :)

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Ayat last tu pun buat auntie gelak tergolek-golek farouk... :)

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

"Bila Farouq nak tumbuh misai?" Saya suka pertanyaan ini.

Kebiasaannya, anak lelaki lebih rapat dengan ibu, dan sebaliknya.

Saya pun begitu, lebih rapat dengan mak berbanding kakak-kakak yang rapat dengan abah...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Muhammad Taufiq
TQSM sudi singgah

NzA berkata...Reply To This Comment

@Yati
betul tu yati..cpt sgt masa berlalu.

NzA berkata...Reply To This Comment

@mamaarifakeem
itu yg difikirkan..aduyai.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Jemari_Suri
2lh, kalau boleh nk mrk sebesar tu je....

NzA berkata...Reply To This Comment

@LiLy @ MaMaQiStInA
2lh, rindu masa dia kecik.

NzA berkata...Reply To This Comment

@lieyalatif
farouk mcm dayyan...bujang trhangat di kalangan family.....he3x.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Aziela
aha, mrk beza setahunkn..farouk pn masih manja..suka peluk2 ibu nie....

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
he3x....mmg dia ikut belah nza yg semuanya tinggi....
aduyai, pening nnti si ibu nie nk pilih calon menantu...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Izan Ishak
mrk sebaya tapi farouk agak manja..mayb ank bongsu n tunggal lelaki....

NzA berkata...Reply To This Comment

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)
hahaha..kelakarkan..xsabar sungguh.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Muhammad Syahmi
2lh pasal..xsabar nk besar.
aha la, mmg mcm tu kan....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

masa cpt berjalan..cpt je anak2 dh besar..walau membesar depan mata kita.smpai bila2 tetap akan ridukan masa depa kecik

sungguh farouk makin kacak.tak sabo nak macho la tu nak ada misai.hehe

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
gelap cerah tetiba tgk ank2 dh makin besar...rindu saat mrk masih kecil......huhuhu...

aduyai, farouk tu prasan dia ensom agaknya...

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Si bongsu kita sebaya...mmng cepat jer masa berlalu kan..rindu nak gomol2 mereka semua...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Cepatnya masa berlalu. Dah besar anak2 kita. Makin lama kerinduan terhadap zaman kecil anak2 kita makin menebal..

About me