Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Oktober 2012

Doa Buat Anaknda Farah Nabilah......

Hari ni hari ke 2 Along exam PSPM 1.
Ibu pun tak pasti apa maksud PSPI 1
Yang ibu tahu along maklumkan dia final exam untuk semester 1
Hari ini baru ibu sempat buat status kat FB dan baru sempat buat n3 untuk along.

Doa buat Along a.k.a Farah Nabilah :
Ya Allah..
Aku memanjat doa buat anaknda Farah Nabilah.
Lapangkanlah dada anaknda Farah Nabilah..
Berikan ketenangan buat anaknda Farah Nabilah...
Kurniakan kecergasan akal dan ketajaman minda....
Terangkan hati anaknda Farah Nabilah...
Permudahkan segala-galanya buat anaknda...
Semoga anaknda Farah Nabilah memperolehi kecemerlangan dalam
peperiksaan yang dilaluinya...aminnn......
Al-Fatihah ditujukan khas buat anaknda Farah Nabilah......

Good luck Along!!!!!!
4Farah.........Buah hati ibu dan ayah....


Kem Membaca 1 Malaysia + READ 2012

Cerita minggu lepas yang terperam dalam draf nie.
Minggu lepas selaku penyelaras PSS ibu "terpaksa" menganjurkan
Program Kem Membaca 1 Malaysia dan kemuncak Hari READ 2012.
Program READ2012 tu dijalankan oleh sekolah-sekolah yang terpilih dan akan tercatat dalam 
Guinness Malaysia of Records.

Seawal 8.30 pagi ibu menerima kunjungan 2 orang wakil PPD.
Ada sedikit perbincangan berlangsung antara kami.
Wakil PPD sempat candid gambar program yang sedang berlangsung.
Disamping itu sempat interview ibu sedikit sebanyak perjalanan program.
Maklumlah ibu bertindak selaku penyelaras program.

Tidak berapa lama kemudian tiba pula 2 orang wakil dari PKG.
Seorang Pegawai Teknologi Maklumat dan Juru Tekniknya.
Mereka berada di sekolah sehingga selesai program berlangsung...
Diakhir pertemuan PPD dan PTP , kata penghargaan yang ibu terima:
Tahniah cikgu di atas kelancaran dan kemeriahan program ini.
Depa tak tahu bertapa semputnya ibu untuk buat persediaan untuk jalankan program itu....
Hentam jelah.....huhuhu....

 Kit yang ibu dapat 4 hari sebelum program bermula berupa banner, sijil penyertaan dan kad.

 Murid-murid membaca buku secara serentak seluruh negara bermula 9.30 pagi sehingga 10.03 pagi...

 Bergambar bersama PTP dan rakan-rakan guru.

Pertandingan mewarna yang berlangsung selepas Program READ2012 bagi meneruskan
Program Kem Membaca 1 Malaysia......

p/s:
Saat ini rasanya tidak cukup waktu 24 jam sehari....huhuhu.......

30 Oktober 2012

Home Made Sushi.....

Kami keluarga Melayu-mix yang minat makan sushi....hehehe...
Kami langsung tak ada darah keturunan Jepun macam mamaQS
tapi amat meminati sushi dan sewaktu dengannya..
Dah tak larat nak memunggah dan melabur untuk sushi.
Sekali order boleh buat orang terbeliak biji mata...
Agaknya kalau ibu beli baju dapat sepasang baju blink2 yang cantik +vogue.....

Akhirnya Beby Najdah volunteer untuk buat sushi.

Ibu hanya memerhati je anak dara yang agak brutal tu sediakan sushi.
Memang ibu tabik spring la.
Walaupun Beby agak lasak tapi bila masak, memang penuh dengan kesenian..
Best juga lepak-lepak sambil tengok orang sediakan makanan untuk kita...
Kalau la setiap hari ada orang masakkan macam ni kan bagus....

 Step 2...Sushi dah siap digulung.
Entah apa benda yang Beby masukkan kat dalam tu.
Ada warna oren, putih, coklat dan macam-macam....

 Dah siap gulung, dipotong-potong pula.
Lepas potong kena susun dalam pinggan.
Lepas tu kena letak lagi lauk pauk kat atas.
Hish, leceh betul ibu tengokkan.
kalau ibu tak de maknanya nak masak benda yang rumit macam ni.
Patutlah harga sushi agak mahal...( bagi ibu mahallah.......)

Inilah master chef kat rumah ibu.
Antara 4F, Beby agak lasak + ganaz2 manja gitu tapi di teror memasak.
Dan 3F yang lain teror bab2 merasa makanan yang dihasilkan oleh masterchef kami...
hehehe.......

p/s:
 Jangan tanya ibu resepi sushi nie sebab masterchef  kata itu adalah secret recipes dia....hehehe...

29 Oktober 2012

Bila Izrail.... Datang Memanggil....Sayunya Hati Ini....

Sedih, sayu, sebak dan syahdu hati ibu.
Walaupun semua ni sekadar teori dan amali/praktikal demi menimba ilmu.
 Farah Naurah dipilih untuk jadi model jenazah pada Program Pengurusan Jenazah.
Walaupun lakonan semata-mata tapi hati seorang ibu tiba-tiba rasa sebak.
Ibu terlebih emo sedangkan Naurah releks aje....
Ni amali memandikan jenazah........

 Saat di kapankan.
Ibu dah berlari keluar dari makmal komputer.
Sayu rasa hati menyaksikan semua ini, sedangkan semua ini akan kita alami juga suatu hari nanti......
Kebetulan ibu sibuk menguruskan 1 lagi program yang sedang berjalan serentak (alasan.!!!!!!).

 Gambar ini pun ustazah Naurah yang snapkan dan ibu sekadar masukkan dalam FB PSS.....
Sedihnya melihat gambar ni walaupun lakonan semata-mata........

 Selesai urusan kapan....

Ibu siap tanya Naurah masa tengok gambar nie :
Tak lemas ke kakak?
Tak takut ke kakak?
Tak sedih ke kakak?
Naurah: Takde lah ibu. Ustazah tutup sekejap je. Kakak siap gelak2 dalam kain kapan tu..
Ibu yang terlebih sudah....huhuhu.....

Dan saat untuk di solatkan....

Selesai majlis ustazah dari Jabatan Agama datang berjumpa ibu.
Bersalaman dan memeluk ibu.
Memohon maaf jika ada kekasaran.
Jika ada yang menguris hati seorang ibu.
Jika ada sesuatu yang tidak disenangi berlaku.
Jika ada terlepas cakap semasa proses amali berjalan.
Bagi ibu semua itu tiada masalah cuma disudut hati ibu timbul rasa sayu.
Terbayang saat kita dikapankan nanti..
Bersediakah kita mengadap Ilahi.......

Sebelum balik ibu usik Naurah : 
Nanti balik sekolah kakak jalan kaki ye...Ibu tak suka bau kapur barus tu....
Nanti kereta ibu berbau....ibu rasa serammmm la kakak......

Balik rumah terus ibu suruh Naurah ke bilik air.
Mandi sampai 1 jam.
Siap suruh sental dengan sabun lifeboey sampai wangi.
Pakai bedak banyak-banyak....
Baju2 Naurah ibu curah sabun + softlan berkali-kali untuk hilangkan bau kapur barus yang kuat itu....
Alahai ibu nie...terover la pulak........huhuhu....

p/s:
Pagi yang suram ibu dah memecut  ke Pagoh.
Hari ni adalah hari kemuncak pemilihan calon NILAM daerah.......

27 Oktober 2012

Berhari Raya Haji di Perantauan

Hehehe....tajuk gempak.
Macam la dok kat oversea.

Hari raya haji kami sekeluarga beraya kat BG je.
Niat hati nak balik Kelate tetapi Along tak dapat bersama kami.
Lagipun hari Isnin ibu ada program di Pagoh.
Redha jelah beraya di sini....huhuhu....

 Raya Haji ni kami pakai baju bertema " Hitam Itu Menawan...".
Hitam untuk menunjukkan protes sedih sebenarnya....
Lepas solat Jumaat kami bertolak ke Melaka.....

Sabar menunggu ayah dan Farouk kunci pintu rumah..... 
Bersiap sedia untuk beraya bersama Along di Melaka.
Along sebenarnya study week sebab hari Isnin ni Along dah final exam untuk semester 1.
Berkorban untuk masa depan.......

Kami ikut highway ke Melaka.
Lebih kurang 1 jam 45 minit kami tiba di kolej Along.
Along dah siap sedia menunggu kami.

Ayah terus memecut ke Pantai Pengkalan Balak yang tak begitu jauh dari kolej along.
Lama juga kami menghabiskan masa di situ.....
 Wajah-wajah ceria 4Farah bila dapat berkumpul....
Maklumlah dah hampir 1 bulan lebih mereka tidak bersua.....

Ibu membawa bekal untuk makan di sana.
Sedih bila along sms " Ibu jangan lupa bawa makanan ye...along rindu masakan ibu...."
Kesian tengok Along makan.....huhuhu......
Ayah pula sibuk memantau Farouk sambil snap pic kami......

Posing kat celah pokok besau.
Macam penunggu pokok la pulak....hahaha......
Kelakar la pulak pergi ke pantai berbaju kurung.
Tapi tak pelah kan sebab hari raya......hehehe.....


Kanak2 riang ria berlari-lari bila ayah izinkan farouk mandi.
Ayah terpaksa mencari gerai menjual baju/seluar untuk farouk sebab dah basah....

 Farouk buat hal sendiri.
Mula-mula main pasir je.
Lepas tu celup2 kaki dalam air.
Habis basah seluar.
Lepas tu dah selamat la budak Farouk mandi manda....
Dah la ibu tak bawa baju lebih.....alahai.
Terpaksa la ayah pergi cari gerai yang menjual pakaian...

Masa ni ombak besar sangat.
Angin pun kuat.........risau jugak ibu tengokkan.....


Dan si ibu pun dah mula buat hal sendiri.
Beri peluang untuk 4Farah berkongsi cerita mereka......
Dan ayah merangkap perakam gambar dan movie.......hehehe....

Selepas lepak2 + makan2 kami ke Pekan Masjid Tanah.
Lebih kurang pukul 7 malam kami terpaksa pulangkan Along semula ke kolej.....huhuhu..
Sedih je ibu tengok muka along.....
Ibu pun sedih sangat-sangat.......

Kami singgah solat Maghrib kat masjid MITC.
Singgah kat MyDin Mall MITC.
Beli  Big-Apple dan aiskrim.......

Sampai rumah dah larut malam dan......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......

p/s:
Sedih baca luahan hati along kat blognya.
KLIK SINI .

Raya ke 2 baru ada majlis korbannnnnnnnnnnnnnnnnn....

25 Oktober 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA

Dikesempatan ini ibu mengucapkan 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL-ADHA
kepada semua rakan-rakan blog yang amat ibu sayangi.
Ibu memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bicara
sepanjang persahabat maya kita.......


p/s:
Mood sedih kerana  tidak dapat berhari raya di kampung....huhuhu.....

23 Oktober 2012

Resepi Kerepek Bayam dan Popia Pisang In The House

Salam rindu semua.
Kali ni ibu nak jadi master chef la pulak ye....Hehehe.....Perasan.

Ni pun kisah terperam dalam draf.
Maklum la sekarang ibu ni dah bekerja mengalahkan PM.
Perasan sibuk manjang........

Ce lihat daun yang gedabak sebesar pinggan tu.
Kembang mekar dalam pinggan.
Ini makanan tradisi masyarakat Jawa kat tempat ibu.
1st time ibu jejak kaki ke kampung ayah ibu confius juga bila tengok anak-anak murid dok 
makan spesis daun kayu nie.....ngee.....

Namanya kerepek bayam.
Sekarang dah agak sukar nak dapatkan makanan ni.
Kebetulan ayah beli bayam kelmarin.
Daunnya besarrrrrrrr sangat-sangat......
Ibu mencubalah buat kerepek....
Ni resepi home made ciptaan ibu yang entah apa-apa.
Resepinya:
daun bayam dibasuh dan ditoskan (pastikan daun2 bayam yang besar)
1 sudu teh jintan dan  ketumbar diblender sampai hancur.
2 ulas bawang merah.
tepung gandum + tepung jagung.
sedikit serbuk kunyit.
garam secukup rasa..
minyak untuk mengoreng.

Cara:
masukkan serbuk jintan + ketumbar + garam + tepung + tepung jagung + kunyit 
ke dalam bekas dan gaulkan.
panaskan 2 senduk kecil minyak dan tuangkan ke dalam bahan campuran tadi.
kacau rata sementara minyak masih panas.
bancuh dengan air secukupnya..adunan tu macam nak masak lempeng ye....
celup daun bayam sehelai demi sehelai dan goreng dalam minyak yang panas.
siap untuk dimakan.

* ni resepi ibu ye, bukan yang ori punya...hehehe...
dan harap maaf, sukatan tu nanti pandai-pandailah sendiri........

 Tukang rasa......"Wah, sedaplah ibu masak....."
Ayat yang biasa ibu dengar dari mulut budak nie....entah ikhlas ke tidak tak taulah...

Dan Beby pula volenteer nak masak popia pisang. untuk hari seterusnya
Ibu dengan senang hati menerima permohonan itu.
Senang je nak buatnya.
Pisang dibalut dengan kulit popia dan digoreng.
Sedap!!!!!!!

Dan angah yang tak berapa rajin ke dapur volenteer nak masak bakso.
Walaupun rupanya tak begitu menarik tetapi boleh tahan sedap.
Mau tak sedap, habis stok bebola daging ibu dalam petiais dibelasahnya.......
Si tukang masak pula memang tak suka makan sayur...

Lepas ni nak suruh Naurah pula masak ye..........???????

22 Oktober 2012

Jahitan Manik Simple

Dalam kesibukan ibu mencuri sedikit waktu pada hobi yang
agak lama ibu tinggalkan.
Bayangkan sampai je rumah dari berkursus
ibu sanggup mengadap mesin jahit.
Bersengkang mata menjahir manik-manik pada lengan baju.......
Sekejap pn takpe janji mengadap.....

 Ibu sempat siapkan sepasang baju.
Kain tu pemberian kakak ipar ibu untuk majlis perkahwinan anaknya nanti.
Terlanjur raya haji dah dekat tak salahkan ibu jahit baju raya.....

 Tak sempurna rasanya baju ibu tanpa jahitan manik dan labuci...cit!!!!!

Yang ini ibu jahit minggu lepas sebelum pergi berkursus.
Sekadar nak habiskan stok labuci dan manik2 tu.
Tapi rasanya manik2 + labuci tu tak mungkin habis kerana ianya sentiasa bertambah.
Pantang lalu kedai jahitan mula la ibu tergediz2 beli semua tu......huhuhu....
Itu aja kisahnya.........

20 Oktober 2012

Kursus Yang Paling Seronok

Selesai sudah sesi berkursus ibu selama 4 hari.
Kursus KSSR yang perlu dihadiri oleh semua guru sekolah rendah secara berperingkat-peringkat.
Tahun ini adalah tahun ke 3 ibu hadiri kursus KSSR.
Dan tahun ini ibu berubah angin ke Kursus Dunia Muzik.
Sebenarnya ibu dah lama tak ajar subjek Muzik.
Sekadar nak tambah ilmu, ibu sanggup menukar subek kursus.

Setiap pagi ibu meredah kabus tebal untuk sampai ke tempat kursus.
Jaraknya dalam 30km dari rumah ibu.
Pergi balik untuk sehari lebik kurang 60km......

 Setiap petang ibu ditemani dengan hujan lebat.
Lebat selebatnya sehingga pandangan ibu kaburrrrr....
Sabar jelah.

Yang paling dasyat setiap petang ibu akan singgah kat rumah "tok Janggut" 
untuk mendapatkan  zinger 2D...Ala2 orang ketagih.
Bayangkan sambil memandu sambil mengunyah, sambil layan lagu kat radio era...
Bila tengok penimbang ibu mula rasa ngeri......

Hari pertama dan ke 2 ibu berkursus di PPD.
Hari ke 3 dan ke 4 sekadar di dewan sebuah sekolah.
Itulah keadaan "kami" di sini.
Redha walaupun dalam keadaan yang tidak selesa.

Sebelum pergi kursus, di dalam surat sudah dinyatakan ibu perlu
membawa lappy dan pelbagai jenis  alat muzik terutama rekoder.
Bayangkan,  kali terakhir ibu belajar rekoder sewaktu di kolej.
Ibu dapat bayangkan nanti,
bunyi yang sumbang sudah semestinya dari tiupan rekoder ibu...hehehe..
Maklumlah setiap hari ibu bergelumbang dengan nombor-nombor dan kali ini
ibu terpaksa belajar membaca note muzik.......

Ni semasa aktiviti mencipta irama.
Kagum ibu lihat cikgu-cikgu opsyen muzik nie.
Sekejap je mereka mampu mencipta irama yang berlainan beserta isyarat tangan DO,RE, ME.....
Ibu belasah ajelah......hahaha....

Yang seronoknya pelbagai aktiviti menarik yang ibu belajar di sini.
Cikgu-cikgu yang datang kebanyakan opsyen muzik sedangkan ibu seorang yang buta muzik.

Mereka juga mencipta pelbagai pergerakan yang menghasikan tarian yang menarik.
Banyak ilmu baru yang ibu dapat.
Ibu juga belajar mengawal suara,
belajar lontaran suara (tiba2 macam penyanyi pulak...)
Belajar menari....
Belajar membaca nota muzik yang berbentuk "togeh".
Belajar bermain rekoder walaupun terkadang kedengaran tiupan ibu sumbang.
Ibu main belasah aje mana yang ibu tak begitu pasti....ngee
Sedangkan rakan-rakan lain mampu memainkan lagu-lagu pop tanpa melihat" togeh" itu.....

Kami juga mencipta skrip, berlakon, mencipta tarian dan bermacam-macam aktiviti menarik.
Rasa macam kat AF la pulak.......cit!!!!
Semua aktiviti tu dibuat dalam kumpulan.
Yang paling ibu respect, cikgu-cikgu ni sporting dalam lakukan setiap aktiviti.
Ada yang sudah veteran pun tetapi mereka amat sporting dan jadi bahan ketawa.
Tak kering gusi kami semua gelak guling-guling sampai sakit perut..
Yang paling best "TAK ADA MAKRO TEACHING"......
Enjoy sangat-sangat sedangkan sebelum hadiri kursus ibu
risau kerana ibu langsung tiada asas dalam dunia muzik....

Sedar tak sedar sudah 4 hari berlalu.
Rasa sedih pula nak berpisah dengan ahli kumpulan yang amat baik dan
banyak membantu ibu dalam Dunia Muzik.......

p/s:
Dalam gembira ada sedih.
Weekend ni kami tidak dapat ikut ayah "berseminar + cuti2 Msia" sebab kursus ibu
tamat pada hari Sabtu.
Farouk dan Naurah yang paling kecewa ......
Ibu ok je....hehehe.....

18 Oktober 2012

Cemburu.....

Saja nak buat n3.
Sebabnya otak tepu dan dah tak ada idea.
Mood : Masih dalam kebizian melampau.

Jom sama-sama kita jengah ke blog yang penuh bunga-bunga seni walaupun tak berseni pun....
Blog yang ibu wujudkan sekadar suka-suka untuk menyimpan hasil seni
anak-anak murid.
Dan kebetulan ibu merangkap Pengerusi Panitia DSV/PSV....
Klik SINI

 Tapikan ada motif sebenarnya.
Blog ni lebih femes dari blog family ibu.
Setiap hari ratusan orang jengah ke sana.
Hari ini saja dah 512 lebih bertandang.
Itu pun belum menjelang malam...
Padahal blog ni sekadar menyimpan lukisan yang tak begitu berseni......
Tiba-tiba ibu jadi jeles dengan blog ini.........!!!!!!!!!

Visitors dah cecah 300,000+++ sedangkan blog family baru cecah 171,000.
Dah la blog ni merupakan adik bongsu....huhuhu...
Ibu pun tak pasti apa yang menarik orang untuk ke situ....
Motif: Jeles dengan blog sendiri....

p/s:
Maaf ye ibu masih tak sempat nak BW dan membalas komen2.....

17 Oktober 2012

WW...Kayo Mokcik!!!!


Ce tengok duit yang bersepah-sepah atas meja dan dalam kotak tu.
Duit sapa la yang ditinggalkan bersepah-sepah macam nie....

p/s:
Tuan rumah berkurus...Oppss!!!!!berkursus selama 4 hari.

16 Oktober 2012

Naurah Yang Ceria + Ibu Yang Stress!!!!!

Salam rindu semua.
Ibu masih dalam keadaan "kebizian" yang melampau.
Terkejar-kejar dengan bermacam-macam kerja yang perlu disiapkan.
Rakan-rakan sealiran, Mamaijat, Kak Sami, MPayau, Hasnah, juga Dinas, Cklah
(cikgu sekolah menengah) dan yang lainnya sedia maklum....huhuhu...
LINUS, KSSR, Kursus, Mesyuarat, Program, peperiksaan dan macam-macam.
Redha jelah.
Penat macam mana pun kami masih mampu "tersenggeh" bahagia.....weeeeee..

Pagi-pagi buta ibu dah berpeluh.
Minggu lepas key-in i-NILAM, key-in Rakan Pembaca dan 
menyediakan sijil-sijil NILAM yang tertangguh hampir berbulan-bulan.
Walaupun bukan kerja mutlak ibu tetapi ibu terpaksa redha menyiap kerja orang lain..
Dalam keterpaksaan ibu kena buat....
Ibu tidak suka bersuara lebih dari 2X.....
Itulah ibu.....
Takpelah...ibu redha jika itu yang ibu kena lalui........
Dah..dah..jangan nak merungut.....

Dan menyelesaikan key-in "band" KSSR untuk 2 kelas.
Menjalankan ujian LINUS Lisan dan bertulis.
Berkejar ke luar sekolah sebagai Fasi PSS Daerah.
Menyiapkan sistem fail Panitia (7 buah),
Menyiapkan Fail PSS ( 15 buah) untuk pemantauan.
Kemas kini  bilik BBM.
Balik ke sekolah menyiapkan program READ 2012 untuk minggu depan.....
Menyiapkan bahan KSSR sebelum meninggalkan sekolah selama 4 hari
bermula Rabu......
Ah......macam ibu seorang je sibuk...
Orang lain tak kecoh pun.....

Kakak Naurah menerima hadiah kemenangan untuk kesekian kalinya.
Ini Program Kemerdekaan Anjuran PSS....
nilah hasil kerja Naurah...

Itulah, dalam menyiapkan setiap tugasan ibu cuma memohon agar Allah
beri ganjaran yang terbaik buat anak-anak ibu.
Biarpun terkadang diri terasa amat penat + stress + letih dan hampir tersungkur namun...
Allah masih beri ibu kekuatan.
Ibu masih mampu tersenyum, masih dikurniakan kesihatan yang baik, dan
yang penting anak-anak yang mampu membuat ibu tersenyum bahagia..
Alhamdulillah ibu amat bersyukur dengan segala kurniaan......

Naurah juga menerima sijil NILAM -KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Sepanjang berada di SKPK Naurah membaca hampir 1800 buah buku....
Dan dia pernah meraih TOKOH NILAM Daerah.....
Klik SINI

Antara penerima Anugerah NILAM..... Naurah no 4 dari kiri...Kecik pulak budak nie.....

p/s:
Mood : Stress!!!!!!

About me