Minggu ni blog ibu bersawang akibat kesibukan melanda.
Maklumlah semakin hampir UPSR, kesibukan makin berganda.
Beginilah melayan anak-anak sekolah rendah.
Semua harapan tergalas dibahu cikgu.
Maklum la mereka masih kecil dan tidak mampu berfikir secara matang....
Para guru berdebar-debar, mereka masih bersuka ria dan tetap ceria...
Terpaksalah cikgu-cikgu bekerja lebih keras untuk mereka.....
Majlis penyerahan ilmu.
Merangkap cikgu dan ibu kepada calon UPSR.....
Seketika berada disebelah Naurah dan seketika perlu berucap di depan ibu bapa.
Ayah tidak dapat hadir kerana sibuk dengan urusan luar.
Syukur anak-anak dah dapat menerima kesibukan ayah.
Alhamdulillah malam tadi ayah bergegas balik seketika dari KL
untuk memberi motivasi kepada anaknda kesayangannya nie....
Pagi-pagi ayah dah berkejar semula ke KL sehingga esok baru balik......
Pelukan sayang dan kata-kata semangat dari seorang guru kepada
anak-anak didik yang dibela sejak darjah 1.....
Di dalam hati tidak putus-putus berdoa agar mereka tenang dan
mampu menjawab soalan peperiksaan yang bermula 11.9.12....
Ibu bapa yang hadir.
Sedih, sebak, terharu dan macam-macam perasaan mendatang.
Hadir mereka bersama harapan..
mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada kami.
InsyaAllah..itulah tugas seorang guru.
Mahu melihat setiap anak-anak didiknya berjaya dengan cemerlang....
Sebahagian dari guru-guru yang sempat posing di kain rentang selepas Majlis Penyerahan Ilmu.
Selepas majlis tu kami berkonvoi ke rumah terbuka salah seorang rakan kami.....
*p/s: Ummiross, Nampak tak nza pakai baju daripada batik Sarawak berwarna
coklat + kuning tu.......hehehe.....
p/s:
Terima kasih kepada adik-beradik ibu,
saudara mara, rakan-rakan ibu,
rakan-rakan blog dan
FB yang tidak putus-putus berdoa
untuk kecemerlangan anak-anak ibu.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 kalian.
Al-Fatihah ibu sedekahkan buat Farah Naurah dan calon-calon UPSR semua.
Semoga mereka semua diberi kelapangan dan ketenangan
dalam menjawab soalan.........amin.
*Aduyai lepas Isyak si tuan badan Farah Naurah dh zzzzzzzzzzzzzz...
Tak kisahlah, biarlah dia beradu dan rehatkan minda sebab esok
kali pertama dia berjuang dalam peperiksaan awam....
*Aduyai lepas Isyak si tuan badan Farah Naurah dh zzzzzzzzzzzzzz...
Tak kisahlah, biarlah dia beradu dan rehatkan minda sebab esok
kali pertama dia berjuang dalam peperiksaan awam....
16 ulasan:
semoga semua yg mengambil periksa upsr esok,dapat menjawab dgn baik..dan tenang.amin.
TO ATTY
TERIMA KASIH DAN INSYAALLAH............AMIN.
Moga berjaya buat Naurah.. Juga buat anak2 didik kita..
NzA...ummi pun turut mendoakan Farah Naurah dan semua calon2 UPSR agar dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang, moga Allah memberi petunjuk kepada mereka ketika menjawab soalan, semoga mereka dapat menjawab soalan dengan betul dan tepat sebagaimana yang dikehendaki. Tahniah kepada semua cikgu2 yang tak putus2 memberi sokongan.
ps:comelnya cikgu yang pakai batik Sarawak tu, hikhik!!
.....semuga Naurah tenang menjawab soklan2 nanti...
.....semuga kejayaan milik anakanda..
***teringat zaman anakanda2 mamaijat tempuhi UPSR....gerenti daddy cuti sama...cos mamanya on duty or jaga piksa.....
Anak akak pun ambil upsr esok...ya Allah..akak yg gelabah walaupun ni anak bongsu..:-)
Kesian pun ada tgk si.kecik ni..bertungkus lumus dgn class extra nya sampai demam...
Doakan jgak utk ank akak ya cikgu...doa akak jgk.pd naurah
Moga dipermudahkan urusan mereka esok
Amiiiinn
smg naurah dan ank2 didik yg lain dpermudahkan untuk mjawab soalan..smg bmdapat keputusan yg cemerlang..amin:-)
Semoga Naurah & murid2 yg lain dapat menjawab dengan tenang & berjaya dalam UPSR...
dilla doakan yg terbaik tuk naurah...
Semoga kejayaan di pihak mereka, amin!
semoga kejayaan menanti anak2 ini...dan akak sebagai pendidik mereka semoga dikurniakan pahala berlipat kali ganda kerana tidak jemu mencurah ilmu dan khidmat bakti....
pewaris negara...
semoga berjaya...
TERIMA KASIH SEMUA KERANA TIDAK PUTUS2 MENDOAKAN KEJAYAAN N KECEMERLANGAN ANAK2 IBU...MOGA ALLAH MAKBULKAN DOA2 KITA....HANYA ALLAH YG MAMPU MEMBALASNYA...AMIN.
semoga kejayaan sentiasa mengiringi anak2 didik kak nza...
Baca entry kak NzA dan kak salmi buat sy teringat 22 tahun yg lalu.. masa tu diri sendiri ambil UPSR. Ada 4 tahun lagi utk Yusuf melaluinya.. semoga dipanjangkan umur..
semoga anak2 didik akak semua mencuba sehabis baik dan berjaya dengan cemerlang
Catat Ulasan