Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 September 2012

Nostalgia Buah Ceri

Cuba lihat gambar di bawah nie....
Pernah lihat tak buah nie?????
Ibu panggil buah ceri.
Masa kecik2 dulu setiap hari ibu akan memanjat pokok ceri nie.
Abah tanam pokok ceri depan rumah.
Pernah satu ketika buah ceri tak sempat masak dikerjakan ibu.
Kesian sang burung yang kempunan untuk menikmati keenakan
buah ceri akibat sikap tamak si tuan tanah.....hehehe.

Masa hari raya pertama
ibu terpandang pokok ceri depan rumah mummy (mak saudara).
Cepat je tangan ibu mencapai lalu memetik buah-buah ceri yang masak merah.
Anak-anak kehairanan melihat si ibu macam orang lupa diri

Gambar masa beraya kat rumah mummy.
Ada 2-3 keping je gambar.

Nasib baik masa tu dah selesai beraya dengan family mummy.
Kalau tak jawabnya lekalah ibu dok memetik buah-buah ceri tu...

Angah : Buah apa tu ibu????
Naurah : Boleh makan ke ibu...(bila dia melihat ibu masukan sebiji demi sebiji ke dalam mulut)
Ayah macam biasa dengan muka poyonya melihat si isteri yang dah macam budak-budak.
Sabar menanti sang isteri selesai mengerjakan buah-buah ceri di pokok tu...

Terkadang tanpa kita sedar kenangan indah akan datang menerpa
bila melihat sesuatu benda yang amat sinonim dengan kita suatu waktu dahulu.
Indahkan kenangan lalu.........

Motif: Rindu kenangan sewaktu kanak-kanak.....

18 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

kak ibu kita ni banyak persamaan kan...buah ceri ni memang kegemaran mama...masa mengandungkan Sumaiyyah Mr H terpaksa selalu cari buah ceri ni...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
ye ke??? sedapkan......patutlah maiyah sweet...hehehe...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sy tak berapa suka buah ceri ni tp byk juga kenangan dengan buah ceri time kecik2 dulu.sy suka sgt petik buahnya masa sekolah fardu ain petang2..:)

mamaijat berkata...Reply To This Comment

...mamijat plak suka buah 'kemunting'..

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

tak pernah la plak...ataupun js panggil nama lain kot...hihi

ummiross berkata...Reply To This Comment

Ceri..ceri..ceri..nostalgia pada ummi juga ni. Pokok ni masa ummi kecik2 dulu ada kat depan rumah atok kat KT. Macam NzA, suka panjat2 petik2 buah ni bila balik kampung, pokoknya rendang je. Sekarang rumah tu pun dah takde lagi, hanya tinggal kenangan. Ada juga orang tua2 panggil buah 'kekut', hehe..

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
byk kenangan kan ttg pokok ceri nie sbb pokoknya rendang...senang panjat....he...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
buah kemunting yg warna purple ek kanda?????

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
agaknya kot....lain tmpt lain namanya.

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
yelh ummi, pokoknya rendang n senang dipanjat.....ooooooo ni kot org tua2 dulu pnggil buah kekut..

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

kat umah mak mentua saya pun ada buah ni, mmg sedap mkn...hehehehe

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
sedapkan...manis.

[leily.laily] berkata...Reply To This Comment

kite panggil buah 'kerkut'.. hahaha
ceri pun panggil..
mmg nostalgia.. blk ngaji singgah dlu tepi jln panjat pokok ni.. hehehhe

[leily.laily] berkata...Reply To This Comment

kite panggil buah 'kerkut'.. hahaha
ceri pun panggil..
mmg nostalgia.. blk ngaji singgah dlu tepi jln panjat pokok ni.. hehehhe

NzA berkata...Reply To This Comment

to leily
yelh leily, belah2 pantai timur panggil buah kekut....mmg byk kenangan dgn pokok nie....

Dilla Ady berkata...Reply To This Comment

dulu penah gak petik n makan buah ceri ni..tpi skang ni susah nk jumpe da tak ingat da kak rase die camne..huhu

Salmi berkata...Reply To This Comment

Akak pun suka buah ceri.. Banyak kenangan berkaitan buah ceri ni.. Kini, dh susah nak jumpa pokok ceri..

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

kihkihhh...

hanie terbayang akak makan buah ceri tu sebijik sebijik sambil diperhatikan anak2 dan suami... :p

About me