Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 September 2012

Doa Untuk Farah Naurah...

Tinggal tak  beberapa hari lagi Farah Naurah
akan menduduki UPSR.
Macam biasa hati si ibu akan gundah gulana + berdebar-debar
mengalahkan calon yang akan mendudukinya.
Begitulah hati seorang ibu.......

Di sini ibu selitkan aktiviti Naurah sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal 
(ini akibat kesibukan + kemalasan 
mula melanda si ibu untuk mencatat dairy aktiviti anak-anak di sini)
Ini pun gambar yang terperam dalam draf.
Gambar ni semasa Naurah buat persembahan di perhimpunan mingguan.
Kalau tak silap ibu semasa bulan Ramadhan....

Naurah ambil bahagian dalam melukis poster
sempena Program Kemerdekaan minggu lepas..
Sekurang-kurangkan dia dapat release tension seketika....
Naurah juga minat melukis.....

Poster yang telah siap Naurah hasilkan.....
Menunggu keputusan yang akan diumumkan selepas UPSR.....

Pada malam Jumaat Ayah bergegas balik ke rumah dari kursus yang dihadiri selama 3 hari semata-mata
untuk hadirkan diri di solat hajat perdana yang diadakan di surau sekolah.
Kebetulan Solat Hajat Perdana diadakan serentak dengan sekolah angah yang diadakan di masjid jamek..
Kami mengambil keputusan untuk lakukan solat hajat perdana di sekolah ibu....

Bawa Naurah makan Green Curry di KFC sebelum menduduki UPSR.
Baru 2 hari lepas Pn Guru Besar telah belanja Naurah  dan kawannya yang dapat 5A dalam trial UPSR
di sini.....

Dan sebenarnya si ibu malas nak masak so kami lunch di sini saja....

Khas untuk Farah Naurah:
Ibu, ayah, Kakak2, Farouk dan Family tidak putus-putus mendoakan
yang terbaik untuk Naurah.
Kami amat bangga kerana memiliki Naurah kerana Naurah juga
adalah antara permata berharga yang Allah hadiahkan buat ibu dan ayah.
Naurah begitu berharga seperti anak-anak ibu yang lain.
Ibu halalkan segala2nya terutama ilmu yang telah ibu curahkan pada Naurah.
Tidak pernah sedetik dihati ibu merasa terluka  kerana
Naurah adalah anak yang baik dan mendengar kata.

Ibu doakan agar Allah makbulkan doa2 kita semua.
Doa dan harapan ibu, ayah, keluarga, guru-guru, pihak sekolah yang ingin melihat
dan meletakkan harapan yang tinggi pada
Farah Naurah untuk mencipta suatu kecemerlangan yang membanggakan semua.
InsyaAllah.


Good luck Farah Naurah..
Juga selamat maju jaya untuk semua anak2 didik ibu,
anak2 rakan  ibu,
anak2 rakan blog ibu,
anak2 rakan FB ibu,
dan seluruh calon yang akan menduduki UPSR
pada 11,12 dan 13hb September ini........
Semoga Kecemerlangan menjadi milik kalian semua.
Amin........



24 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

Good luck naurah semoga termakbul doa ibu ...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Selamat berjaya buat Naurah..
Moga segala harapan ibu dan ayah juga guru2 berjaya digalas seterusnya mencapai kecemerlangan..

orangorang berkata...Reply To This Comment

...mamaijat turut mendoakan Naurah berjaya dgn cemerlang...
juga buat anak2 lain yang turut berperang dgn UPSR 11.09.12 nanti....
Insyaallah...kejayaan menanti kamu semua..

Dinda....jangan stress2...percayalah she deserves to success...

ckLah @xiiinam berkata...Reply To This Comment

Jawab baik baik ya Naurah. InsyaAllah...kami doakan.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Insyaallah. naurah anak yg cemerlang, mesti dpt keputusan membanggakan punya!Gud Luck buat naurah dan semua calon2 UPSR juga..

ummiross berkata...Reply To This Comment

Ya Allah, makbulkan doa sahabatku ini, amin..amin..amin..

Ummipun turut mendoakan Naurah, moga dapat menduduki UPSR dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang.Moga Allah sentiasa memberkati setiap usaha.

Ena's Stories berkata...Reply To This Comment

gud luk and all de bes tuk naurah..
suka tgk lukisan dia...pandai melukis dan mewarna....mesti leh menang..

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
InsyaAllah....ameen...

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
InsyaAllah, amin..terima kasih kak mie...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
TQSM di atas doa2 kanda yg xputus...itulh hrpan seorg ibu dan guru2 trhdp anak2 didik...

NzA berkata...Reply To This Comment

to cklah
InsyaAllah....mudahan...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
TQSM dear sis krn xputus2 mendoakan kami semua..Begitulh hrpan nza serta family agar farah naurah terus cmelang n dipermudahkn menjawab soalan...ameen...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ena
TQSM ena, semoga Allah makbulkn doa2 kita semua..

4F mmg minat melukis....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
InsyaAllah...itulh hrpan semua...TQSM

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Semoga Naurah dapat menjawab soalan dengan tenang & yakin serta semoga kejayaan milik Farah Naurah, amin!

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

semoga naurah dpt menjwb soalan dgn tenang dan yakin ok

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
InsyaAllah.....ameen...ameen..ameen....TQSM dinas.

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
InsyaAllah...ameen....TQSM su.

nieda berkata...Reply To This Comment

Good luck farah...

NzA berkata...Reply To This Comment

to nieda
TQSM..InsyaAllah...ameen.

Dilla Ady berkata...Reply To This Comment

good luck naurah...wahhh..cantik le lukisan naurah..harap2 dapat no 1 nnti!

NzA berkata...Reply To This Comment

to dilla
TQSM dilla diatas doa2...moga naurah mampu menjawab soalan dgn tenang....

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

Good luck farah naurah. all the best..semoga dapat jawab soalan dengan tenang.

NzA berkata...Reply To This Comment

to siti Murni
TQSM...InsyaAllah...amin...

About me