Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 September 2012

Aktiviti Hujung Minggu.

Tergedik-gedik nak buat n3 hujung minggu walaupun dah berlalu.
Bukan ada kisah menarik pun.
Cuma sekadar membuat catatan bagi membuang sawang yang makin tebal di blog.....huhuhu...

 Kisah budak Beby ni lagi.
2-3 hari lepas cermin mata si Beby ni  terjatuh dalam mangkuk tandas.
Aduyai......memang cari nahas betul la....
Terjerit-jerit memanggil ibu.
Ingatkan kecemasan apa la kat dalam tandas tu......
Terpaksalah Beby pakai contact-lenses sementara
menanti ayah balik dari OStation...

Dan yang kelakarnya si Farouk jadi superman.
Cepat Farouk berlari mencari hanger besi.
Dikerjakan hanger tu dan dijadikan pengait untuk menyelamat spek kak Nana a.k.a Beby.
Akhirnya spek tu selamat cuma Kak Nana a.k.a Beby dah tak ada selera nak
menyentuhnya walaupun Farouk dengan gigihnya mencuci dan merendam spek tu
di dalam air sabun.

 Bila ayah balik dari outstation, terus kami ke The Vision Muar.
Kebetulan ibu dapat kupon diskaun.
Bila check power mata Beby dah naik dari 225 ke 350 dalam masa tak sampai setahun.
Ibu tahu puncanya bukan kerana kuat study tetapi kerjanya dok mengadap FB.


Lepas dah settle masalah Beby,
kami settelkan masalah ibu pula...
Masalah ibu ialah lapar sebab tak sempat b.fast....hehehe....
Singgah bakery kat Astaka.
Bila perut lapar, macam-macam ibu capai.
Order pai telur, donut coklat, roti tuna dan macam-macam spesis kek dan roti.....
Makan tak hinggat....


Ayah bawa kami ronda-ronda kat Tanjung Emas.
Rupanya farouk dah tak minat nak main kat playground lagi.
Itu bermakna anak bujang ibu dah makin membesar....huhuhu.....

Sebelum balik ayah singgah kat Giant.
Ayah bercadang nak masak steamboat untuk dinner.
Lamanya tak merasa stemboat ayah sejak ayah sibuk dengan urusan..

Sempat la ibu menghabiskan stok duit dengan memborong tudung2 kat situ
sambil beli takoyaki untuk 4F......
Ini  yang buat ibu malas keluar.
Bila keluar shopping confirm duit mengalir macam air paip.
Habit buruk yang tak mampu ibu kawal sejak dulu sampai sekarang...huhuhu...

Dan akhirnya steamboat yang ayah masak licin kami kerjakan....nyum..nyum..nyum....

p/s:
Maaf ye sebab ibu masih tak berkesempatan nak BW macam dulu.
Hari ni ibu bermesyuarat di PKG.
Hari Rabu dan Khamis ibu perlu ke sebuah sekolah untuk beri khidmat bantu
pada sekolah untuk program Pusat Sumber Cemerlang.......

11 ulasan:

Ena's Stories berkata...Reply To This Comment

laaa...macam mana cermin mata tu leh terjun dlm mangkuk tandas?...terlepas ker?

ummiross berkata...Reply To This Comment

Waa bestnya anak dapat spec, ibu pulak dapat makan. Takpe NzA, masa sihat dan ada selera nak makan kita makan je, hehehe..
Waa Farouk pun dah pandai bergaya, kacak bah dengan kacamata hitamnya.

Bertuah dapat makan steam boat 'ayah', mesti sedap kan, sebab nampak licin tu, surut dah kauhnya, hihi..

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

aik...cermin mata blh jatuh jugak ekk...camne tu?...hihi

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Farouk jd superman ye..hehe..klu lily pun tak nak pakai dah tu..macamana boleh jatuh tu kak..?

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

hahaahah tegelak lieya bace kak...adoiyai...jatuh plak kat toilet yeak...betul gak kak, tak lalu nak pakai balik....dpt lee spek baru yeak heheeheheh

Aziela berkata...Reply To This Comment

Semakin hari, semakin cair rasa hati dengan Farouk. Hai lah Farouk. Tolong nasihatkan Aunty punya Adam nie soh jadi macam Farouk sikit..

Unknown berkata...Reply To This Comment

Kak ibu mat merindui kak ibu ni.... ala baby biasa le tu aunty mama dulu, macam2 sejak darjah 3 dah pakai spec... lepas tu yang terpijak, yang hilang, yang masa main tercampak dan macam-macam ragam lagi ada

cheqna berkata...Reply To This Comment

beshnya dapat makan steambot...

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Betoi la, kalau specs dah jatuh dalam toilet, tak selera dah nak pakai lagi :D

Dilla Ady berkata...Reply To This Comment

patut la dilla perasan entri sebelum ni beby mcm pakai contact lense tpi takut nk tanye...huhuhu...tak silap pandangan mataku..

sy pun giler roti...kalu gi kedai roti, mcm2 jenis nk dimakannye...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Mcm manalah cermin mata tu blh terjun dlm tandas.. Beby berangan lebih ms kat dlm tu kot..

About me