Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Mac 2010

Wahai Suami2......


Hari ni ibu nk wat n3 yg ibu ambil dr blog Umiliya. Cam menarik je bila baca artikal ni. Artikal ni sebenarnya ditujukan buat suami2 diluar sana. Manalh tau ada yg terkena batang hidung sndiri. Kalau ada suami2 yg terbaca n3 ni, agak2 berapa byk yg terkena di atas batu jemala kalian.....
Jom baca......
*Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
*Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
*Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
*Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
*Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
*Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
*Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
*Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
*Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin diri sendiri.
*Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
*Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
*Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
*Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
* Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke....
*Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
* Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
*Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
* Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat
*Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
*Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
*Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
*Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
*Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
* Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif.
Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

30 ulasan:

Ain berkata...Reply To This Comment

setuju sangat dengan semua pendapat nie....

kalau nak bahagia hidup berumhtangga kena la give n take kan kak....

parah jugak kalau asyik kita jer yg berkorban jiwa raga....

Suhana Shahril berkata...Reply To This Comment

haha..sambil baca..sambil ana tringat telatah2 cik abang ana, ada yg ok dan ada yg kuang ok, tp masih boleh dimaafkan sbb kita pun ada kekurangan diri, so, saling tolerate..tolak ansur. Dah nama pun suami istri, kenalah terima kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri masing2, apa yang kiat boleh ubah untuk kebaikan, kita ubahlah, tapi tentulah tak boleh la..la tu jgk,makan masa dan perlahan-lahan. Apa-apa po semuanya kena sod ba ro...caiyok!

NzA berkata...Reply To This Comment

to ain
gitulh, skrg isteri2 byk brkorban utk family.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to suhana
selagi brnama manusia gitulh....terutama dlm alam rumah tangga....kt org brubah ke arah yg lebih baik...barulh aman n damaikn...

Unknown berkata...Reply To This Comment

salam kak nza.
coretan tu sangat bagus kalau dibaca oleh para suami. kakchik dah pernah baca sebelum ni tapi tak ingat dah kat blog siapa. peranan membentuk rumahtangga yang bahagia adalah kerjasama dua pihak, kalau berat sebelah di mana2 pihak, pasti banyak krisisnya.

♥cybermummy♥ berkata...Reply To This Comment

amat setuju dengan apa yg di tulis kat entry kali ini . Kalau ank bahagia kena lah give and take . Bab anak tu kenalah sama2 jaga . Bak kata org , waktu sedap nak sama2 waktu jerit perih macam ni isteri je yg buat sendiri . So sang suami lu pikir sendirilah . hehehhe

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

bravo kak nza ! thanx 4 diz entry...tp alhmdllh hubby Hanie byk menolong...sesekala je xtolong pun..

::Umiliya6677:: berkata...Reply To This Comment

salam kak nza..fuyooo kak nza...pomot blog umi yer hehehehe....tu ahh kak nza...mintak2 lah..tuhan kabul kan segala doa2 isteri..dan kita pun..menjadi seorang isteri yg ..senang suami tenggok heheh kan kan kan

Unknown berkata...Reply To This Comment

bila baca n3 ni terasa betapa sudah sgt lama en ayah tak tolong ibu buat kerja rumah... hmm..

kdg2 letih menguruskan segala2 urusan di rumah termasuk anak2 + makan minum.. leh buat stress + tension.. kdg2 pernah gak terasa nak 'LARI' sekejap dr rumah... huhuuuuu....

Maiyah berkata...Reply To This Comment

setuju3.. ada le kene btg hidung tu ngeee

Syuhada Kamal berkata...Reply To This Comment

betul3..tq akak sharing ni..hope sume org lelaki esp para suami dpt bc n paham betul2..termasuklah my hubby..hehe

NzA berkata...Reply To This Comment

to kakchik
kerjasama mmg penting demi kebahgiaan rumah tangga...setujux3...

NzA berkata...Reply To This Comment

to cybermummy
kekdg suami trlepas pandang...atau buat2 xnmpk penat jerih sang isteri.....hi.hi.hi...sedap2 sama2 merasa, pahit pn kena sama2 la tanggungkn....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummie hanie
Alhamdulillah kalu dpt suami yug memahami.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to umiliya
Insyallah..trkadang kesian tgk nasib isteri skrg...byk bebanan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kakyong
sabar jelh.....trkdg dh jd mcm rutin lak isteri menguruskan sume kerjakn....
Dan sang isteri trkadang memendam rasa...

NzA berkata...Reply To This Comment

to maiyah
kot2 dh trkena buat2 xtau jeee....

NzA berkata...Reply To This Comment

to syuhada
mudah-mudahan gitulh...sama2 kearah kebaikan brsama...
Isteri pn ada hati n perasaan, ada rasa tension n penatkn....

Normaliza berkata...Reply To This Comment

setuju sesangat ngn entri ni kak. suami isteri kan kena saling tolong menolong. teringat kat suami. syukur dia rajin menolong. tapi kadang2 kalau basuh pinggan dia main letak je pinggan mangkuk ikut dan. pastu pelan2 saya susun balik. kang kalau kita cakap, takut dia tak moh buat dah..hehe

NzA berkata...Reply To This Comment

to normaliza
gitulh kebykkn lelaki...wat kerja ikut mood sdgkn kita wat kerja dh jd rutin.....kalu trsalah tegur kang merajuk lak...hu.

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

sgt sesuai tuk para suami yg baca ni..hehe..but..bila saya baca ni pun, leh lak terkenangkan suami..compare2..mmg ada yg kena mengena gk ni..tmbh2 bab kentut tu..huhu..lg suka dia kentutkan saya tau kak..huhu..^_^

Alimaz-Kembara Terasing berkata...Reply To This Comment

bagus2...sepetutbya suami mmg kena baca.....

Nur berkata...Reply To This Comment

Malangnya suami Yati tak leh bukak internet kat ofis. Kalau tak, boleh forward link entry ni kat dia. Hehhe..
Hidup para isteri dan ibu!!! :D

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamalieyna
ha.ha.ha....klakar gak tu....
ttp adalh ckit kena mengena w.pn xbykkn....

NzA berkata...Reply To This Comment

to alimaz
sedikit sbyk ada gak diantaranyakn....

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
rugi tu......bkn nk mengena ttp sekadar membaca n bandingkan dgn diri sndirikn......

Iela Fazielah berkata...Reply To This Comment

mmg bagus n3 ni kak.. alhamdulillah.. hubby ila byk jgk membantu... ada la sikit yg xbesh tu dia buat... tp kira ok lagi la...

NzA berkata...Reply To This Comment

to iela
Alhamdulillah, gitulh yg trbaik dlm rumahtangga...saling bantu membantu...baru bahagia..

Lady E berkata...Reply To This Comment

Akak..pnjgnye n3 nie Akak..
X smpt Ieda nk bc sampai abis..
Tp N3 nie elok juga dibaca oleh
para suami,kn Akak supaya
lebih m'hargai isteri masing2.. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to ieda
kak nza pn copy n paste dr blog kwn...mmg sepatutnya sang suami menghargai penat lelah isteri2...

About me