Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 Disember 2011

Selamat Tinggal Golden Sand n New Castle....

Sebenarnya ibu bercuti di Golden Sand dan New Castle.....
Tau tak dimana letaknya tempat tu??????
Tak pernah dengar ek?????
Golden Sand tu gelaran tempat kelahiran ibu "Pasir Mas" 
dan New Castle tu ibu negerinya
Kota Bahru...he.he.he....macam pergi oversea pulakkan........ 

Ibu menghabiskan masa bersama mama dan abah di kampung.
Hati masih sedih kerana sepanjang cuti ibu banyak habiskan masa
disisi mama.
Menyuapkan ubat pada mama, 
menghidangkan mama makanan.
Mendengar luahan hati mama.
Berkongsi cerita, berkongsi kegembiraan dan kesedihan.
Paling sedih bila mendengar luahan hati mama.
Ibu faham perasaan mama yang sudah tidak mampu berjalan
sejak keluar dari ICU 1 tahun yang lalu.
Pergerakan mama sudah terbatas.
Mama terpaksa menghabiskan sisa2 waktu di kamar tidurnya.
Mama hanya mampu mengesot untuk ke tandas.
Mama redha walaupun dalam hatinya terselit rasa sedih.
Dan abah yang banyak memainkan peranannya menjaga
mama sebaik mungkin.....

Hati mana yang tak sayu dan sedih.
Terkilan kerana tidak mama untuk terus berada disisi mama.
Rasa teramat bersalah kerana tidak mampu terus berada disisi mama.
Menjaga mama sebagaimana mama menjaga ibu
dengan limpahan kasih sayang....

Bertambah sedih bila melihat rakan seusia mama masih
sihat berjalan ke sana sini.
Ya Allah!!!! tersentuh hati ibu bila setiap kali melihat mama mengesot.
Airmata tak mampu ibu tahan...
Semoga mama diberi peluang ke dua untuk berjalan seperti orang lain...
Dan semoga Allah terus beri mama dan abah kekuatan dan ketabahan
melalui ujian ini......
Doakan mama ye......


 Di airport Sultan Ismail Petra Kota Bahru.
Rumah abah ke airport cuma 30min saja.
Abah hantar kami ke airport.....
Thanks abah kerana begitu sabar dan tabah menjaga mama sebaik mungkin....
Sayang abah....

 Muka budak yang dah bosan dibalai menunggu..
Kami tiba agak awal so check in pn awal...Jenuh juga la menunggu.....

 Muka2 yang kebosanan dalam flight.
1 jam dari KB ke LCCT macam 1 hari je.....

Setiap kali naik flight ,di sinilah tempat duduk yang ibu dapat.
Disisi sayap.
Dan ini kerja si Farouk yang dah mula bosan....
Snap sana, snap sini.
Buat penuh je memori kad kamera ibu........

tiba di LCCT pukul 12.35 tengahari....

menunggu untuk ke destinasi terakhir sebelum cuti berakhir....

Mood sedih: rindu mama dan abah masih menebal.........
Esok dah mula melangkah ke sekolah.....

Kami dah Kembali....

Kami dah kembali!!!!!!
3 minggu blog ibu bersawang...
RINDU....amat2 RINDU...
Ada tak sapa2 yang rindukan ibu??????

Keadaan tidak mengizinkan ibu menjenguk blog sendiri
 apatah lagi untuk BW ke blog rakan2...
Percutian kali ini ibu benar-benar habiskan setiap detik bersama insan2 tersayang.....
InsyaAllah, ibu akan kembali seperti sediakala....

7 Disember 2011

Mungkin Akan Menyepi Seketika

Masa n3 ni keluar mungkin ibu dah selamat sampai ke Kelantan.
Kali ni ibu tak balik dengan kereta.
Saja ingin sampai ke kampung dalam keadaan rehat.
Dan risau juga takut banjir dalam perjalanan nanti.
Manalah tau.
Segalanya berkemungkinan.
Walaupun menurut mama, keadaan cuaca sehari dua ni dah ok.

Mungkin ibu akan menyepi seketika.
Tengok pada keadaan.
Bila di sana ibu sibuk dengan aktiviti di luar rutin harian......
Doakan kami sekeluarga ye................
Miss you....

6 Disember 2011

Farouk + Ketam....

Semalam ibu ke sekolah menyiapkan beberapa tugasan sebelum bercuti.
Dan si Farouk yang dah agak ok pun sibuk nak ikut ibu......

 Muka budak yang tak begitu sihat.
Melepak kat tepi padang sekolah menyaksikan latihan bola jaring.

Malamnya Ayah bergegas balik dan kami bawa farouk  ke klinik....
Punyalah ramai orang kat klinik.
Rasanya kami ni antara peserta terakhir.
Pukul 10.30 malam baru terima rawatan...hu.hu.hu...
Malam tadi badannya masih panas walaupun doktor bekalkan antibiotik..

 ni gambar hari ini, Farouk dah nampak lebih sihat.
Masih jadi bodyguard ibu ke sekolah.
Siap jadi pemantau abang-abang tuisyen yang sedang buat latihan Matematik.....

 Ibu risau juga sebab badan Farouk panas sangat.
Risau kalau kena demam denggi je..Minta selisih..Nauzubillah......
Hari ini ibu masakan sup ketam.
Kata orang, sup ketam ni bagus bagi demam denggi....
Punyalah tak senonoh ibu ni.
Balik rumah terus bersihkan ketam2 tu dan main humban je dalam periuk.
Malas dah nak buang kaki2nya tu....he.he.he....

Dan ibu layan makan roti bakar dengan aiskrim vanila.
Aiskrim tu ayah belikan untuk farouk.
Biasanya kalau demam  tonsil farouk bengkak dan aiskrim vanila inilah penawarnya......

Menara Lempeng....

Pagi ni adalah hari terakhir ibu ke sekolah untuk kelas tuisyen.
Dan akan kembali semula ke sekolah pada 26.12.2011 nanti.
Malam ini InsyaAllah ibu akan  berangkat untuk balik bercuti 
di Kelantan disamping keluarga "terchenta".
Tak sabar rasanya nak peluk mama dan abah......

Pagi ini ibu buat sarapan simple aja.
Masak lempeng untuk sarapan.
 Inilah menara lempeng ibu..
Menara ini akan makin rendah bila anak-anak mula menarahnya satu persatu.
Ibu masak lempeng pun anak-anak kata yummy....
Itulah rahsia airtangan si ibu....he.he.he.....

Anak-anak ibu makan lempeng ni dengan susu pekat  dan 
Farouk biasanya makan dengan sos coklat je.
Tak sempat nak sediakan bahan-bahan lain.....

Jemput makan semua.
Ibu dah nak ke sekolah ni................

p/s:
Mood sedih mlm tadi.
Salah satu Lappy ibu tak boleh "on" dan
cik hitam, kamera ibu pun sakit.....hu.hu.hu.......
Aduhai kenapa la buat hal nie...

5 Disember 2011

Kisah Hari Ini + Batik Sarawak.

Hari ini lambat sikit update blog.
Seawal pagi bergegas ke sekolah.
Menyiapkan apa yang patut sebelum bercuti.

Balik sekolah terus ambil Along hantar ke SK.
Hari ini Along menduduki paper tambahan , Akaun.
Kalau ikutkan paper aliran sains tulen dah tamat tetapi di atas cadangan ibu, 
along mengambil 1 subjek tambahan iaitu akaun.
Along ambil 10 subjek semuanya.....
Along merealisasi impian ibu yang berkubur dulu.
Cita-cita ibu untuk memasuki aliran perdagangan semasa 
di tingkatan 4 ditolak oleh JPN setelah dibuat rayuan.
Memandangkan ibu dapat A1 dalam Sains, Matematik 
dan beberapa subjek lain semasa SRP(sekarang PMR).
Abah juga tidak setuju dengan tindakan ibu.
Akhirnya ibu terpaksa akur dengan keadaan.....
Nak tak nak ibu terpaksa melangkah ke aliran Sains tulen yang amat-amat
tidak ibu minati.........
Tapi itulah, peluang pelajar dalam aliran sains tulen
terbuka luas bila kita cemerlang dalam SPM.
Ibu mendapat 3 tawaran serentak, Matrikulasi UPM, UiTM dan Institut Perguruan.
Oppsss!!! panjang pula melalut...
Usah dikenang kisah silam...he.he.he.......

Hari ini ibu nak cerita tentang lain sebenarnya.
Balik sekolah hati berbunga riang.
Ibu terima bungkusan dari seberang.
Bukan dari Indon ye tetapi dari Sarawak.
Beberapa minggu lepas ibu ada order lagi kain batik Sarawak dari Ummiross .
Ibu order 44 helai tetapi Ummiross pos dahulu 17 helai,
dan baki 27 helai untuk staf sekolah ibu buat uniform dalam proses....

 ni ha bungkusan yang tiba......

ini kain2nya.Gambar kurang menarik...
Maklumlah tukang snap gambar ni spesis kalut sikit....he.he.he....
kalau nak tengok semua ni sila klik ke blog Ummiross...
Ibu order untuk diri sendiri dan rakan-rakan.
Melaram sakan la kami dengan kain batik next year....he.he.he....
2 minggu lepas ibu dah order 11 helai...
Habis dirembat kawan2 sebelum ibu sendiri sempat pilih.
Klik sini .
Kebetulan ibu guna alamat SK..

Kali ni ibu minta Ummiross pos ke rumah..
Wakaka.....baru puas hati pilih sesuka hati......

Kainnya memang lembut sangat2
dan amat sesuai untuk dipakai dengan kebaya atau baju kurung....
Kalau tak percaya silalah order..Sila percaya!!!!!.

 yang bestnya dapat 1 free dari ummiross......
Thanks  a lot Ummi....Sayang ummi...muah!!!!!!!

p/s:
Alhamdulillah, Farouk dh ok sikit.
Terima kasih di atas doa  kawan2....
Malam tadi Ayah bergegas pulang dan sempat bawa Farouk ke klinik....

4 Disember 2011

Demam RIndu.

Inilah budak sorang ni.
Bila Ayah outstation mulalah Farouk demam.
Bukan demam biasa, tetapi demam panas tiba-tiba.
Terbaring sepanjang hari di atas tilam.
Makan pun tak ada selera...
Bukan tak biasa kena tinggal.
Memang selalu kena tinggal dan Farouk akan demam menanggung rindu....
Inilah agaknya dikatakan DEMAM RINDU!!!!!!!

Sabar ye Farouk, esok ayah balikkkk!!!!!

Tarikh Lahir dan Keperibadian Kita

TARIKH LAHIR…..
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.


no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

p/s: Ada tak persamaan dengan kawan-kawan..Bila ibu suaikan tarikh2 lahir kami sekeluarga memang ada persamaan walaupun tak 100%.

3 Disember 2011

Serbuk Asam Jambu-Home Made.

Mesti ramai kawan-kawan suka makan jambu.
Lebih sedap kalau ditambah dengan serbuk asam jambu.
Biasanya serbuk tu kita beli.
Apa kata kita cuba buat sendiri di rumah.....

Semalam ibu ke pasar tani.
Singgah di gerai menjual asam.
Terpandang pula asam kulit limau dan asam boi/masin.

nilah rupa asam kulit limau (atas) dan asam boi/masin.
gambar nie ibu ambil dari en google.........

Cara nak membuatnya teramat mudah.
1. 100 g Asam kulit limau + 100g asam boi(buang biji dulu ye ) + gula (ikut selera)
2. Kisar dengan pengisar kering sampai jadi serbuk.
Ibu kisar tak begitu halus.
Entah kenapa dengan alat pengisar ibu tu........
Lama tak guna kot.....

 Inilah hasilnya.
Banyak juga dapat tu.
Ibu masukkan dalam tupperware serbuk tu....
Simpan buat stok.....

 Inilah hasilnya.
Potong jambu dan taburkan serbuk asam yang telah siap dikisar tadi.
Nyum..nyum..nyum...rasanya lebih kurang je rasa macam serbuk asam jambu yang
kita beli ditepi-tepi jalan......

p/s:
Beria2 Ayah ajak kami  ke Terengganu sejak minggu lepas
 Ayah ada seminar + dinner disana.
Tak sampai hati pula nak tinggalkan Along..
hu.hu.hu....jangan majuk ye ayah!!!!!

Pasar Pagi a.k.a Rombengan.

Hari Jumaat semalam adalah kali ke 2, tahun ini ibu jejak kaki ke pasar pagi.
Kalau MIL ibu dia sebut
pasar rombengan (entah betul ke tidak ejaannya tu)
Ibu singgah pasar pagi ni sebelum pergi ke sekolah semalam....
Saja cari nahas.
Edisi mengempiskan dompet.......


Bagus juga pasar pagi BG ni buat hari sekolah/kerja.
kalaulah buat hujung minggu jawabnya ibu boleh pokai.
Semua berkenan..
nampak baju sambar, 
nampak tudung sambar, 
nampak apa2 yang berkenan di hati sambar.
Makanan tak payah ceritalah.
Penuh kiri kanan, tak cukup dengan itu,
Naurah dan Farouk juga jadi mangsa angkut beg plastik....
Hish2X!!!! Kenapalah ibu jadi macam ini.
Terkadang ibu susah nak kawal diri bila berbelanja....
Spesis yang boros..itulah kelemahan ibu!!!!...
Tak baikkan bersikap macam ni.
Sekadar mengingatkan diri yang selalu lupa diri dan tak ingat dunia........
Astagfirullahhalazimmmmmmmm.

Singgah kat gerai gula-gula kapas.
Buka main leka Naurah dan farouk tengok proses menghasilkan gula2 tu.
Rasanya kali pertama mereka tengok....
Ralitnya budak-budak berdua tu.......
Macam-macam mereka tanya......

Beli 1, kongsi 2 orang.
Jangan membazir ye anak-anak...
kena berjimat cermat......
Naurah : Ibu tu beli macam-macam kakak tengok..Membazir jugak tu..
Aduh!!!! terkena di atas batu jemala ibu.
Kepimpinan melalui teladan....ingat ye ibu, lain kali jangan boros!!!!!!
InsyaAllah, ibu cuba perbaiki diri yang lemah ini.....

Kali pertama ibu cuba beli popiah basah kat sini.
Sedap juga....selain tu ibu juga beli feveret anak-anak, sata dan otak-otak.....

p/s:
 n3 "Hadiah Naurah" di atas ibu tersilap letak link untuk ke n3
bertajuk Hadiahnya.... Pintu Tandas?????
klik sini untuk baca n3 tu.....he.he.he.......
Harap maaf!!!!

2 Disember 2011

Hadiah Untuk Naurah...

Rasanya inilah kali pertama ibu bagi hadiah yang special untuk Naurah
sempena dia dapat Tempat Pertama dan 4 subjek terbaik Keseluruhan Tahun 5.
Klik sini.
Dasyatkan ibu...hi.hi.hi...
Sebelum ini ibu pernah bagi hadiah yang sangat-sangat kelakar
dan tak masuk akal..
Dan rasanya tak pernah dibuat orang.
Hadiah PINTU TANDAS untuk Naurah.
Time tu muka Naurah macam blur sekejap.......
kalau nak tahu cerita klik sini....

Bukan apa, biasanya Ayahlah yang selalu beri hadiah
berupa wang jika anak-anak cemerlang..
Bukan sedikit, tapi lumayan yang terkadang buat
ibu tersentap dan jeles.
Kira sharelah tu.
Duit Ayah duit ibu juga kan..kan..kan   .Sharing is caring.
Tak gitu Ayah.......ha.ha.ha.....

Sebab tu bila anak-anak dapat result yang
cemerlang, ibu buat tak kisah.
Yang pasti ada habuan lumayan dari si Ayah....

 Kali pertama dapat hadiah dari ibu yang macam si bakhil nie
(boleh claim ke ayah?????)....ha.ha.ha....
Sengeh sampai ke telinga Naurah ni.
Gembira sangat2.
Bukan senang tau nak dapat hadiah dari ibu nie....
Tak putus-putus ucap terima kasih...
Sampai naik bosan ibu mendengarnya...
Ok dah...dah....dah.

 Semua sekali tak sampai RM100 pun.
Siap dengan pam, aksesori dan 3 ekor ikan koi....

 Dalam Kakak Naurah bergembira dapat hadiah dari ibu, 
ada seorang kanak-kanak merana dan bersedih...
Syahdu + cemburu + sedih + kecewa.....
Ada ke patut dapat no 10 nak minta hadiah.
Farouk: Faroukkan dapat no 10 periksa  hari tu.
Farouk nak hadiah jugak macam kakak....
Ibu : No 10 nak hadiah?????? ooooo..Tidak!!!
Kakak selalu dapat no 1 pun tak pernah minta hadiah!!!!!
Farouk : alah, ibu nie.......Farouk pun pandai juga cuma
belakang 1 tu cikgu tambah 0 je....
Satu la jugak tu....
Ibu : yelah tu.....auta je lebih.....

 Dalam tangis memujuk kakaknya.
Farouk : Kakak, nanti kita kongsi ek!!!!
Naurah : yela...yelah, Farouk jadi" tukang jaga" ikan.
Ha.ha.ha....tak tahan ibu dengar tugas baru farouk tu.....

Dan akhirnya terpaksa akur.
Jadi "tukang jaga" ikan.
Duduklah dia diam-diam memerhati si ikan berenang-renang 
di dalam akuarium kakak Naurah itu.
Di hati terselit rasa sedih + kecewa  kerana hajat tak tercapai......

Mereka Tetap Permata di hati Ibu!!!!!

Semasa mesyuarat minggu lepas,
ibu volunteer mengambil kelas 5B untuk tuisyen Matematik.
Ibu pun tak tahu kenapa hati ibu selalu terpanggil untuk
mendekati anak-anak murid sebegini.
Walaupun mereka tidak begitu cemerlang
dalam pelajaran tetapi mereka punya kelebihan.

Mereka tahu menghargai, mereka tahu berterima kasih.
Dari pengalaman ibu sepanjang bergelar cikgu,
anak-anak sebegini yang tidak mudah lupa jasa cikgu.
Anak-anak ini tidak lokek menyapa dan bersalam dengan cikgu2 mereka bila bersua
berbanding anak-anak yang cemerlang (bukan semua).
Anak-anak ini akan mencari ibu di FB setelah mereka berjaya
menjejak kaki ke menara gading....
Tidak putus2 mengucapkan terima kasih.

Semasa "take 5" sesi pertama tuisyen,
beberapa orang murid-murid lelaki mendekati ibu.
Berbual-bual kosong dan meluahkan perasaan.
Murid A : Cikgu, agak2 cikgu, saya dapat tak 3A dalam UPSR nanti.
Ibu : Kenapa target 3A je????
Murid A: Saya tak pandai cikgu....
Ibu : (sedih!!!!) InsyaAllah, awak semua pandai cuma MALAS je.
Murid A: ye ke cikgu??????(tersenggih2 sambil garu2 kepala)
Ibu : Ya...
Murid B: Cikgu, saya target 4A1B.
Ibu: Kenapa mesti ada B.
Murid B : Saya lemah dalam BI la cikgu.....
Murid C : Saya pun...
Murid D: saya pun....tapi saya target BI dapat C...
Ibu : Cikgu doakan awak semua dapat 5A.
Cuba awak lawan murid kelas 5A tu..
Kalau awak dapat A dalam Math, awak cari cikgu ye.
Cikgu janji...
Tapi tahun depan cikgu tak ajar kelas awak lagi.
Murid2: Alah cikgu...jangan la mcm tu. Ajarlah kami...
Ibu: tak boleh, masa cuti cikgu kena balik kg.
Cikgu kena jaga mama cikgu yang sakit.
Nanti siapa nak ajar tuisyen awak masa cuti nanti....????
Cikgu Mas orang kg sini...InsyaAllah masa cuti
cikgu Mas boleh ajar awak nanti....
Cikgu hanya mampu bagi tuisyen masa hari sekolah aje.
Itupun sebelah malam......
Ibu tahu mereka semua sedih..Ibu pun sedih......

2 tahun ibu mengajar mereka.
Mereka amat rapat dengan ibu.
Mereka telah faham sikap ibu.
Masa mengajar ibu serius, ada masa serius, ada masa kami bergurau,
masa terluang mereka boleh bergurau senda,
ada ketika mereka meluahkan perasaan dan ada kalanya
sesuka hati mereka menadah tangan meminta duit belanja.....
Ibu rasa mereka macam anak-anak sendiri.
Dan mereka sebenarnya ada cita-cita yang tinggi.
Mereka semua adalah anak-anak cemerlang dimata ibu
walaupun ada kalanya ada "orang2 tertentu" seolah-olah pilih kasih
dan memandang rendah kemampuan mereka......

Kebanyakkan mereka lahir dari keluarga yang agak susah.
Mereka terabai dengan kesibukan ibu/bapa mencari rezeki.
Ada diantara mereka mengadu, ibu mereka tidak "faham" untuk mengajar mereka.
Ibu akur........
Dan mereka tidak boleh dipinggirkan.

Ibu berjanji pada mereka, walaupun ibu
tidak lagi mengajar mereka tahun depan,
ibu akan terus membantu dan memantau mereka.
Ibu akan pastikan mereka berjaya terutama
subjek Matematik.
2 tahun ibu mengasak mereka untuk memahami konsep.
Walaupun ada terkial-kial, merangkak dan bertatih.
Alhamdulillah, sekarang ibu dah nampak hasilnya.
Ada diantara mereka lebih cemerlang dari murid
5A (ibu pun mengajar Maths juga kelas 5A).
Itulah kepuasan yang ibu dapat dari mereka......

Ibu sanggup korbankan waktu malam untuk mereka.
Ibu akan pastikan mereka juga cemerlang seperti kawan2
mereka dikelas A.......
Harapan ibu tinggi mengunung untuk melihat mereka berjaya
dan cemerlang........InsyaAllah......

inilah sebahagian wajah2 itu.
Sentiasa ceria dan akan tersentap bila cikgunya ini mengamuk.....
Gambar ini semasa mereka datang berhari raya di rumah ibu.
Mereka semua tetap dihati....
Gud luck anak-anak didik ibu....
"Kalian tetap permata di hati cikgu!!!!!."

p/s:
Jap lagi nak ke sekolah.
Ada perbincangan dengan GB berkaitan dengan 
Program Galakan  Membaca untuk tahun depan........

1 Disember 2011

Teman Yang Hebat-November 2011

Sekejap je masa berlalu.
Rupanya hari ni dah masuk bulan Disember.

Terima kasih teman kerana tidak pernah jemu bertandan ke blog ibu.
Tidak pernah jemu membaca kisah kami sekeluarga.
Kalian adalah teman yang hebat.
Bagi yang tidak tersenarai,
kalian juga teman2 yang hebat.
Sentiasa menemani ibu setiap saat dan ketika.....
Terima kasih semua!!!!

Puding ke Kek?????

Petang semalam  ibu minta Angah buatkan puding karamel.
Tau-taulah Angah tu.
Memang tak minat masak.
Tak macam Beby .
Tanpa banyak songeh Angah ke dapur menyediakan puding.
Angah ni jenis : "Saya Yang Menurut Perintah"
MasyaAllah, riuh rendah bunyi periuk belanga kat dapur
dikerjakan Angah...
Alahai anak dara......

 Bila dah masak, punyalah si Along yang baru balik dari exam kecoh.
Siap kutuk-kutuk puding Angah yang katanya tak cantiklah, tak jadilah, tak menawanlah....
Amboi-amboi sesedap rasa je dia komen masakan Angah tu.
Ibu pun tak tahan nak ketawa tengok puding Angah yang berkedut seribu tu....
Wakaka...Opsss!!!! sorry my dear (hi.hi.hi..angah selalu baca blog ibu..)

Angah hanya diam dan sepatah kata yang keluar dari mulut :
"Angahkan tak pandai masak bu......".hu.hu...hu
Tak baik tau Along ni kutuk-kutuk Angah macam tu....
ha.ha.ha........

Tapi yang ibu tak tahan dengan along ni,
bila makan terover pula dia.
Tak padan dengan kutukan yang terlebih tu.....
Along kata sedap....
Bila ibu rasa memang sedap cuma rupanya je yang...."tut"....
Bab kata orang, Apa ada pada rupa!!!!!!!!

30 November 2011

Si pencuri....

Pagi-pagi ibu dah geram.
Ada pencuri a.k.a penceroboh masuk ke dapur...
Slamber je curi ikan goreng dan telur dadar......

nilah si pencuri tu...
Nasib baik ko comel.....
Bila ibu bising-bising, Farouk mulalah membela si kucing tu...:
Ibu: Hish!!!!!geramnya ibu tengok kucing ni.
Farouk : Alah ibu, kucing tu kan kecik lagi......Dia lapar la..
Ibu : Ibu taulah, 2 dah pandai masuk rumah.
Farouk : Kucing tu kan binatang, dia kan tak de akal la ibu.....
Kucing tak tau nak masak. Dia lapar...Sebab tu dia curi ikan ibu...
Ibu jangan marah ek...nnti Allah bagi ibu pahala....

Tersentap sekejap ibu.....
Dah la ibu tengah geram, boleh pula dia bagi ceramah free kat ibu....

 Inilah kerja Farouk..
Suka sangat kidnap anak-anak kucing ni bawa masuk rumah....

 anak-anak kucing ni di sorokkan dalam baju..
Ni ibu sempat mengintai aktiviti Farouk dan Naurah......

tengok tu....manja je anak-anak kucing ni dengan farouk
macamlah kucing tu milik dia yang mutlak......

Bilalah Nak Mula.......?????

Bilalah nak mula jadi tailor nie.
Kain dah beli masa pergi Tangkak hari tu
tetapi mood nak menjahit ke laut.
Cuti sekolah dah 2 minggu berlalu tetapi kesibukkan macam hari
persekolahan biasa.

2 pasang uniform untuk Naurah dah siap digunting.
Tinggal nak jahit aje.
Itu pun langsung tak sampai seru lagi.
Tahun ni tolak Along sorang ajelah tak perlu uniform sekolah.
Semua sekali ibu kena jahit 8 pasang uniform untuk Angah, Beby dan Naurah.
Naurah lebih sikit sebab dia masih sekolah agama.
Warna baju sekolah agama pun tak sama dengan sekolah pagi....
Untuk Farouk senang aje, beli yang yang dah siap......

InsyaAllah minggu depan nak balik kampung bercuti.
Entah bila la nak siap ni.
Alahai ibu...........

29 November 2011

Edisi Masak-masak + Bina Badan...

Maaf la ye sebab asyik tayang makanan je.
Maklumlah, bila hujan macam ni perut lapar je.
Masa taip n3 ni pun hujan sedang turun dengan lebatnya...
Sambil mengadap lappy sambil mengunyah....
Syok sungguh!!!!!!

 petang-petang santai-santai depan TV tiba-tiba kerajinan melanda.
Teringin nak makan kek coklat kukus.
Resepi...klik sini.
Ibu masak banyak-banyak dan simpan dalam petiais.
Sempatlah 2-3 hari buat stok..........

Ini pula Beby yang volunteer nak masak sagu berkuah.
Kalau ikutkan kuahnya guna santan tetapi Beby ubah dengan susu cair je.
Anak-anak lebih suka makan dengan susu cair....
Lemak berkrim.....
Sekali masak, memang banyaklah.
Stok untuk 2-3 hari simpan dalam peti ais....
Siapa-siapa nak resepi sagu berkuah
klik sini..

yang warna merah ni ibu yang masak.
Nampak gaya Beby lagi teror masak sagu berkuah ni.
Beby punya sagunya cantik bulat-bulat tetapi yang ibu masak semacam je....
hu.hu.hu.......
Lain kali Beby masak ok.....

petang ni teringin nak makan jemput-jemput karot.
Sagat jelah karot yang ada dan bahan lain sama dengan jemput-jemput biasa.......

ini pula jemput-jemput pisang.
Habis stok pisang mas ayah ibu kerjakan..
Ha.ha.ha...
Bila Ayah jengah ke dapur cari pisang dah tak ada....

p/s:
Nasib baik la Naurah dan Farouk tak demam.
Main hujan macam tak hinggat.......
Hari ni minta nak main hujan lagi
tapi ibu tak izinkan.
Risau juga takut demam........

About me