Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Julai 2020

Resepi Mudah Kerepek Bayam Brazil

Assalamulaikum.
Bersua kembali dengan resepi simple ibu.
Kali ini cara nak buat kerepek bayam simple.


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
Minyak masak
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Bayam Brazil.

Cara-cara :
Bancuh tepung gandum dan tepung jagung + perasa
Panaskan 4 sudu besar minyak dan curahkan ke dalam bancuhan tepung.
Kacau sebati dan masukkan air secukupnya agar adunan menjadi agak pekat.
Masukkan bayam brazil dan gaul sebati.
Goreng ke dalam minyak panas.

15 Julai 2020

Resepi Murtabak Mini

Assalamulaikum semua.
Hari ini ibu nak kongsi murtabak mini yang selalu ibu fozen kan.
Meh kita tengok resepinya.


Bahan-bahan:
Kulit popia
Minyak masak
4 biji bawang hollen-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
4 sudu besar rempah kari daging-bancuh dengan air
5 biji telur ayam
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan minyak.
Tumis bawang hollen + bawang putih dan rempah kari daging.
Bila naik minyak masukkan telur dan kacau sebati.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Guna 2 keping kulit popia setiap murtabak.
Lipat 4 segi dan gunakan air untuk lekatkan popia.
setelah siap bolehlah dibakar di atas kuali.
Gunakan sedikit minyak atau majerin semasa membakarnya.

Selamat mencuba.

13 Julai 2020

Resepi Kek Labu Sukatan Cawan

Assalamulaikum.....Bersua lagi.
Hari ni ibu nak share resepi Kek Labu.
Sukatan ikut cawan je ye.

Kek Labu...yang garis-garis hitam tu sebenarnya kek sponch yang berbaki kat rumah.
Nak elak membazir jadinya ibu potong-potong dan susun sekali dalam loyang.

Bahan-bahan :
Bahan A
2 cawan labu yang telah direbus dan dilenyekkan.
1 cawan minyak masak
1/2 cawan gula pasir
1 atau 2 biji telur
secubit garam
*kisar dalam mesin pengisar.

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bancuh Bahan A dan Bahan B
Bakar pada suhu 180 darjah = 60 minit (Bergantung pada jenis oven masing-masing)



About me