Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 November 2014

Segak, Jenazah dan Pra Perkhemahan

Mesti orang confius dengan tajuk n3 ibu.
Hari ni nak cerita aktiviti di sekolah ibu dalam 1 minggu
selain mengajar dan menguruskan PSS.

Baru habis sukan banyak lagi program beratur menanti untuk disettlekan.
Maksudnya tiada erti kata nak rehat-rehat goyang-goyang kaki.
Selain tugas hakiki mengajar....tugas "mendidik" juga harus dilaksanakan.

A. SEGAK
Setiap 2x setahun program SEGAK ni diadakan
untuk menguji tahap kecerdasan anak-anak.
Ianya terkandung dalam silibus PK.
Amboi skemanya ayat ibu.....he3x....
Ada beberapa aktiviti yang dijalankan.
Ini gambar sebahagian aktiviti je.
Hanya murid-murid Tahap 2 saja akan jalani ujian ini.

B. Kursus Pengurusan Jenazah
Saban tahun juga diadakan sebagai pendedahan kepada
anak-anak kita cara menguruskan jenazah keluarga terdekat.
Pendidikan dunia dan akhirat diseimbangkan dengan aktiviti-aktiviti
keagamaan....
Alhamdulillah anak-anak didedahkan dengan pelbagai kemahiran.
Aktiviti berjalan dalam keadaan enjoy, gembira dan kemuncak sedih.
Masing-masing mengalirkan airmata malah ramai yang menangis
teresak-esak..memeluk cikgu-cikgu dengan memohon maaf.
Emmmmmm...memang terkesan dihati ceramah yang disampaikan
oleh ustaz dan ustazah jemputan.....Alhamdulillah

C. Pra Perkhemahan
2 minggu lagi program yang amat dinantikan oleh murid-murid
akan diadakan.
Selesai final exam maka anak-anak Tahap 2 akan berkampung di sekolah
selama 3 hari 2 malam.
Cikgu-cikgu juga akan bersama bermalam di "hotel 5 bintang" berlantaikan
rumput dan berbumbungkan langit.
Tak kisahlah, itu dah tugas seorang pendidik.
Tugas sampingan yang terkadang diluar pengetahuan awam.......

Dan diawal pagi "weekend" ibu dah bergegas ke sekolah.
Lupakan seketika hendak bermalas-malas dihujung minggu.
Hati cikgu mana tak "cair" melihat semangat anak-anak ini.
Bohong kalau ibu kata tak seronok bersama mereka.
Hilang penat lelah  dalam menjalankan tugas-tugas sampingan.
Kerana merekalah ibu bergelar "cikgu".
Kerana merekalah ibu menjadi seorang yang sabar, tabah , tidak berkira masa,
 tenaga dan wang ringgit......
Ibu juga bersyukur kerana dikurniakan seorang suami dan anak-anak
yang amat memahami tugas ibu sebagai seorang guru.
Alhamdulillah......

31 Oktober 2014

Resepi Ringkas Kambing Panggang Blackpepper

Menu feveret ibu dan anak-anak.
Kami ni peminat daging kambing.

Takada resepi khusus nak panggang daging kambing ibu nie.
Saja buat gempak....he3x...
Ibu cuma perap dengan blackpepper sos je dan panggang dalam
pemanggang ajaib tu.....
Dan ibu suka perisa ladahitam yang kuat so ibu
tambahlah serbuk lada hitam dan sedikit minyak masak....


Ok itu saja n3 ibuhari ini.
Walaupun di Johor ni weekend hari Jumaat dan Sabtu namun ibu tetap
hadir ke sekolah untuk sesi persediaan untuk perkhemahan.
Tak ada maknanya nak golek2 kat rumah.....

Ayah pun 3 hari terbang untuk berseminar.......emmmmm....

30 Oktober 2014

Aiskrim Ringkas Homemade dan Farouk

Sejak dua menjak ni fenomena aiskrim homemade semakin femos emos di alam maya.
Maka si bujang ibu Farouk pun terjebak sama walaupun ibu dah
cakap beli je aiskrim kat kedai tu.
Lagipun kat rumah dah tinggal Farouk berdua dengan Naurah.
Rasa macam tak berbaloi pula nak buat.
Beli apa pun sekarang ni memang tak luak.

Bagi memenuhi keinginan si bujang ibu maka terpaksalah layan kehendaknya.
Dan macam biasa Ayah akan jadi superman akan dapatkan
stok bahan yang tak ada di rumah seberapa segera..

Malam-malam operasi menyepahkan dapur ibu bermula.
Ibu dah warning awal-awal.
Lepas buat terus basuh dan kemas......
Ibu dah tahu perangai Farouk tu.....
Suka sangat guna perkataan "NANTI".......

Balik sekolah dah tak sabar-sabar nak menikmati aiskrim hasil airtangannya yang mulus tu.
Dia suap ke mulut ibu...
Emmmm...sedap....lemak berkrim.

Meh intai resepinya :
1 tin susu cair
1/3 tin susu pekat.
2 sudu besar ovallete
2 sudu besar krimer@susu tepung ( kalau ada...)
biskut oreo dihancurkan.

Cara-cara :
Masukkan semua bahan-bahan kecuali biskut oreo
 (Farouk terus belasah masukkan biskut oreo..sebab tu aiskrimnya dah bertukar warna coklat).
Blender sampai kembang.
(Farouk guna blender je.)
Taburkan biskut oreo.
Sejukkan dalam petiais selama lebih kurang 5-6 jam.


About me