Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Ogos 2014

Farouk dan Ihya Ramadhan

Kisah basi sehari sebelum sekolah mula bercuti Hari Raya.
Sekolah ibu adakan pelbagai program sepanjang Ramadhan untuk mengisi waktu rehat.
Program taddarus, pertandingan hafazan, pendakwah cilik, mewarna
dan macam-macam lagi sepanjang berpuasa.
Acara kemuncak ialah khatam Al-Quran dan majlis penyampaian hadiah serta sumbangan Hari Raya
pada pelajar miskin.
Semua sumbangan tu adalah kutipan derma daripada guru-guru, staf dan murid-murid.
Alhamdulillah, kami dapat berkongsi rezeki dengan mereka.

Farouk pun ada join jugak majlis khatam memandangkan dia khatam al-Quran
sehari sebelum puasa.
Kebanyakan yang khatam adalah murid tahun 6.
Farouk dengan beberapa orang rakan tahun 5 yang dah khatam al-quran join sekali.

Giliran Farouk membaca surah lazim.
Tiba-tiba ibu jadi sayu.
Doa ibu setiap waktu ingin melihat Farouk cemerlang dunia dan akhirat.

Berselawat ke atas nabi setelah habis majlis khatam.

Tanpa di duga Farouk mendapat naib johan dalam  pertandingan hafazan....
Semasa pertanding berjalan lupa pulak ibu nak snap gambar.

Bukan hadiah menjadi ukuran buat ibu tetapi hati ibu berbungga gembira melihat perkembangan
positif Farouk dari hari ke hari.

Doa ibu semoga Farouk mampu menjadi anak soleh yang mampu menyejukkan
mata ibu, ayah, keluarga dan masyarakat sekeliling...InsyaAllah.

Selingan :
Ni gambar semasa beraya di kampung ibu.
Suka ibu tengok Farouk berjubah macam nie.....
Raya ni banyak koleksi jubah ayah beli untuk Farouk.
Kalau tak silap ibu 6 pasang semuanya sedondon dengan ayah.

Moga impian ibu dan Ayah untuk melihat Farouk mendalami ilmu
agama dimakbulkan Allah...InsyaAllah.


2 Ogos 2014

Tepek Gambar Raya 2014

Selamat Hari Raya semua rakan-rakan blog ibu.
Mohon maaf jika terlanjur bicara bila meninggalkan komen di blog kalian.

Punyalah ibu ni bersemangat nak balik kampung hingga tak sempat nak beri ucapan.
1 minggu di kampung rasa tidak puas beraya...adeh.
Takpelah ye walaupun hari ni dah masuk raya ke 6 dan ibu sekeluarga pun selamat tiba
semula ke Muar.

Ibu tepek 2 keping je dulu gambar ye.
Manalah tahu masing-masing RINDU kan ibu sekeluarga.
Boleh tatap gambar ni...
He3x....ada ke orang rindukan kami.
Kalau tak rindu buat2 rindu ye...

 Keluarga besar ibu. 4Farahs, Farouk bersama ibu dan ayah.
Macam biasa family ibu TIADA TEMA sedondon kecuali 2 orang bujang terhangat kami....
Perancangan awal ibu dan 4Farahs nak pakai tema baju dari Bandung
tapi kami tukar plan saat-saat akhir.

Family ibu bersama mama dan abah.
Ni saja yang ibu tepek untuk hari ni.
Tengoklah kalau rajin ibu akan buat n3 tentang raya kami di Kelate ( Raya 1-5).


23 Julai 2014

Naurah dan Semprit Susu.

Sejak 2 menjak ni memang femes betul kuih semprit susu ni.
Resepi ni ibu share dari FB.
Sapa-sapa nak jengah bolehlah ke FB resepi ringkas.
Memang banyak menu sedap dan ringkas.

Ni yang ibu sempat copy.
kredit kepada tuan empunya resepi ni kerana sudi berkongsi.

Weekend lepas Naurah request nak buat semprit.
Memang senang sangat nak buatnya dan bahan pun memang ada di dapur.
Kuih ni pun Naurah bakar dalam kuali ajaib ibu je.
Malas dia nak kemas avon ibu yang penuh muatan bertenggek kat atas.
Alhamdulillah menjadi jugak dan masak dengan jayanya.

Rupa tak begitu menarik.
Ada yang kembang semangkuk, ada yang kecil...
tapi yang penting rasanya memang sedap.
Bak kata tuan empunya resepi, ianya cair dimulut......

About me