Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Julai 2014

Anak Angkat dan Taddarus.

Diam tak diam dah 11 hari kita berpuasa.
Kengkangan masa makin terasa.
Sekarang dah jadi macam chip-more.

Hari nak cerita aktiviti ibu di sekolah.
Banyak sebenarnya tapi ibu selit yang ni jelah.
Dah beberapa tahun sekolah ibu memperkenalkan
program mentor-mentee.
Setiap cikgu akan diberi  2-3 orang anak angkat.
Tahun ni ibu dapat 3 orang anak dara.

Majlis penyerahan dah berjalan awal tahun.
Anak-anak angkat dah dipesan agar datang berjumpa 'ibu' bila ada apa-apa masalah.
Masalah utama mereka ni segan + malu + takut nak jumpa 'ibu mentor'.

Pertemuan kali ke 2.
Itupun bila diadakan program khusus.
Bila jumpa, si ibu yang banyak bercakap tapi si anak pulak tersipu-sipu malu.
Sekadar menjadi pendengar dan angguk-angguk kepala.
Itupun ibu buat secara tidak formal dan santai-santai.
Siap bersila dibawah bilik kerja ibu.
Kalau kat kelas bukan main lagi suara masing-masing.

Sepanjang bulan Ramadhan ni masa rehat kami isi dengan bertaddarus.
Setiap cikgu diberi beberapa orang anak untuk bertaddarus bersama-sama.
InsyaAllah sebelum cuti raya nanti kami akan berkhatam beramai-ramai.

Salah seorang "anak angkat" taddarus ibu.

p/s:
hati masih sedih mengenangkan Beby yang tidak sihat di KPM Kuantan...
Moga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga. InsyaAllah.

7 Julai 2014

Beby dan KPM

Kisah yang dah agak basi.
Terperap dalam draf tapi baru berkesempatan nak publish.

Kesekian kalinya ibu terpaksa merelakan pemergian puteri ke 3 a.k.a Farah Najdah
yang lebih manja digelar Beby.
Tiga tahun berturut-turut ibu terpaksa memendam rasa sedih.
3 tahun berturut-turut Along, Angah dan sekarang Beby melangkah pergi.
Demi masa depan anak-anak ibu perlu lebih tabah dan redha.

Setelah keputusan SPM keluar,
dan menunggu saat-saat genting membuat pilihan untuk masa depan.
Beby menerima tawaran ke Matrikulasi ,
IPTA (dip Kejuruteraan awam),
UniKL(foundation engineering)
 dan KPM (Kolej Profesional Mara).
Kecewa tidak dapat ke UPSI untuk bidang TESL dan diganti dengan tawaran
Kejuruteraan Awam, akhirnya Beby memilih untuk
ke KPM dalam bidang Diploma In English Comunication.
Semuanya dibawah tajaan MARA.
Ini pun isi permohonan on9 disaat akhir sebelum tarikh tutup.

Ibu dan Ayah akur dengan pilihan anak-anak.
Dia ingin membuktikan dia mampu berjaya dalam bidang yang diminati.
Dan cita-citanya ingin melanjutkan pelajaran hingga ke obesi....InsyaAllah.

Ibu sebenarnya ingin sangat Beby ke matrik macam Along kerana
masa untuk sambung degree lebih pendek dan masih banyak pilihan boleh dibuat
 tapi dia tetap berkeras dan tidak minat ke sana....Ibu akur....

Kami bertolak ke Kuantan pada 30.6.2014 (Selasa)-puasa ke 2.
Itupun setelah ibu habis waktu bekerja lebih kurang pukul 2 petang.
Kami mengidap di homestay di Indera Mahkota, Pahang.
Petangnya ke bazar ramadan yang terletak di Kuantan.
Makanan boleh tahan sedap dan harganya pun berpatutan.

Keesokan harinya ibu dan ayah mengambil cuti sehari.
Along dan Naurah terpaksa ditinggalkan sebab MPV tak
dapat menampung muatan.
Terperanjat ibu lihat barangan yang Beby angkut.
Macam orang nak pindah rumah...Adeh...sabar jelah.


Tersenyum riang bila impian hampir menjadi kenyataan.

Saat pilu bila ibu perlu melepaskan seorang lagi anak untuk melangkah keluar.

Beby dan Angah sama-sama bergelar "orang Kuantan" walaupun untuk seketika.

Pendaftaran bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi.
Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya.
Hati ibu lega bila melihat kemudahan berdekatan bilik Beby.

Saat ini airmata ibu pasti bergenang bila waktu berbuka.
Tak sanggup melihat kerusi yang selalu Beby duduk.
Masa goreng ikan pun sedih....sebab Beby suka makan ikan.

Lebih sedih bila cafe tempat Beby belajar kena sita akibat pelajar keracunan
makanan dan terpaksa dikejarkan ke hospital sewaktu minggu orientasi.
Sedihnya hati ibu bila Beby call dia berbuka dan bersahur makan maggie.
Ibu harap Beby mampu tempuhi semua tu kerana ujian dan dugaan
menjadikan kita lebih tabah dan kuat.

Ibu doakan agar Beby suksess di sana.
Yang pasti setiap saat dan ketika anak-anak ibu tetap hadir
dalam doa ibu......

6 Julai 2014

Farouk dan Weekend

Hari ni dah masuk 8 hari berpuasa.
Cepat sungguh masa berlalu.

Alhamdulillah puasa kali ni anak-anak masih berada di sisi kecuali Beby.
Along dan Angah habis cuti sem pada akhir bulan 8 dan 9 nanti.
Sedih memang tak boleh nak diucapkan.
Setiap kali masak, makan, berbuka dan bersahur pasti teringatkan Beby.
Lebih menyedihkan sekarang dia demam dan cafe dikolejnya
pula disita akibat pelajar-pelajar keracunan makanan.......

Oklah, tak nak sedih-sedih.
Hari ni nak cerita pasal bujang terhangat ibu.
Setiap kali balik sekolah agama bising
je mulut farouk merunggut.
Katanya dia nak tolong ibu masak.
Mana nak sempatnya sebab balik sekolah
agama dah lewat petang.
Ibu biasanya mula bersilat kat dapur lepas solat Asar.
Masak pun simple je.

Hari weekend tugas masak ibu serahkan pada Farouk.
Bukan main seronok dia dapat "menyibuk" didapur ibu.
Kusyuk membasuh beras.
Masa ibu curi2 snap dia tak perasan.
Kalau dia tahu maunya dia delete gambar-gambar tu semua...

Anak lelaki pun mesti buat kerja.
Nanti bila besar boleh tolong isteri masak kat dapur.
Macam ibu dulu, Ayahlah jadi "guru" ibu mengajar memasak pelbagai resepi.

p/s:
masih tak kesemptan nak jejalan rumah kekawan....adeh..lemau betul ibu sekarang.

About me