Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 Mei 2014

Angah dan Result Asasi

Rutin awal pagi.
Celik mata dan check w.apps.
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.
perkataan yang keluar dari mulut ibu, bila ibu buka w.apps Farahs Family.
Itulah yang mampu ibu ucapkan tanda rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kerana
Allah sentiasa makbulkan doa-doa ibu.

Maklumlah result Asasi keluar berperingkat2 pada lewat malam 9.5.2014.
Result Angah keluar dah pukul 1 pagi.
Masa tu ibu dah dibuai mimpi.
Mungkin Angah tak sampai hati nak kejut ibu yang sedang lena beradu.
Mungkin Angah tak sabar nak berkongsi kegembiraan dia, so dia w.apps jelah.



TAHNIAH Angah kerana dapat keputusan Cemerlang dalam final exam asasi.
Tidak sia-sia pengorbanan ibu dan Ayah, 
juga tidak sia-sia di atas usha dan kegigihan Angah selama ini.
Ibu dan keluarga sangat2 bangga di atas kecemerlangan Angah.
Terima kasih Angah kerana membahagiakan kami.

Lepas ni Angah dah mampu tidur lena dan tersenyum bahagia di atas kejayaan ini.
Syabas.....

Terima Kasih ALLAH....

9 Mei 2014

Erti Kesabaran.

Sejak sedari kecil cita-cita ibu ingin menjadi seorang guru.
Pilihan ke dua, pramugari....hehehe......
Pilihan ke dua tu sebenarnya keluar dari mulut cikgu-cikgu dan rakan-rakan ibu semasa kecil.
Maklumlah masa zaman sekolah badan ibu ni kurus dan tinggi lampai....
cikgu2 kata ibu sesuailah jadi pramugari kononnya......
Sejak ibu pilihan ke 2 ibu nak jadi pramugari....berangankan......adeh....

Syukur Alhamdulillah, ibu rasa pilihan ibu adalah tepat dan terbaik.
Amat sesuai dengan jiwa ibu.
Berserta dengan minat dan ibu lahir daripada keluarga pendidik.
Allah makbulkan doa-doa ibu.
Walaupun diusia remaja ibu dengan rela hati menolak tawaran belajar
yang jauh lebih baik. Nekad ibu menceburi dalam bidang pendidikan......

Sepanjang bergelar 'cikgu', ibu sentiasa diuji dengan pelbagai
permasalahan.
Namun ibu bersyukur, jiwa ibu terdidik menjadi seorang yang tabah, kuat,
sabar, redha dan memahami.

Allah menghantar murid-murid yang bermasalah untuk menguji.
Mereka mengajar ibu menjadi seorang yang bersyukur dan sabar.
Walaupun ada kalanya kesabaran ibu teruji kerana ibu jugak manusia biasa.
Bukan sekadar mengadap 3-4 orang murid tapi sehari perlu berdepan dengan ratusan
pelajar dan ibubapa yang datang dari pelbagai latarbelakang.

Ada kalanya terpaksa berdepan dengan ibu bapa yang langsung tidak
boleh menerima teguran guru pada anak-anak. 
Percaya 100% pada cerita anak-anak tanpa merujuk pihak sekolah.
Walaupun itu hanya sebahagian kecil saja.

Setiap hari ibu berdepan dengan murid yang tidak siapkan homework,
 alat tulis asyik hilang (biasanya orang yang sama sampai jiwa raga cikgu gundah gulana),
kencing berak dalam seluar, jatuh, cedera, sakit, bergaduh....bla,bla.bla.

 Dan sabar adalah ubat yang paling berkesan merawat jiwa ibu.....

Dan anak ini dikirimkan olehNya pada ibu dan rakan-rakan.
Amat-amat menguji kesabaran kami.
Namun mungkin suatu saat nanti, anak inilah yang mampu menambah pahala buat ibu.
Mungkin anak ini nanti mampu menarik tangan ibu ke syurga.
Mungkin anak inilah yang memudahkan perjalanan hidup anak-anak ibu.

Ya ibu akui, sebagai manusia biasa ibu terkadang hilang sabar.
Bila menyendiri ibu berfikir, bukan dia pinta dilahirkan sebegini.
Semua itu adalah anugerah dariNya.
Saat itu ibu sebak...rasa amat-amat bersyukur kerana Allah kurniakan ibu anak-anak yang sempurna.
Anak-anak yang tiada apa-apa kekurangan.
Ya Allah......

Dan anak ini tidak pernah menyimpan dendam.....bila dimarahi dia akan senyum pada ibu.
Dan akan terjerit-jerit dan melambai setiap kali melihat kelibat ibu.
Sering memberitahu rakan-rakan guru dia suka Cikgu Zakiah.
Katanya dia nak belajar dengan Cikgu Zakiah.
Tersentuh hati ibu.......alahai anak..maafkan cikgu kerana terkadang hilang sabar melayan kerenahmu.

Seorang lagi anak yang istimewa dimata ibu.
Awal pagi masuk kelas tidur.......zzzzzzzzzzzzzzzz....
Siap berdengkur dan meleleh air liur atas meja dan buku.
Sukar untuk dikejutkan.
Masih belum mengenal huruf dan angka wapaupun sudah 2 tahun belajar di pra.

Alahai, dan si cikgu inilah yang akan memimpin tangan anak kecil ini, 
membasuh muka dan kepala di singki, 
sambil berselawat dan bertasbih sambil meniup ubun2 kepalanya.

Kini ibu mengunakan alternatif lain.
Membawa stok gula-gula di dalam handbag sebagai umpan a.k.a ubat menghilangkan mengantuk. Nampaknya berkesan sebab sekarang matanya akan bulat bila ibu suapkan gula-gula kemulut kecil ini.
Disaat ibu mengeluarkan gula-gula dia akan hadiahkan ibu sebuah senyuman.

Terkadang 4Farahs mengusik ibu : 
Hai ibu, takkan gula-gula untuk 'anak ibu' kat sekolah je..untuk anak-anak kat rumah tak ada ke?.
Tersenyum ibu mendengar usikan anak-anak.
"Angah, anak kecil macam inilah aset ibu.....
Merekalah sebenarnya banyak menyumbang pahala buat ibu..
merekalah yang menjadikan ibu seorang yang sabar dan tabah....
Sekarang ibu mampu tersenyum
walaupun dalam musibah dan kesedihan..itulah hikmahnya......"

7 Mei 2014

Penipu Alam Siber.

Dunia makin maju.
Shopping sekarang dihujung jari.
Dah beberapa tahun ibu anak beranak terjebak dalam pembelian secara on9.
Setakat ni tak ada masalah dan segala barangan yang ibu order tiba ditangan dengan selamat.

3 minggu lepas ibu order telekong lycra.
Tergoda dengan harga yang murah.
Tanpa berfikir panjang (selama ni nak order tak pernah berfikir panjang pun) ibu terus order.
Niat dihati nak hadiahkan 'mama' ibu sempena hari lahirnya di bulan Mei.

Cepat je terima sms dari "si penipu" ni.
Tak menyempat suruh ibu bank in duit.
Masa tu ibu tengah kalut nak ke Perak.
Dalam kekalutan tu sempat suruh ayah singgah Tanjung Malim untuk transfer duit.
Agaknya Allah nak tunjuk ada sesuatu yang tak kena.
Beberapa kali ibu transfer asyik kena reject je.
Si penipu ni terus desak suruh ibu bank in cepat-cepat.......
Akhirnya setelah berkali-kali transer duit dan memakan masa 3 hari , ianya berjaya jugak.

2 minggu lebih ibu menunggu bungkusan tak kunjung tiba.
Ibu sms, w.apps, call tapi semua tak berbalas.
Malah gambar kat w.apps pun dah dipadamkan.

Licit betul si penipu ni.
Bukan ibu seorang yang terkena rupanya.
Bila check kat twitter rupanya ada mangsa yang dah kena.
Ibu bukan terkilan sebab kehilangan sedikit wang tapi
ibu terkilan sebab yang menipu tu sepasang suami isteri (agaknyalah kot) dan beragama Islam.
Allah Maha kaya.
Apa yang mereka lakukan pasti mendapat balasan yang setimpal....

Ni link si penipu tu :
http://onlineshopbebigel.blogspot.com/

InsyaAllah, selepas ini ibu lebih berhati-hati......Ada hikmah disebalik kejadian.
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

About me