Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 Disember 2013

Kami Dah Kembali.

Salam rindu semua.
Alhamdulillah kami selamat kembali 
ke Malaysia setelah 1 minggu
Siri jelajah ke beberapa Daerah Negara China.
Rindu Malaysia, rindu makanan Malaysia dan rindu segala2nya disini...
Airport Antarabangsa Quangzhou.


16 Disember 2013

Macau---Hongkong---Shenzhen---Guanzhou...Doakan Kami

Salam Isnin.
Semasa n3 ini keluar kami mungkin telah sampai ke destinasi.
Kami bercuti seketika bagi merihatkan minda dan mengembalikan keceriaan
bagi menyambut 2014.

Percutian ini sebenarnya dah lama dirancang.
Memenuhi impian anak-anak yang teringin nak ke disneyland.
dan si ibu ambil kesempatan untuk bershopping di Macau, Shenzhen dan Guanzhou.
Tidak mampu terbang ke Disneyland Paris, sekadar mampu untuk ke Disneyland Hong Kong....he3x...

Semoga 2014 menjanjikan yang lebih baik buat kami sekeluarga.
Doakan percutiaan kami dipermudahkan.
Doakan juga agar kami selamat pergi dan balik.
InsyaAllah, kita akan bersua lagi.......
InsyaAllah.....


14 Disember 2013

Sabarlah..Bertabahlah Wahai Rakan-rakan.

Tiada upaya untuk berbakti, tiada daya untuk turut serta.
Sekadar mampu melihat dari jauh kesedihan dan kesukaran 
yang menimpa rakan-rakan di Kuantan dan Terengganu..
Salah seorang rakan blog ibu, Lya Afrina juga turut terlibat.
Sedih melihat keadaan yang melanda.
Hanya mampu menadah tangan memohon doa agar Allah melindung mereka semua.
Segala yang berlaku ada hikmahnya.....

Hanya ini yang mampu ibu lakukan.
Mungkin cara ini kita adalah jalan untuk turut serta menyumbang.
Tak perlu keluar rumah.
Tak perlu bersusah payah.
Sekadar menekan hp dan sedikit RM dapatlah diagih-agihkan 
buat rakan-rakan yang sangat-sangat memerlukan.

Diiringi doa agar mereka semua tabah dan sabar hadapi ujian dari Allah.
Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
InsyaAllah akan ada sinar pelanggi menanti dihadapan mereka......

About me