Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 November 2013

Angah dan Result Asasi

Kisah 2 minggu lepas yang ibu peram dalam draf...huhuhu...
2 minggu lepas bukan main kalut Angah dengan MUETnya.
Sibuk ajak ibu dan adik beradik berlatih speaking...walah...
Yang pasti Angah perlu dapat sekurang-kurangnya Band 4 untuk melayakkan
dia untuk sambung degree dalam bidang guaman.
Angah pilih pusat MUET di sekolah lamanya kerana sekarang angah sedang bercuti semester 1.
Alhamdulillah sesi pertama selesai dengan jayanya.

Malam Khamis 2minggu lepas, result Sem 1 keluar.
Bukan main kalut lagi si Angah.
Katanya risau sangat-sangat.
Itulah Angah.....Berbeza dengan Along yang lebih Cool.
Maklumlah budak-budak Asasi ni memang sentiasa perlu bersaing
dan kena buktikan result yang cemerlang kerana
mereka antara pelajar-pelajar cemerlang SPM.
Persaingan memang hebat.

Ibu tahu Angah inginkan yang terbaik dalam setiap peperiksaan yang didudukinya.
Malam Jumaat lebih kurang pukul 9 malam result pelajar Asasi seluruh negara keluar.
Ya Allah, terpekik bukan main Angah sebab risau.
Siap usung lappy masuk bilik ibu.
Bila ibu tanya kenapa usung bawa bilik ibu.
Katanya dia nak share kesedihan atau kegembiraan bersama ibu.

Dalam debar Angah membuka email.
Terjerit lagi.
MasyaAllah, kalaulah ibu pengidap penyakit jantung maunya kena heart attack...
Senyum panjang terukir dibibirnya dengan lafaz: 
Ya Allah, Ya Allah, Syukur Ya Allah... Alhamdulillah.
Siap cium tangan ibu tanda syukur dan ucap terima kasih.
Lega hati ibu.
Syukur Alhamdulillah, ibu tahu Angah mampu peroleh kejayaan yang cemerlang.

TAHNIAH Angah...
TERIMA KASIH ALLAH.
Tiada yang mampu ibu luahkan selain daripada menadah tangan dan mengucap kesyukuran.
Itulah hadiah yang paling indah buat ibu dan ayah
Semoga Sem ke 2 Angah mampu membuktikan kecemerlangan yang lebih gemilang
untuk mengapai impian dimasa depan........InsyaAllah.

p/s:
Hari ni Along exam.
Good luck Along..
Ibu doakan agar Along terus cemerlang.....Amin....

9 November 2013

Projek Hujung Minggu.

Selamat berhujung minggu...
Ibu tak kemana-mana hujung minggu nie.
Memerap di rumah sambil menternak lemak-lemak.....he3x...

Sejak tak begitu sihat beberapa minggu lepas dan ditambah kesibukan program sekolah
yang tak pernah surut, 
sistem on9 yang membuat ibu diserang penyakit darah tinggi..
projek menjahit ibu berkubur seketika.

Terpaksa memendam rasa dan akur.
Minggu ni tiba-tiba mood rajin datang berkobar-kobar.
Lagipun minggu ni ibu "free" walaupun program sekolah semakin menimbun.
Ayah pun dah 2-3 hari terbang ke seberang lautan....
Along pun dah balik semua ke U setelah bercuti selama 1 minggu.
Cuti hujung minggu ibu habiskan menjahit....

Projek yang terbengkalai beberapa bulan yang lalu.
Kain batik hadiah daripada Ummiross yang 
sweet tu ibu padankan dengan kain polos berwarna pink pekat.
TQSM ummi....Muah3X.....
Nanti bila dah pakai nza snap gambar ye...

Dibahagian bawah baju dan tangan ibu tampal kain net bersulam.
Kalau tak silap ibu 1 meter = RM28.
Untuk sehelai baju ibu beli 2.5 meter.
Ni projek belum siap sepenuhnya.
Niat hati nak tambah lagi butiran mutiara.
Tak tahulah berjaya ke tidak......


zoom sikit jahitan manik....

Baju ni lagi dasyat.
Dah hampir 1 tahun ibu peram tak siap-siap.
Ibu pun dah lupa akan kewujudannya...huhuhu...
Bila buka kotak jahitan rupanya baju ni dah siap cuma kainnya yang tak siap.

Konon-kononnya nak jahit kebarung.
Orang yang tak ada skill macam ibu ni main belasah je.
Entah jadi ke tidak baju tu......
Kat tengah ibu jahitkan bunga daripada manik blink-blink Vietnam.

Kain batik Sarawak ni ibu order daripada Ummiross.
Kainnya amat-amat lembut dan selesa dipakai.
Dah banyak juga ibu order daripada ummiross untuk dibuat baju....
Selesa sangat-sangat.....


8 November 2013

Ikan Patin Masak Tempoyak

Terima Kasih ibu ucapkan kepada rakan-rakan yang
memberi ucapan sempena Ulang Tahun perkahwinan ibu ke 21.
Juga terima kasih di atas doa-doa kalian...

Hari ni nak tayang kisah masak memasak daripada chef yang tak begitu pandai memasak....he3x.
Kali pertama ibu mencuba memasak resepi daripada Pahang.
Ini pun setelah terliur tengok kat blog Lizz dan kebetulan Angah pulak request resepi ni.
Angah minta resepi daripada rakannya yang berasal dari Temerloh Pahang
yang terkenal dengan keenakan Ikan Fatin Masak Tempoyak.

Tanpa berlengah ibu suruh ayah beli ikan patin saiz XXL.
Besar gedabak ikan tu.
Si ayah pulak beli ikan kat EconSave ....terpaksalah ibu bersilat siang ikan tu..Aduyai tension betul.

Maka dengan gigihnya ibu memulakan misi memasak.

Resepi  dan bahan-bahan:
1 ekor Ikan patin.
2 senduk tempoyak ( suka suki je kan ibu cedok tempoyak banyak-banyak)
Daun kesom
Serbuk kunyit ( kunyi hidup lebih sedap kot)
Cili padi ( kalau yang suka pedas tu letakkan banyak-banyak ye)
2 batang serai dititik.
Asam keping ( kalau nak lebih masam)
garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Air.

Cara-cara ( ibu belasah je...hahaha....) :
Kisarkan tempoyak + cili + sedikit air.
Campakkan ikan patin ke dalam periuk.
Masukkan air + kunyit.
Agak-agak dah agak panas masukkan bahan-bahan kisar.
Masukkan daun kesom + serai + asam keping + bahan perasa.
Biarkan mendidih.......
Siap untuk dimakan....

Resepi ni memang sedap.
Ini belum orang Temerloh ori yang masak.....


About me