Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Jun 2013

Farouk dan Chicken-pox.

Hari ini dalam sejarah.
Satu-satunya anak ibu yang dijangkiti chicken-pox setakat ini.
Dah 2 hari Farouk mengadu tak sihat dan 2 hari jugak dia tak hadir ke sekolah...

Petang Jumaat Farouk tunjukkan beberapa bintik melepuh di badannya.
Ibu dah syak Farouk kena chickenfox.

Semalam sempat kami bawa Farouk ke kenduri kahwin.
Sekembalinya dari sana ayah singgah di klinik swasta.
Gambar di klinik semasa menunggu giliran.
Masa ni bintik-bintik belum banyak lagi.
Doktor bekalkan ubat pembasmi kuman (untuk chickenpox), ubat gatal, ubat demam dan ubat sapu.
Farouk juga diberi cuti selama 10 hari.
Tak sangka pulak ibu, ubat untuk penyakit chickenpox ni agak mahal.
Harganya setanding masa Angah buat medical checkup...RM80+..

 Susah betul nak snap gambar bujang pemalu ibu nie.
Macam-macam cara ibu lakukan dan macam-macam cara farouk mengelak dari di snap gambarnya.....

Dan akhirnya misi dan visi ibu berjaya snap gambar Farouk.
Sebelah malam hari ke 2 nampaknya chicken pox makin membiak.
Harap-harap tidak ada kakak2nya berjangkit.....
Apapun ibu doakan moga Farouk cepat sembuh dan dapat kembali semula ke sekolah.....

15 Jun 2013

Tukar Kad Pengenalan.

N3 basi lagi.
Kisah masa awal cuti sekolah.
Projek menukar ic ibu dan 2Farah...ayat skema!!!!!!

Seingat ibu, ic yang ada dalam gengaman ibu tidak bertukar sejak 20 tahun lalu.
Yelah, sebelum along wujud lagi.
Sayng rasanya nak tukar sebab gambar kat ic tu ayu sangat..
Cit!!!!alasan orang yang malas nak tukar ic...

Sementara Along dan Angah masih ada disisi ibu masa cuti sekolah hari tu,
so kami bertiga berpakat ke Tangkak untuk
tukar ic baru.......

Ini lah pejabat JPN Daerah Tangkak..
Comel lote jerrr.....
Tempat pulak strategik.
Amat senang nak cari parking...
Ibu lebih suka berurusan di Tangkak berbanding Muar kerana di sini segalanya cepat dan pantas.
Maklumlah Muar tu bandar besar, so pejabatnya sentiasa sesak berbanding Tangkak...
Lagipun jarak antara rumah ibu ke Muar dan Tangkak lebih kurang sama je.....
So Tangkaklah yang jadi pilihan.
Dannnnnnnnn kat Tangkak tu banyak deretan kedai kainnnn.....

Masa pergi cuma ada seorang je pelanggan.
Amat-amat  mengembirakan ibu sebab ibu ni jenis yang tak tahan menunggu......
Dalam 10 minit selesai urusan kami bertiga.....
Setiap seorang dikenakan RM10.
IC siap dalam tempoh 3 minggu.
Maklumlah, kami buat di cawangan kecil je.
Kalau dekat bandar ic siap dalam 1 jam je....

Model JPN......Akta paksaan dari ibu...hik.hik.hik....
Kami dah macam kawan. Kemana-mana bersama.
Yang paling best mereka jadi driver ibu...rasa macam "mem besar" la pulak...
Best3X......

Tema : Hitam Putih Kehidupan.....

Along dan Angah umpama saudara kembar.

Hari tu kami pakat-pakat pakai baju warna hitam.
Motif: Tak perlu tukar tudung kat JPN sebab dah ready pakai tudung warna gelap.....

p/s: Tengok gambar ni ibu sayu hati.
Rindu angah sangat2....huhuhu......

Jap lagi nak pergi kembangkan badan di majlis kenduri kawin....

13 Jun 2013

Sari Ater Hot Spring @Bandung.

Bersambung lagi kisah Hari ke 2 di Bandung.
Sekembalinya dari Tangkuban Parahu,
kami singgah di Sari Ater Hot Spring.
Masa sampai di sini masing-masing dah kepenatan.

Pintu masuk.

Kaunter jualan tiket.
Kita tak perlu turun daripada kenderaan untuk dapatkan tiket ni.

Tiket masuk. Rp 19.000 = RM6.40 seorang

Posing dulu sebelum masuk.



 Kat dalam ni banyak replika di bina.
Ala-ala taman botani kat Melaka tu.
Cuma kat Melaka replikanya lebih banyak.

Air panas yang mengalir....

Jurukamera group kami, Along.

 Kawasan ni sangat sesak dengan pengunjung.....

 Di mana-mana ada pengunjung yang mandi manda...meriah betul....

Gajah besarrrr....

 Berhenti seketika melepasakan penat.
Kawasannya agak luas.....

Kalau lapar atau dahaga jangan risau sebab di bahagian dalam ada
gerai menjual makanan dan minuman....
 Mini pizza yang ibu beli. Sebiji cuma Rp 10.000 = RM3.40

Ini pula ala-ala lempeng yang ditabur cheese dan choklat rise....

 Cuba lihat.....Sesak dimana-mana....

Menapak menuruni cerun landai...
Maklumlah selipar ibu dah putus semasa di Tangkuban Parahu lagi.

Yang menariknya, di setiap sudut disediakan tikar untuk kegunaan keluarga yang ingin berkelah.
Ibu pun tak pasti adakah ianya percuma atau perlu bayaran....

 Di sini juga ada tasik, tempat permainan permainan kanak-kanak seperti di fun fair.

Kami di sini lebih kurang 1 jam lebih je.
Rasa tidak begitu selesa sebab ramai sangat pengunjung.
Mungkin disebabkan cuti hujung minggu.........

p/s:
*Ada kawan blog mengadu tak boleh tinggalkan komen.
Kalau ada masalah klik SINI .


About me