Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

14 Mac 2013

Farouk Penternak Gajah.

Tajuk yang entah apa-apa.
Sejak zaman sekolah dulu ibu memang fail bab-bab nak bagi tajuk pada sebuah petikan....
huhuhu.....
Cuba tengok seekor anak gajah biru nie.
Sejak kecil Farouk bela gajah biru nie.
Gajah ni pun Farouk dapat percuma masa ayah beli pampers masa dia berumur 2 tahun.....
Bayangkan dah berapa lama mereka hidup bersama....

Sampai saat ini si gajah jadi peneman setia pada Farouk.
Kalau dulu si gajah tu juga pakai pampers macam tuannya.
Sejak si tuannya "bersara" dari dunia pampers sewaktu usia 3 tahun
maka si gajah pun turut bersara.....

Tapikan ibu rasa amat-amat tidak sesuaiiiiiii sebab tuan gajah dah berumur 9 tahun  5 bulan.
Macam tak mancho la....huhuhu.....

13 Mac 2013

TQSM Dinas

Balik dari sekolah semalam ibu terima sampul surat pos laju.
Hati berbunga riang + suspen.
Tersenggeh sorang-sorang bila tengok nama pengirim...
Sebelum buka ibu raba-raba dulu..
Senyum lagi.
Agak-agak kalau ada jiran mengintai mesti kata ibu kena penyakit angau.

Inilah sampulnya......
Ce teka apa isinya??????

v

v

v

v

v

Taraaaaaa.........FM idaman kalbu ibu terima daripada Dinas.
Beberapa minggu lepas Dinas pergi bercuti di Berunai.
Dinas memang seorang yang pemurah.
Ada je cenderahati yang dia bagi ibu bila p cuti..Sama dengan JS.....
TQSM dear....Sayang Dinas ketat2....Muah3X.....

Yang paling mengembirakan ibu, inilah koleksi FM pertama dari Negara Berunai.
Ibu dah ada koleksi dari seluruh dunia tapi belum ada dari sana......
Tak sabar terus ibu tepek FM di petiais.
Dok elok2 no....jangan gaduh2...
Awas kalau datang penganas yang suka
buka/tutup pintu peti ais kuat2 tu...

Cuba tengok peti ais ibu..Kiri- kanan- depan bertepek dengan FM...
.cuma belah belakang je kosong...
Agak-agak kalau boleh tepek belah belakang confirm penuh jugak tu.....hehehe...
Itupun dah beberapa FM dah rosak akibat keganasan ayah.
Ayah tu kalau tutup petiais memang ganaz....maklumlah jejaka perkasa....huhuhu...


Ibu berangan suatu masa nanti ibu nak tempah satu frame
besar untuk ibu tepek koleksi kesayangan ibu nie dan gantung kat dinding.
Mesti cantikkan.
Setiap FM ibu tercatat nama  pemberi dan tarikh dibelakangnya.
Moga impian ibu menjadi kenyataan tapi entah bila ibu pun tak pasti....

12 Mac 2013

Key Chain "Tanda Nama" dari Felt

Alhamdulillah biz kecil-kecilan Angah dah nampak makin berjaya.
Setiap hari ada saja tempahan yang diterima terutama untuk key chain "tanda nama".
Angah jual dalam RM2.50 je.
Tak sampai hati nak cas mahal-mahal.
Maklumlah yang tempah pun kanak-kanak ribena.
Mereka membeli sambil menyumbang sedikit dana untuk PSS sekolah.
Bolehlah cikgunya ni buat beli bahan-bahan keceriaan seperti
bakul, bunga dan sebagainya.....

 tempahan untuk hari ni angah dah siapkan.
Esok bolehlah diberi kepada pemiliknya.....

Ada beberapa key chain yang belum dituntut tuan punya......

Kalau ada rakan-rakan nak tempah boleh order dari blog ibu nie.
Selain daripada membuat tempahan dapatlah wang itu ibu salurkan
untuk tabung dana PSS SK ibu.......

p/s:
Seawal 5 pagi ayah dah brtolak ke Putra Jaya kerana
ada pengumuman penting untuk penjawat awam hari ni...
Macam tulah kerja orang Cuepecs....
Sibuk sokmo.....huhuhuhu.....

About me