Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Januari 2013

Buku Merah Jangan Lupa Bawa......

Mungkin masa n3 ni keluar ibu dah sampai ke destinasi
Ibu pergi membawa diri....
Ibu mencari ruang bagi minda dan diri ini berehat seketika...
Jauh dari beban kerja, jauh dari kekusutan pemikiran.....
Kepala dah rasa tepu dengan permasalahan ditempat kerja.....
Banyak perkara yang memenatkan minda ibu......
Tapi biarlah ianya menjadi rahsia....kenapa dan mengapa????...

Pemergian ibu tidak lama.
InsyaAllah moga kita berjumpa lagi.
Doakan kesejahteraan kami........
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.
TQSM ayah kerana amat sporting dan memahami.....

Pasport yang ibu renew bulan November lepas...

Packing pun disaat tinggal beberapa jam nak berangkat.....
Sebenarnya ibu tengah moody dengan kerenah birokrasi yang sedang ibu lalui.
Ibu rasa amat serik dan terkilan....
Macam mana pekerja nak respect jika pihak atasan buat kerja sambil lewa....
Huh!!!!!!!
Nantilah ibu ceritakan nanti.......

Harap tak ada yang tercicir dan berjalan lancar.
Doakan kami ye.....

p/s:
Sedih dan terkilan dengan kerenah birokrasi  pihak atasan......

9 Januari 2013

Bicara antara 2 Orang Doktor dan Seorang Cikgu....

Malam tadi bawa Angah ke klinik.
Sejak akhir-akhir ni Angah asyik pitam dan muntah-muntah.
Ibu risau juga tengok keadaan angah.
Bila doktor check angah hidapi simptom tekanan darah rendah yang agak teruk...80/50.
Doktor nasihatkan angah untuk warded tapi memandangkan esok kami ada urusan penting
ibu minta ditangguhkan....

Hati rasa amat risau.
Bila ada masalah, biasanya ibu akan berkongsi dengan adik beradik di FB Family kami.
Di situlah kami akan saling berhubung dan memberi pandangan serta pendapat....
Walaupun seorang di Muar...seorang di KL dan seorang di overseas kami sentiasa
berhubung setiap hari.......
Hubungan kami amat rapat sejak kecil hinggalah sekarang
walaupun masing-masing dah berkeluarga......
Bila kes angah berkaitan dengan kesihatan,
sudah tentu ibu akan tag 2 orang adik ibu dan seorang adik ipar
yang berada dalam bidang perubatan.

Tapi yang kelakarnya bila adik-adik ibu memberi pendapat mereka
bercakap dalam bahasa perubatan.
Bahasa interaksi antara 2 orang doktor yang membuatkan si kakak seorang
cikgu jadi blurrr + kebingungan.....Aduyai.....

Status ibu di FB Family....

Dan ibu juga search kat internet tentang kes angah.
Risau pulak bila tengok perdebatan antara 2 orang dokto muda tuh....huhuhu.....
Apapun TQSM untuk adik-adik ibu yang memang hebat.
Seorang akan bergelar pakar dalam bidang kecemasan dan seorang lagi bakal
menamatkan pengajian perubatan akhir tahun di overseas....
Semoga adalah antara anak-anak ibu yang bakal mengikut langkah pakcik2nya itu.
(tiada seorang pun anak2 ibu yang berminat dalam bidang perubatan
setakat ini.....huhuhu....)
Dan yang pastinya si kakak sekadar mengeluarkan produk
yang akan bergelar doktor, peguam, guru .....dan sebagainya.....

8 Januari 2013

Selamat Datang Encik..Encik..Encik..Encik dan Puan....


Semalam Pegawai Teknologi (PTP) datang memantau PSS dan makmal komputer.
Macam biasa sistem fail di korek dan digali sampai lebam....
Tapi yang kelakarnya 2 kali  beliau datang memantau PSS sekolah ibu,
dia diserang cirit birit.
Berulang alik ke tandas dan dalam keadaan berpeluh dan tidak selesa.
Cikgu Z, apa la yang awak kenakan pada saya ni sampai 2X kena macam nie bila
datang memantau PSS awak...?
Ibu : 2 tandanya PSS tak bagi encik datang memantau kerap....hehehe.....

Hari ni orang-orang PPD pula datang memantau Program Transisi dan LINUS.
Bersoal jawab pula cikgu-cikgu yang terlibat.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar......
Menurut pemantau-pemantau mereka selesa memantau sekolah kami kerana
apa yang mereka perlukan semua ada didepan mata....
Syukurlah, kerana mereka semua berpuas hati.....
Tapi kami rasa tak best bila selalu datang tetamu yang tak diundang...


Awal-awal tahun kita sibuk, depa pun sibuk datang terjah
Esok entah sapa la pulak nak datang...????????
Pemantauan PSS merangkumi Pusat Akses, Perpustakaan dan Makmal Komputer.
Dan ibu perlulah bersedia dengan bermacam-macam soalan.
Ada saja yang dikorek dan digali.......
Alhamdulilah selesai 1 tugas rutin yang perlu ibu hadapi untuk awal tahun....


About me